Friday, March 27, 2009

Hanya 65% tepat: Satu analisa keputusan pemilihan UMNO

Jurublog bukan ahli UMNO.

Dan dengan hanya 65% ketepatan ramalan yang dibuat oleh Jurublog mengenai barisan kepimpinan UMNO yang baru, ia menunjukkan bahawa pemikiran Jurublog tidak sehaluan dengan perwakilan UMNO yang diberi tanggungjawab untuk menentukan hala tuju parti yang menjadi harapan Jurublog.

Berikut adalah analisa Jurublog mengenai keputusan pemilihan tersebut:-

Timbalan Presiden UMNO (10 markah)
Muhyiddin Yassin vs Mike Tyson

Seperti yang dijangka oleh Jurublog, Muhyiddin telah menang. Ada banyak cakap-cakap yang menyatakan bahawa penyokong Ali Rustam akan beralih arah dengan menyokong Mike Tyson. Akhirnya, pilihan regu Najib Razak juga yang berjaya.

Naib Presiden UMNO (10 markah)
Hishammuddin Hussien

Seperti yang dijangkakan, telah menang. Sokongan padu daripada Pemuda UMNO serta yang pro-Najib.

Shafie Apdal
Juga dijangka menang kerana undi Sabah.

Zahid Hamidi vs Rais Yatim
Ramalan Jurublog salah. Rais Yatim adalah tokoh yang baik dan bijak berkata-kata mengenai hal undang-undang. Penerangan beliau mengenai isu Sultan Perak amat jelas dan mudah difahami orang kebanyakan.
Tetapi Zahid Hamidi menang mungkin kerana Najib telah berjaya memujuk beliau untuk jangan kacau daun dengan bertanding jawatan Timbalan Presiden menentang Muhyiddin. Akhirnya, makbul doa juga Zahid Hamidi di Padang Arafah semasa membuat haji. Harapnya beliau ada selitkan juga doa untuk kebahagiannya di akhirat nanti. Kalau tidak, rugi sahaja ibadat haji yang dibuat ...

Ketua Wanita (10 markah)
Shahrizat Jalil vs Rafidah Aziz

Telah dijangkakan Shahrizat akan menang, tetapi tidaklah sebanyak majoriti yang diberi. Rafidah sudah terlalu lama, dan tidak lagi menjadi pilihan Pak Lah atau Najib sebagai Menteri Kabinet.

Ketua Pemuda (0 markah)
Khairy Jamaluddin vs Mukhriz Mahathir
Orang yang mendapat jumlah pencalonan terbanyak telah mendapat undi yang paling rendah, dan orang yang mendapat pencalonan yang terendah telah mendapat undi yang paling tinggi. Dengan jurang undi yang agak besar, mengapa pula orang muda Pemuda UMNO mengambil masa berjam-jam untuk mengira undi? Lainlah perempuan-perempuan blonde Puteri UMNO yang bezaan undi pemenang kurang dari 10 undi. Kemenangan Khairy menunjukkan bahawa perwakilan Pemuda UMNO langsung tidak memperdulikan mandat pencalonan yang diberi oleh bahagian masing-masing. Mereka masih lagi hendak mengundi orang yang telah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin untuk mengetuai pergerakan mereka. Samada ada habuan wang telah diberi adalah satu hal lain. Tetapi, menidakkan mandat yang diberi oleh akar umbi adalah khianat. Jika inilah golongan Pemuda yang akhirnya akan menerajui pucuk pimpinan parti UMNO pada masa hadapan, maka hancurlah UMNO. Keputusan yang memihak kepada Khairy telah disambut baik oleh pembangkang kerana kehancuran UMNOlah yang menjadi matlamat mereka. Mungkin pada sudut hatinya, Pak Lah berkata bahawa agaknya Pak Lah patut teruskan hasrat beliau untuk berentap dengan Najib untuk jawatan Presiden, kerana mungkin Pak Lah boleh menang. Bolehlah anak-beranak jadi Presiden dan Ketua Pemuda pada suatu masa. Betul kata Pak Lah, Khairy memang bekerja keras untuk menang, sampai gunakan Seri Perdana sebagai markas meraih undi last minute semasa Pak Lah tiada di rumah.

Naib Ketua Pemuda (5 markah)
Razali Ibrahim vs Reezal Merican
Sesiapa yang menyokong Mukhriz dan Khir Toyo akan mengundi Razali Ibrahim. Hanya orang Khairy yang menyokong Reezal Merican.

Ahli Majlis Tertinggi (30 markah – hanya 15 dari 25 ramalan adalah tepat)

Yang menang seperti diramalkan
Husni Hanadzlah
(Timbalan Menteri Kewangan di bawah Najib)
Latiff Ahmad (orang Johor yang pro-Muhyiddin)
Awang Adek Hussin (pandai ekonomi)
Idris Jusoh (masih popular di UMNO, walau pun Agong tak suka)
Tajuddin Rahman (kuat semangat Melayu)
Lajim Ukin (faktor Sabah)
Puad Zarkashi (selalu masuk TV3 kerana kuat debat di Parlimen)
Zulhasnan Rafique (wakil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
Shabery Cheek (berani debat dengan Anwar, dan lulus)
Noh Omar (boleh bagi permit pada perwakilan)
Mustapha Mohamed (bersih, cekap, amanah)
Bung Moktar Radin (faktor Sabah)
Musa Aman (faktor Sabah)
Mohd Zin Mohamed (ada kontrak Kementerian Kerja Raya untuk perwakilan)
Norraesah Mohamad (pandai ekonomi)

Yang diramal menang tapi kalah
Adnan Yaakob (bergaduh last minute pasal ramai orang Pahang kantoi disiplin)
Azimi Daim (badi keluar MHI TV3 pada hari pemilihan)
Syed Ali Al-Habshee (badi keluar MHI TV3 pada hari pemilihan)
Abdullah Md Zin (hanya berserah pada Tuhan, kurang kempen)
Sharir Samad (tidak sebulu dengan Muhyiddin)
Johari Baharum (badi sabotaj Mahathir)
Halimah Sadique (lawa, tapi pro-Rafidah, tidak dapat sokongan Wanita UMNO)
Mohamad Hasan (sibuk dengan Yang DiPertuan baru, tak sempat kempen)
Noraini Ahmad (graduan Puteri UMNO tidak mendapat sokongan Wanita UMNO)
Abdul Ghani Othman (tidak sebulu dengan Muhyiddin)

Yang menang di luar ramalan Jurublog
Azian Osman
(Siapa dia ni? Aku tak kenal langsung ...)
Zainal Abidin Osman (Ni pun aku tak kenal)
Ismail Sabri Yaakob (ramai perwakilan minat AF, jadi guna taktik AFUNDI Dafi)
Shaziman Mansor (faktor KJ gamaknya)
Idris Haron (faktor KJ?)
Jamalaudin Jarjis (menang kerana faktor Najib, ada harapan jadi Menteri semula)
Saifuddin Abdullah (aku tak berapa kenal mamat ni)
Mahdzir Khalid (macamana boleh undi mamat ni? Sebab dialah Kedah jatuh pada PAS)
Hamzah Zainuddin (faktor FELCRA, ramai perwakilan luar bandar sokong)
Azeez Rahim (macamana Mat Rempit boleh menang, pakai duit KJ ker?)

Rumusan ringkas: Imam dah ready, Bilal dah iqamah. Tapi saf masih bengkok dan terlopong. Yang belum ambil air sembahyang pun ada. Entah-entah ada yang masih berhadas besar, dan belum mandi wajib.

Tuesday, March 24, 2009

UMNO’s New Line-up: Jurublog’s picks

I am not a member of UMNO. But I would like to put forth my own list of potential new line-up of UMNO after the party elections this week.

UMNO President
Najib Razak (Uncontested)

UMNO Deputy President
Muhyiddin Yassin

UMNO Vice Presidents
Hishammuddin Hussien
Shafie Apdal
Rais Yatim

Wanita Chief
Shahrizat Jalil

Wanita Deputy Chief
Kamilia Ibrahim (uncontested)

Youth Chief
Mukhriz Mahathir

Youth Deputy Chief
Razali Ibrahim

UMNO Supreme Council (25 posts)
Husni Hanadzlah
Latiff Ahmad
Awang Adek Hussin
Idris Jusoh
Adnan Yaakob
Azimi Daim
Tajuddin Rahman
Lajim Ukin
Syed Ali Al-Habshee
Puad Zarkashi
Zulhasnan Rafique
Abdullah Md Zin
Sharir Samad
Johari Baharum
Shabery Cheek
Noh Omar
Halimah Sadique
Mustapha Mohamed
Bung Moktar Radin
Musa Aman
Mohamad Hasan
Mohd Zin Mohamed
Noraini Ahmad
Norraesah Mohamad
Abdul Ghani Othman

To test the accuracy of my picks, I am assigning the following points for each correct prediction:-

UMNO Deputy President – 10 points
UMNO Vice President – 5 points each x 3
Wanita Chief – 10 points
Youth Chief – 10 points
Youth Deputy Chief – 5 points
(Sub-total for substantial posts = 50 points)

UMNO Supreme Council – 2 points each x 25
TOTAL = 100 points

I got a feeling that I will fail miserably, especially with my Supreme Council picks.

Sunday, March 22, 2009

Betul kata Mahathir: Orang Melayu sekarang ini tidak boleh bercakap berkenaan bangsa Melayu

Sekali lagi Tun Dr Mahathir bercakap panjang lebar mengenai orang Melayu. Kali ini ucapan 100 perenggan Tun menyentuh mengenai keadaan semasa orang Melayu melalui kacamata beliau sendiri. Ucaptama Tun Dr Mahathir di Perhimpunan Pribumi Perkasa Negara boleh dibaca sepenuhnya di sini.

Ini adalah sedikit petikan ucaptama Tun Dr Mahathir:
“Berhadapan dengan tuduhan dan tohmahan ini Melayu sekarang tidak boleh mempertahankan diri, bahkan tidak boleh bercakap berkenaan dengan bangsa mereka tanpa dituduh sebagai racist.”

Dan ini adalah hasil ulasan yang keluar di media alternatif yang membuktikan kebenaran kata-kata TDM:

“Tun Dr Mahathir Mohamad played the race card today…”
Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani dari The Malaysian Insider

Baca sendiri komentar-komentar di The Malaysian Insider di sini.

Baca juga komentar-komentar di Malaysia Today di sini.

Baca Mahathir’s Racist Agenda dari stocktube.

Hampir kesemua komentar-komentar yang keluar menggambarkan ucapan TDM sebagai racist. Kita tidak tahu samada mereka membaca sepenuhnya ucapan tersebut, atau hanya kerana bencikan TDM, maka kesemua mereka terus sahaja mencaci apa-apa yang diperkatakan oleh TDM.

Malangnya, terdapat budak-budak Melayu yang terpengaruh dengan arus pemodenan dan tidak sedar bahawa bangsa bukan Melayu sebenarnya memandang rendah kepada orang seperti mereka itu. Sebetulnya, orang Cina memandang rendah kepada orang Melayu yang tidak berani mempertahankan kedudukan orang Melayu itu sendiri. Orang Cina bangga dengan orang Cina seperti DJZ yang bermati-matian memepertahankan nasib orang Cina. Orang Cina dan India bersyukur dengan kehadiran munafik seperti Brader Anwar Bin Ibrahim yang berani memperlekehkan golongan yang cuba mempertahankan hak-hak orang Melayu dengan slogan Ketuanan Melayu dengan menggantikannya dengan Ketuanan Rakyat.

Sebenarnya, di negara Malaysia ini, orang Melayulah yang paling bertolak ansur dan tidak racist berbanding dengan bangsa-bangsa lain. Jurublog telah membuat perbandingan tersebut dengan panjang lebar pada tahun lepas di sini.

