Monday, June 21, 2010

Nazir Razak juga ketepikan bumiputera Melayu yang berkelayakan

Hakikatnya sekarang ini, sekiranya ada di kalangan orang Melayu sendiri yang memperburukkan DEB atau orang Melayu atau pemimpin Melayu, maka orang tersebut akan disanjung tinggi oleh orang Cina dan India, dan pihak pembangkang.

Begitulah yang terjadi apabila Nazir Razak mengeluarkan kenyataan bahawa mengenai DEB dan orang Melayu di dalam Mingguan Malaysia hari Ahad, 21 Jun 2010.

Nazir Razak menyatakan bahawa DEB perlu dirombak. Salah satu sebabnya, menurut nazir Razak, kerana DEB dalam bentuk sekarang telah juga mengenepikan bumiputera yang berkelayakan.

Sebagai reaksi segera, Lim Guan Eng menggesa PM Najib Razak untuk mendengar pandangan adiknya tersebut. Esok lusa, berduyun-duyunlah Cina-Cina, India-India dan melaun-melaun pembangkang yang akan ikut serta.

Pada Jurublog, Nazir Razak adalah individu yang bertanggungjawab menghilangkan identiti satu-satunya institusi perbankan bumiputera di Malaysia.

Dahulu, kita ada Bumiputera Bank Berhad. Lepas itu, kita ada Bumiputera-Commerce Bank Berhad.

Nazir Razak menghilangkan terus identiti tersebut dan menggantikannya dengan CIMB Bank.

Pada Jurublog, sekiranya Maybank dengan logo "tiger", maka CIMB lebih mirip kepada "chimp" bank. Berok betul bunyinya.

Adakah Nazir Razak terlalu malu dengan adanya nama "bumiputera" di dalam syarikat yang diterajui olehnya?

Ada sesiapa pernah membuat tinjauan tahap penglibatan orang Melayu di CIMB? Selain dari Charon Mokhzani, siapa lagi orang Melayu yang mendapat tempat di peringkat tertinggi di CIMB, berbanding dengan kaum lain? Bagaimana pula di peringkat pengurusan pertengahan di CIMB?

Berapa ramai orang Melayu yang berkelayakan yang berjaya mendapat pengiktirafan di CIMB? Bagaimana pula jika kita bandingkan dengan pengiktirafan yang diberi kepada kaum Cina di CIMB?

Bilakah kali terakhir CIMB menjadi bank saudagar yang membawa syarikat bumiputera ke Bursa Saham Kuala Lumpur? Adakah syarikat bumiputera terlalu daif untuk mendapat khidmat nasihat daripada CIMB? Berapa pula jumlah perolehan yang didapati oleh CIMB daripada khidmat nasihat daripada syarikat-syarikat milik Khazanah Nasional dan GLC lain seperti Sime Darby?

Ada sesiapa yang boleh bagi statistik yang berkenaan? Mungkin statistik tersebut akan membuktikan bahawa Nazir Razak juga bertanggungjawab mengenepikan inspirasi DEB yang diilhamkan oleh Tun Razak sendiri.

No comments: