Monday, May 25, 2009

Dan Sebenarnya ... Lirik lagu Nizar Jamaluddin

Lirik lagu Dan Sebenarnya nyanyian Yuna ini di olah khas oleh Jurublog untuk didendangkan semula oleh Menteri Besar Mahkamah, Nizar Jamaluddin..

Lirik lagu mengikut nyanyian Dan Sebenarnya oleh Yuna. Untuk lirik asal sila rujuk di s i n i.

Lagu asal Yuna menceritakan keresahan seorang budak perempuan yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia ditinggalkan kekasih hati. Lirik olahan Jurublog pula mengisahkan Menteri Besar Mahkamah yang resah dan tidak dapat menerima kenyataan bahawa Sultan telah melantik orang lain menggantikannya.

Dan Sebenarnya (Yuna)

Oh Sultan..
Enggan melayan diriku lagi
Pabila aku berada di sisi
Dan ADUN-ADUN di Ipoh seolah olah memerli aku
Pabila hakim memihak yang lain

Adakah tindakan aku ini sebenarnya sia-sia
Yang masih ingin MB milikku
Dan sebenarnya ku mengharapkan selepas pertemuan pertama itu
Kau tidak menyingkirkan aku

Ku enggan kerna rasa MB itu aku punya
Ku enggan walau pun majoriti mereka ada
Oh ku akui celaru
Mula menular dalam diri
Pabila hakim bersama yang lain

Adakah yang berkuasa ini sebenarnya Cina
Yang masih bersempati denganku
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik ucapan mu itu
Kau juga menyokong aku

Pabila kau melantik orangnya
Penyokong ku rebah jatuh ke bumi
Di saat kau benar-benar tak mahu ku lagi
Seperti ku bernafas dalam air

Tidakkah kau perasan negeri ini yang kuasanya Cina
Yang masih.. bersatu hati denganku
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik sokongan depa itu
Kau terpaksa tunduk mahu ku

Oh…

Dan Sebenarnya ..
Dan Sebenarnya ..
Aku malu ..

Dan Sebenarnya ..
Dan Sebenarnya ..
Aku tak tahu .. siapa tuan ku..

1 comment:

Faizal said...

Saper yang creative sangat buat lirik ni???... It's hilarious...