Sekiranya orang Melayu yang merupakan majoriti masyarakat di Malaysia bersikap perkauman sepertimana orang Cina DJZ atau India Hindraf, maka telah lama tidak wujud sekolah Cina atau Tamil di Malaysia, dan kumpulan-kumpulan yang menebal sikap perkauman tersebut tidak akan wujud atau akan terus lenyap dari bumi ini.

Orang Melayu mesti terus berani bersuara untuk mempertahankan kedudukan orang Melayu di negara bertuah ini. Orang Melayu perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan pegangan akidah Islam yang jitu untuk membolehkan kita meningkatkan dengan kekuatan politik dan ekonomi yang semakin tiris sekarang ini.

Saturday, March 21, 2009

Zaid Ibrahim: If truth be told, Anwar too can’t be PM

This is an extract of Zaid Ibrahim’s speech at the Rotary Club on 18 March 2009:
18. A prime minister must have the confidence of the majority of the rakyat. In order for this to be the case, his integrity must be beyond question; not only must he be such a person character, he must be seen to be such a person. The office of prime minister is one of great trust, he who holds that office cradles the nation in his palms.

Going by Zaid’s arguments, Brother Anwar Bin Ibrahim will definitely be out of Zaid’s equation as a person suitable to be the Prime Minister of Malaysia.

Firstly, Brother Anwar Bin Ibrahim does not command the confidence of the majority of the people in Malaysia. In fact, I would consider his party as a junior partner in the loose DAP-PKR-PAS coalition called Pakatan Rakyat. He may have a lot of vocal supporters on the internet and through the influence of internet. He also enjoys the support of the hooligans on the street. But most of them are anti-establishment and actually have common dislike on the current state of UMNO and Barisan Nasional, and unfortunately choose PKR as an alternative.

Secondly, Brother Anwar Bin Ibrahim’s is NOT a person of integrity, and I do not see him to be a person with integrity.

Zaid’s speech contains a lot of innuendoes and allegations ala Raja Petra Kamaruddin. I actually get a feeling that he sourced most of his information through reading Malaysia Today and believing whatever were written there (including the commentaries), as the gospel truths.

Yes, Zaid is just another accuser.

Najib was never an accused person in the murder of Altantuya Shaaribu. But he has been already considered guilty in the murder case by Petra, Anwar, Gobind, others, and now, Zaid.

I can also implicate Brother Anwar Bin Ibrahim on some other things, and stamp a guilty verdict on Anwar.

Brother Anwar Bin Ibrahim has been cpnvicted of power abuse and corruption. And that is an undeniable fact. Anwar, the ex-convict, will certainly abuse his power again if he is back in the government.

During the UMNO election in 1993, when the late Tun Ghaffar Baba was the UMNO Deputy President, Anwar abused his power as the then Finance Minister to gather enough financial resources for bribery to defeat the incumbent for the post. It was especially apparent with the sudden change in support from the Sabah delegates from Ghaffar to Anwar during the fateful UMNO election.

Anwar continued his abuse of power when he was Deputy Prime Minister and Finance Minister to accumulate wealth and financial resources through his nominees and cronies. He had accumulated enough wealth and financial influence to challenge Mahathir for the UMNO Presidency and Prime Ministership when the Asian financial crisis struck, and some of his financial holdings through his cronies cracked. When Anwar was sacked and jailed, many of his cronies managed to flee overseas, and some still remain there with their ill-gotten wealth. I was even related to the common phrase among Anwar’s cronies: that they were holding the wealth on behalf of Pak Sheikh (a codename for Anwar).

I was also related to stories that whenever Anwar touched down into United States during his tenure as Deputy Prime Minister, he will be AWOL for a few hours without his ADCs, and will re-appear at the hotel hours later. Conspiracy theorists related to me of Anwar’s sexual tendencies and the supply of the same by the Americans.

When his alleged sexual romps were under investigation, Anwar abused his powers to pressure the police to stop the investigation. I am therefore not surprise if he is currently pressuring the police and the AG office to stop the Sodomy II from going further. Based on the accounts of the Judges, Anwar’s conviction in respect of Sodomy I was overturned just because of technicality of the charge, not because it never happened.

Karpal Singh has a lot of dark secrets on Anwar. That’s why Karpal dared to say that Anwar is indeed an immoral person. Anwar never vilified Karpal for that statement, because there must be truth to it. Anwar would never vilify Karpal for anything, because Anwar is afraid that Karpal will spill more beans.

Even Raja Petra Kamaruddin has a lot of dark secrets on Anwar. Petra once wrote about the mystery of the missing coffers for Free Anwar Campaign. The story was never followed-up by Petra, presumably because he had been given his fair share of the bargain.

Anwar does have the oratory skill and charm to gather support. I am not sure whether he is in fact formally a member of PKR, a party in which he is the Advisor a.k.a. Ketua Umum. Some say that Anwar is actually not a PKR party member. But this non-member is the most powerful person in the party, and more powerful compared to the PKR party President. That’s why PKR can afford to limit the term for the President post. Anwar will never become their President, and as Ketua Umum, he will not be subjected to any term limit.

So, Anwar the party-less individual now has another party-less individual by the name of Zaid Ibrahim, as his friend. Both were from UMNO. And by remaining party-less, they can claim their place back in the UMNO rank if opportunity arises in the future. They will claim to the UMNO people that they had never turn their back against UMNO, by not joining the rival parties during their period outside UMNO.

Zaid Ibrahim himself has been found guilty of money politics in the last UMNO elections, when he won the Kota Bharu divisional head post. In fact, Zaid failed to receive enough nomination for the Kota Bharu divisional post during the current UMNO election process, possibly because he did not resort to any money politics. The truth is that, Zaid has no grassroot support in Kota Bharu. Without any financial incentive, nobody will consider and vote for Zaid to represent them for the Kota Bharu divisional post.

After his apparent failure to get support for the Kota Bharu divisional post, Zaid maneuvered himself out of the Cabinet. And once he was out of the Cabinet, Zaid started his vilification against UMNO and the current government ministers.

By openly speaking against the appointment of Najib as Malaysia’s next Prime Minister, Zaid has done a great disservice to the nation. His speech has been widely quoted initially through the alternative media, and picked up by the international media to discredit Malaysia and the incoming Prime Minister.

Brother Anwar Bin Ibrahim would be smiling with a glee by having another goon on his side. He may not of course realise that Zaid Ibrahim is also implying, in the same speech, that if truth be told, Anwar too can’t be PM.

Friday, March 20, 2009

Elizabeth Wong should not remain as Selangor EXCO member

This weekend, Khalid Ibrahim is scheduled to meet with Elizabeth Wong to discuss her political positions as a Selangor EXCO member and assemblywoman.

Granted, Eli is a single, unmarried woman, and she is a non-Muslim. She did not breach any law by sleeping with a man.

But Eli is a public figure, and an EXCO member in the State of Selangor. As a politician and a state assemblywoman, Eli should be more discerning in her selection of sleeping partner.

Eli should not have picked a Muslim man to be her boyfriend and sleeping partner, unless she is married to the man. In a Muslim-majority country such as Malaysia, sex outside marriage is still a taboo. Sex outside marriage (zina) is a major sin to Muslims. A non-Muslim committing zina with a Muslim person would not be seen positively, especially to the devoted, practising Muslims.

If a non-Muslim commits zina, he or she will not be punished under Shariah law. Only the Muslim partner will be subjected to punishment under the Muslim law.

In this case, Eli’s partner and lover, who has since gone missing, would be subjected to punishment under Islamic law.

Eli, as she rightly pointed out herself, did not commit any crime, and she would not be subjected to any punishment in law. On the other hand, Eli has committed wrongful deed involving a Muslim man. It would have been okay if she was involved with another non-Muslim person.

I think Eli should maintain her stand to quit her EXCO post.

I also do not think that PKR is bold enough to accept Eli’s resignation as assemblywoman, as PKR would not want to be involved in another messy by-election.

Khalid’s and PKR’s continued acceptance of Elizabeth Wong as a Selangor EXCO member will reflect their tolerance level against moral improprieties. Private conduct should not be judged if it remains private, but once the conduct becomes public knowledge, public judgment will kick in. Sex outside marriage was tolerated decades ago in the West, but has now become norm even in Malaysia. Gay activities and bi-sexuality are now norm in the West, and are becoming more prevalent in Malaysia. Should we also then tolerate gay activities, and support a bi-sexual Prime Minister?

Tuesday, March 17, 2009

All of You Listen to Mee: Re-Introduce English Medium Classes for Science and Mathematics

The above signage was voted No. 1 as the Most Popular Post in http://www.engrish.com/. And as a Malaysian, I am embarrassed.

I guess you would still be able to be rich enough to buy a bungalow, even without a good command of English.

But as the nation progress in this borderless and increasingly competitive world, we should equip our children with the best education so that they would be able to continue to prosper. The least we can continue to do is to enable them to be taught in English in two most critical subjects, science and mathematics.

PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris) or the Teaching and Learning of Science and Mathematics in English has been debated over and over again by educationists, parents, politicians and people at large. Malay politicians from PKR and PAS used the current political undercurrent against Barisan Nasional to gather their supporters to participate in the mass demonstration against PPSMI a couple of weeks ago. Chinese educationists have threatened the government of mass demonstration should the government decides to continue with PPPSMI. The Malays wanted the subjects be taught in Bahasa Malaysia, and the Chinese, in Chinese.

I guess the best time for a child to learn and understand foreign languages would be before the age of eleven years. Understanding Science and Mathematics in English since the primary school would better equip the students when they continue to study the two subjects, also in English, during the secondary school, and later, in colleges and universities. Learning the subjects of Science and Mathematics in English in secondary school should continue to be made mandatory.

I was told that the current “popular” proposal is to revert to teaching Science and Mathematics in the respective mother tongues (Malay, Chinese or Tamil) at the primary school level. According to the “popular” proposal, the teaching of Science and Mathematics in English will only commence at the secondary school level.

I would like to suggest that the government consider looking into possibility of re-introducing English-medium classes, at least for the two subjects of Science and Mathematics, commencing at the primary school level. Parents and students would be able to choose the best medium of instruction for the students in both subjects. The Malays may still have the option to learn the two subjects in Malay or English, and so too the Chinese, either in Chinese or English.

Such re-introduction of English medium classes would also enable the government to gauge the popularity of PPSMI. In my opinion, most parents are actually supportive of PPSMI. The problem lies with those vocal minorities and screwed-up politicians who are against PPSMI.

If English medium classes for Science and Mathematics were re-introduced, those students opting for PPSMI would have better chances in obtaining high competency jobs during their working life. By then, firms would be more receptive in employing English-educated students in their workforce, and it may well be part of their employee selection criteria.

In the end, the success of re-introducing English medium classes for Science and Mathematics will provide proof to the government that PPSMI is indeed a good and correct policy to begin with.

Friday, March 13, 2009

Salahguna imuniti Parlimen: Gobind patut disingkir

Setelah si keling celaka Karpal Singh menyalah guna imunitinya sebagai ahli parlimen dengan menuduh Pemuda UMNO bertanggungjawab menghantar peluru hidup, semalam, anaknya pula, si keling laknat Gobind Singh Deo pula buat hal dengan membuat tuduhan di dalam dewan Parlimen bahawa Najib adalah pembunuh.

Kita tidak boleh membiarkan ahli-ahli pembangkang terus menerus menyalah gunakan kuasa imuniti mereka untuk membuat tuduhan melulu terhadap individu-individu tertentu, semata-mata untuk mendapatkan publisiti murahan, kerana semuanya yang mereka perkatakan akan dilapurkan di dalam media alternatif yang seringkali memperbesarkan dan menokok tambah, dikuti pula dengan komentar-komentar yang dibuat oleh pembaca yang kebanyakannya anti kerajaan.

Sebagai contoh, Jeff Oii baru-baru ini telah menyalah gunakan kedudukan beliau sebagai ahli parlimen dengan menuduh dan menyatakan nama dua individu tertentu yang ditangkap basah.

Telah tiba masanya ahli-ahli parlimen kerajaan menggunakan kuasa mengundi mereka yang ada untuk mengenakan tindakan yang bersesuaian terhadap mereka-mereka yang menyalah gunakan imuniti mereka dengan membuat tuduhan memlulu yang bertujuan untuk memalukan orang.

Segarakan tindakan tata tertib terhadap Gobind. Sekiranya Karpal buat hal lagi, kenakan tindakan yang sama kepada beliau. Ini tidak ada kena mengena dengan kecacatan Karpal. Tetapi perangai Karpal sendiri mencacatkan kedudukan beliau sebagai ahli parlimen.

Belum lagi mendapat kuasa memerintah Malaysia, wakil rakyat pembangkang sibuk membuat tuduhan-tuduhan dan kenyataan-kenyataan melulu samada di Parlimen atau pun di dewan-dewan undangan negeri. Di Johor misalnya, wakil DAP yang langsung tidak mahu memakai songkok semasa istiadat perasmian DUN Johor semata-mata ianya lambang Melayu, terus dengan sikap anti-Melayunya dengan menyamakan DEB sebagai apartheid. Di Pulau Pinang, Lim Guan Eng terus dengan taktik mengenepikan mana-mana media yang tidak memuji kepimpinan beliau. Media yang memuji DAP akan mendapat scoop yang sepatutnya. Pada Pakatan Rakyat, selective media freedom telah pun dijalankan di negeri-negeri di mana mereka memerintah. Ini

Baca sahaja Hansard Parlimen yang menunjukkan perangai buruk Gobind yang terserlah kebiadapan dan kesombongannya. Sudahlah menuduh sembarangan, asyik sahaja bercakap di dalam bahasa Inggeris di dalam dewan Parlimen yang mulia. Orang macam ini juga yang bercakap bahasa Inggeris, tetapi menentang PPMSI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris). Hipokrit!


Hansard 12 Mac 2009:
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bangun untuk menjawab erkenaan dengan P.06 Butiran 09000 - Bangunan-bangunan Mahkamah di mana sebanyak RM95 juta iperlukan lebih kurang untuk bangunan mahkamah di Kuantan. Tuan Pengerusi ingin saya menyatakan di sini bahawa saya berpendapat tidak perlu kita membiayai wang sebanyak ini kepada mahkamah. Apakah yang ingin dicapai dengan enggunakan wang sebanyak ini untuk bangunan mahkamah di mana sistem di sekeliling keadilan itu tidak langsung dibangunkan. Kita ada bangunan-bangunan yang cantik, tetapi polis dalam negara ini tidak cukup anggota, tidak cukup siasatan dibawa dalam kes-kes misalnya kes Kugan. Sampai hari ini walaupun laporan bedah siasat diberikan dua minggu lalu, sampai hari ini tidak ada sebarang tindakan diambil. Akan tetapi wang kita berikan untuk binakan bangunan mahkamah. Bukan sahaja itu, kes pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya di mana Ahli Parlimen Pekan yang keluar sekarang...
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis, [Rompin]: Point of order Tuan Pengerusi, point of order.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Come back...! [Disampuk]
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak boleh Yang Berhormat macam itu. Yang Berhormat Puchong. Dua perkara, sila duduk dulu Yang Berhormat Puchong. Dua perkara yang membantah Yang Berhormat daripada meneruskan ucapan terhadap kes yang disebut, pertama kes ini dalam mahkamah. Kedua Yang Berhormat, Yang Berhormat ditegah oleh peraturan mesyuarat untuk menunjukkan mana-mana Ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini. Saya minta Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat beri amaran kepada diri...
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tuan Pengerusi menipu... [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Dengarlah Yang Berhormat! Dengar, dengar Yang Berhormat. Okey saya minta Yang Berhormat tidak menyentuh perkara ini seperti yang saya katakan tadi.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Kenapa tidak boleh?... [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Saya ada jelaskan sebab itu, Yang Berhormat tidak dengar. Saya katakan perkara ini dalam mahkamah. Kedua, Yang Berhormat, perkara ini menyentuh tentang peribadi seseorang di dalam Dewan. Tidak boleh Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tuan Pengerusi kena dengar saya dulu. Dengar saya dulu.
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah Yang Berhormat. Ini bukan kali pertama Yang Berhormat menyentuh perkara ini. Saya tidak benarkan Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Bukan, bukan isu yang dibangkitkan kali ini.
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis, [Rompin]: [Bangun].
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Saya tidak benarkan Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Dengar dulu.
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis, [Rompin]: Tidak boleh dengar.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tuan Pengerusi, kalau boleh isu yang dibangkitkan.
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Saya tidak benarkan Yang Berhormat. Dua perkara itu bercanggah dengan isu yang Yang Berhormat kemukakan. Perkara yang lain Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Saya hendak teruskan. Saya hendak teruskan. Sila dengar saya Tuan Pengerusi, terima kasih. Saya hendak bangkitkan berkenaan dengan negara kita membelanjakan banyak wang. We spend lots of money, dengan izin. Beautiful building there but the system...
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Mahkamah teruk pun... [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: ...Sistem. Saksi-saksi dalam kes-kes tertentu walaupun polis tahu mereka saksi penting tetapi tidak disiasat. Banyak kes masih belum dibawa ke mahkamah tetapi bangunan mahkamah ada. Macam kes Altantuya....
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis [Rompin]: Yang Berhormat ini apa ini, Tuan Pengerusi, apa kena mengena dengan bangunan ini?... [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Sabarlah Yang Berhormat. Ya memang betul Yang Berhormat, tidak berkenaan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tiada kaitan, tiada kaitan. Buang masa sahajalah.
Seorang Ahli: Bagaimana sensitif sangat.
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis, [Rompin]: Hak dia…
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Buang masa sahajalah.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Dengar dulu. Pegawai penyiasat dalam kes itu sendiri menyatakan bahawa Ahli Parlimen Pekan...
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis [Rompin]: Perkara satu, Ahli Parlimen...
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Kenapa kita kena bawa wang sebanyak ini... [Pembesar suara dimatikan] [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat. Yang Berhormat Puchong. Yang Berhormat terlalu degil, saya perintah Yang Berhormat keluar hingga petang.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Hantar dia keluar. Hantar dia keluarlah. Tiada kaitan, mengganggu… [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Jemputlah…., Bentara!
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: You stand up and answer! You are there, isn’t?
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Bentara!
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis [Rompin]: Tuan Pengerusi.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tuan Pengerusi, keterlaluan.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Involved in a murder case. Deputy Prime Minister!
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis, [Rompin]: Apa ini?
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Stand up and answer me! I want an answer now.
Dato’ Haji Lilah Yasin [Jempol]: Arahan Tuan Pengerusi keluar. Tuan Pengerusi sudah arahkan, keluarlah... [Dewan riuh]
Beberapa Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tanya soalan biasa tidak boleh? Tidak mahu pergi, guna kekerasan…
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Bentara, sila jalankan tugas.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Saya tidak akan keluar. No need, no need to fight, huh?.... [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Saya perintah Yang Berhormat keluar, Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: No, no. no...
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Saya perintah Yang Berhormat keluar Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Ya?
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Saya perintah Yang Berhormat keluar.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Bila?
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Sekarang, sehingga habis mesyuarat petang ini.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Bila?
Beberapa Ahli: One day, and for today... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Dewan riuh]
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tuan Pengerusi, you should be ashamed of yourself. Hey!... [Sambil berdiri] [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli -ahli Yang Berhormat lain saya minta duduk Yang Berhormat… [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, tolong duduk Yang Berhormat.
Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Hei cukuplah.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Membunuh!
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Perangai itu.
Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Bagi peluang untuk...
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Pembunuh!
Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Jawablah. Deputy Prime Minister jawab soalan ini.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Apa itu semua berdiri? Tidak ada peraturan mesyuarat.
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Sila duduk Yang Berhormat. Sila duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Puchong… [YB Puchong bangun berjalan keluar dewan] [Tepuk]

Wednesday, March 11, 2009

Raja Nazrin tegur PAS: Renungi kisah kebodohan Pak Kadok

Dalam kisah Melayu lama, Pak Kadok mempunyai ayam sabung yang hebat. Pada suatu hari, Pak Kadok pergi bersabung di gelanggang raja dengan bertaruhkan kampung halamannya. Apabila raja melihat kehebatan ayam sabung Pak Kadok, raja minta ianya ditukar dengan ayam kepunyaan raja. Pak Kadok terus bersetuju, kerana manakan tidak, sudahlah memiliki ayam kepunyaan raja, kalau menang bersabung, mungkin Pak Kadok boleh menjadi raja.

Maka berlakulah persabungan ayam-ayam tersebut. Maka dengan kehebatannya yang ada, ayam yang sebelum itu milik Pak Kadok pun menang. Maka bersoraklah Pak Kadok kerana fikirkan beliau telah menang, tanpa sedar bahawa ayam tersebut telah pun diserah milik kepada raja. Maka tergadailah kampung halaman Pak Kadok. Itulah kisah kebodohan Pak Kadok, yang menang sorak tapi kampung tergadai.

Itulah kisah yang ingin diperingatkan olah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin semalam.

Kisah tersebut memang telah berlaku semula baru-baru ini di Perak.

DAP yang cilik merupakan ketua (“raja”) sebenar pentadbiran di negeri Perak selepas Pilihanraya Umum ke 12 tempohari. Yang jadi Pak Kadok ialah Nizar dan orang PAS. Maka gembiralah yang amat sangat DAP apabila Nizar a.k.a. Pak Kadok memberi status tanah hakmilik kekal kepada orang Cina di Perak, walau pun ada peluang untuk mengekalkan pemberian tanah hakmilik semantara selama 99 tahun kepada golongan tersebut. Nizar a.k.a. Pak Kadok masih lagi bersorak-sorak keriangan di bawah pokok untuk berbual kosong dengan pengikut-pengikut DAP kerana fikirkan ia persidangan dewan undangan negeri, tanpa sedar bahawa DAP menyokong beliau kerana telah mendapat tanah hasil dari kebodohan Nizar sendiri. Nizar a.k.a. Pak Kadok masih lagi bersorak-sorak melambaikan tangan ketika berada di mahkamah untuk terus menyanggah keputusan Sultan Perak yang melantik orang lain menggantikan beliau sebagai Menteri Besar.

Dalam masa yang sama, PAS juga telah mengadakan beberapa siri ceramah penerangan mengenai isu di Perak. Maka di dalam ceramah yang diadakan, bersuaralah Nizar a.k.a. Pak Kadok yang cuba menegakkan benang yang basah. Apabila Nizar berkata, “Kita (PAS) telah memberikan hakmilik kekal tanah kepada orang Cina di Perak”, kenyataan tersebut telah disambut dengan pekikan takbir (Allahu Akbar!) oleh pengikut-pengikut PAS yang hadir tanda setuju. Sekali lagi, apabila Nizar menyambung hujahnya, “Salahkah kita (PAS) kerana memberikan tanah tersebut kepada orang Cina?”, maka bertakbirlah lagi pengikut-pengikut PAS yang hadir tanda setuju.

Cerita disebalik siri penerangan PAS yang di atas memang berlaku. Ianya berlaku di Kuala Lumpur. Yang hadir di dalam ceramah tersebut termasuklah pemimpin-pemimpin kanan PAS seperti Hadi dan Nik Aziz.

Jurublog amat terkejut dengan riaksi spontan pengikut-pengikut PAS yang suka bersorak bersetuju dengan tindakan bodoh Nizar tanpa menyedari akhirnya tanah Melayu kita sendiri yang tergadai. Mungkin PAS hanya mementingkan Islam dan bukan identiti Melayu. Tetapi mengapa perlu tunduk kepada permintaan orang bukan Islam sepertimana yang berlaku di Perak?

Friday, March 6, 2009

Altantuya: "Saya ada anak" = "I am pregnant"?

Lost in translation. Atau mungkin disengajakan untuk menambahkan sensasi cerita?

Persoalan itu timbul apabila Jurublog membaca ”keterangan beramaran” Sirul Azhar yang didedahkan oleh Raja Petra di dalam laman web Malaysia Today.

Pada 5 Mac 2009, Malaysia Today telah menterjemahkan sebuah artikel yang diterbitkan di dalam bahasa Perancis di akhbar tabloid Liberation French bertarikh 5 Mac 2009. Artikel tersebut ditulis oleh Arnaud Dubus. (Nota: Mungkin satu kebetulan, tetapi nampak gayanya, Brader Anwar Bin Ibrahim dan konco-konco beliau seperti Petra agak gemar dengan perkataan ”dubur” atau perkataan yang seakan-akan bunyi yang sama).

Menurut kronologinya, Petra mendedahkan bahawa beliau telah menemui Dubus di Kuala Lumpur sebaik sahaja Petra dibebaskan dari tahanan ISA.

Dari segi kronologinya juga, artikel yang diterbitkan di Perancis pada 5 Mac 2009 mestilah telah mendapat suntingan yang dikehendakki oleh pihak-pihak yang berkepentingan di Malaysia (seperti Petra sendiri atau Brader Anwar Bin Ibrahim). Jika tidak, manakan pula artikel yang terbit pada hari yang sama di negara Perancis yang waktunya 7 jam di belakang Malaysia, terus mendapat perhatian di Malaysia dan mendapat terjemahan ke bahasa Inggeris pada hari yang sama, dan di beritakan juga di dalam sidang Parlimen yang berlangsung pada 5 Mac 2009.

Juga yang menjadi tandatanya, mengapa pula persoalan timbul mengenai pembabitan Najib di dalam kes Altantunya semata-mata kerana ianya di masukkan juga di dalam artikel tulisan Dubus tersebut?

Bukankah Dubus mendapat maklumat beliau daripada sumber yang sama, iaitu Petra sendiri? Dan Petra mengambil kesempatan daripada tulisan orang yang ketiga (Dubus) untuk membangkitkan cerita yang pada asalnya dibuat oleh beliau sendiri? Bukankah itu cara yang paling senang untuk melebarkan sesuatu fitnah, sepertimana yang diterangkan oleh Jurublog melalui Spreading Rumours 101?

Yang pastinya, Sirul Azhar ada berkata mengenai Razak di dalam ”kenyataan beramaran” tersebut. Tiada cerita mengenai Najib di dalam mana-mana bahagian ”kenyataan beramaran” tersebut. Hal Najib ”bergambar” dengan Razak dan Altantuya timbul di dalam artikel tulisan Dubus, yang berpandukan maklumat yang diterima oleh Dubus daripada Petra atau konco-konco Brader Anwar Bin Ibrahim yang memang ingin memburuk-burukkan bakal Perdana Menteri Malaysia selepas Pak Lah.

Pada Petra dan Anwar, sumpah Najib menafikan pembabitan beliau dengan Altantuya tidak boleh diterima pakai. Pada Petra dan Anwar, sumpah laknat Saiful Bukhari mengenai Sodomy II tidak boleh diterima.

Petra dan Anwar hanya boleh menerima akaun bersumpah yang boleh ditukar-tukar oleh orang yang mengaku membuat kenyataan tersebut.

Brader Anwar Bin Ibrahim sendiri sehingga kini, tidak berani membuat pengakuan secara jelas bahawa beliau tidak pernah melakukan sodomi ke atas sesiapa. Anwar hanya sentiasa berdalih dan membuat kenyataan melencong sekiranya di ”corner” soalan tersebut. Petra lebih tahu akan perangai budak-budak MCKK kerana beliau juga bersekolah di sana.

Yang pastinya, menurut ”kenyataan beramaran” Sirul Azhar, beliau menyebut seperti berikut:

”Setelah selesai kencing, dan beliau terlihat senjata yang saya pegang dan saya nampak beliau ketakutan, dan merayu agar jangan bunuh dia dan cakap dia ada anak.”

Memang Altantuya mempunyai anak kecil yang berada di Mongolia. Sirul Azhar tidak mengatakan bahawa Altantuya memberitahu bahawa beliau sedang mengandungkan anak.

In the caution statement, Sirul Azhar was quoted as saying that Altantuya said that she’s got a child. Sirul Azhar’s caution statement did not mention Altantuya as saying that she’s pregnant.

Kedua-dua cerita mengenai Altantuya dibunuh ketika mengandung dan Najib mengenali Altantuya dan pernah bergambar dengannya berasal daripada tulisan Petra yang terdahulu. Cerita itu di ulang-ulang di tempat lain dan akhirnya ditulis semula oleh Petra berdasarkan tulisan oleh orang ketiga yang membuat penyelidikan hasil dari tulisan Petra sendiri.

Sekiranya Petra benar-benar mereka-reka cerita-cerita tersebut, maka laknatlah dia. Kita hanya perlu bertindak agar tidak terus menyebarkan fitnah yang sama.

Wednesday, March 4, 2009

Kaduk naik junjung bermesyuarat sambil bergayut bawah pokok

Itulah yang sebenarnya berlaku di Perak.

Nizar si boneka DAP masih belum sedar bahawa pihak Istana tidak lagi berkenan untuk menerima beliau menghadap ke bawah duli Tuanku Sultan. Sultan Azlan Shah tidak lagi memperakui bahawa Nizar adalah Menteri Besar negeri Perak. Itulah hakikatnya.

Si keling Sivakumar mungkin tahu bahawa Sultan Azlan amat murka dan tidak akan menerima beliau menghadap baginda Sultan.

Ngeh dan Nga mungkin tahu bahawa pihak Istana tidak berkenan dengan tindak-tanduk mereka sejak mula memerintah Perak bulan Mac 2008 yang lalu, melalui boneka mereka, Nizar.

Pasangan keling Sikh anak-beranak Karpal dan Gobind mungkin kembali gatal untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak. Sebenarnya, dalam kepala otak mereka berdua ini, kedua-duanya tahu bahawa tindakan Tuanku Sultan dalam kapasitinya sebagai Sultan yang memerintah tidak boleh dibicarakan di mahkamah dengan sewenang-wenangnya. Tetapi mereka sahaja nak naik tocang.

Pasangan Cina anak-beranak Lim Kit Siang adan Lim Guan Eng sudah terasa kehilangan kuasa DAP di Perak dan sentiasa memainkan api kemarahan kaum Cina di sana terhadap Sultan Perak dan orang Melayu yang menyokong Sultan.

Brader Anwar Bin Ibrahim masih hipokrit dan tidak mahu mempercayai bahawa Sultan Azlan Shah tidak berkenan dan amat murka dengan tindak-tanduk penyokong-penyokong PKR dan PAS yang bertindak di luar kesusilaan orang Melayu hasil dari provokasi yang dimulakan oleh beliau. Tulisan beliau di anwaribrahimblog.com telah mengundang kecaman hebat daripada pembaca yang juga penyokong taksub PKR terhadap baginda Sultan dan Raja-Raja Melayu sehinggakan posting tersebut terpaksa dipadamkan.

Sekiranya mereka ini semua berada di bumi Johor, sudah lama kaduk-kaduk ini semua diterajang dan dinyahkan dari negeri.

Apakah yang akan jadi sekiranya kaduk-kaduk ini dapat memerintah semula di negeri Perak? Mungkinkah Sultan akan berkenan untuk menerima perlantikan kaduk-kaduk ini sebagai Menteri Besar atau EXCO, yang bersedia untuk bersumpah taat setia kepada baginda, setelah apa yang berlaku?

Kita masih lagi memerhatikan gayutan demi gayutan yang di buat oleh kaduk-kaduk ini. Mungkin mereka akan berasa penat dan terjatuh juga ke tanah akhirnya?

Monday, March 2, 2009

Nik Aziz mengikut kehendak kadok yang dah naik junjung

Ulama politik, Nik Aziz telah membuat dua kenyataan besar pada 1 Mac 2009 yang bertujuan untuk memperburukkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO. Jika diperhalusi, sekiranya kenyataan-kenyataan yang sama dikeluarkan oleh pemimpin UMNO, maka mulalah PAS dan PKR akan bertubi-tubi menyerang kenyataan tersebut.

Dalam kenyataan pertamanya, Nik Aziz telah “memperbenarkan” penggunaan Allah bagi bukan Islam. Maka dengan sendirinya, Nik Aziz tidak memperdulikan keluhan Ahli Parlimen PKR, Zulkifli Nordin yang telah mendedahkan niat jahat missionary Kristian yang bergerak aktif di Lembah Kelang yang meyebarkan risalah-risalah untuk memujuk golongan muda Melayu Islam untuk mendekati agama mereka.

Dalam kenyataan keduanya, Nik Aziz telah mengatakan bahawa terma bumiputera adalah berbentuk perkauman. Maka gembiralah ADUN DAP di Johor yang baru sahaja menyamakan Dasar Ekonomi Baru sebagai apartheid.

Begitulah perangai ulama politik. Perkara sebegitulah juga yang akan menjatuhkan Islam.

Dalam masa pihak-pihak yang anti-Melayu dan anti-Islam melaung-laungkan konsep kesama-rataan, masih ada orang Islam yang masih tidak sedar agenda sebenar golongan kafir harbi tersebut.

Dalam masa puak Hindraf yang mewakili tidak sampai 5% penduduk Malaysia sibuk membuat demontrasi dan hura-hara di negara ini, maka sibuklah juga hipokrit seperti Brader Anwar Bin Ibrahim menyokong puak pelampau tersebut. Hindraf mendakwa bahawa orang Melayu telah melakukan pembunuhan (genocide) terhadap kaum India di Malaysia.

Dalam masa keling Sikh bertindak biadap terhadap Raja-Raja Melayu, maka sibuklah juga kumpulan Erdogan PAS dalam bentuk Nizar cuba menonjolkan diri sebagai wakil Ketuanan Rakyat di Perak. PKR dan PAS masih buat-buat tidak sedar yang sokongan kaum bukan Melayu terhadap mereka hanyalah kerana PKR dan PAS ini telah mempermudahkan golongan bukan Melayu yang anti-Melayu untuk menyerang Raja-Raja Melayu dan dasar-dasar Kerajaan yang mempertahankan kedudukan kaum Melayu.

Maka mulalah puak-puak kafir harbi yang menguasai internet menggunakan kekuatan bilangan yang ada kepada mereka untuk menyokong kenyataan-kenyataan yang memperlekehkan Raja-Raja, memperlekehkan golongan bumiputera, memperlekehkan orang Islam, kerana mereka sudah pasti yang ada golongan cerdik-pandai di kalangan orang Melayu Islam yang hipokrit dan hanya merupakan ulama politik.

Dalam masa yang sama, UMNO pimpinan Pak Lah masih lagi tercari-cari formula tepat untuk menangkis asakan demi asakan daripada puak-puak bukan Islam yang makin melampau-lampau keceluparan mereka. Mana tidaknya, UMNO terpaksa berhadapan dengan hipokrit PKR dan ulama politik PAS yang sebangsa dengan mereka. Semakin sukarlah Melayu untuk mempertahankan ucapan keramat Panglima Hang Tuah supaya Tidak Melayu Hilang Di Dunia.