Showing posts with label Chua Jui Meng. Show all posts
Showing posts with label Chua Jui Meng. Show all posts

Friday, July 9, 2010

Anwar tunjuk kurang ajar pada Sultan Johor, lantik Chua Jui Meng Ketua PKR Negeri

Baharu sahaja beberapa minggu lepas Sultan Johor menarik balik pingat-pingat kebesaran negeri Johor daripada Chua Jui Meng, termasuk dua pingat yang membawa gelaran Dato’ dan Dato’ Seri. Sultan Johor berbuat demikian kerana tidak berkenan dengan tingkah laku Chua Jui meng yang tidak menepati tingkah laku yang dikehendakki bagi penerima pingat-pingat tersebut.

Dalam reaksinya pula, Chua Jui Meng dengan melulu telah menuduh UMNO Johor sebagai dalang disebalik penarikan balik darjah kebesaran tersebut. Tiada bukti yang dikemukakan.

Brader Anwar Bin Ibrahim pula di dalam reaksi beliau, telah memberitahu akan meminta perkenan untuk menghadap Sultan Johor.

Kini jelas sekali, Sultan Johor tidak berkenan untuk menerima menghadap Brader Anwar Bin Ibrahim. Sultan Johor juga jelas tidak terpengaruh mahu pun dipengaruhi oleh UMNO Johor di dalam keputusan baginda umtuk menarik balik darjah kebesaran daripada Chua Jui Meng.

Brader Anwar Bin Ibrahim tahu bahawa Sultan Johor tidak mahu berjumpa dengan manusia seperti beliau. Beliau pun tidak ambil peduli hal tersebut, kerana Brader Anwar Bin Ibrahim berasal dari negeri yang tidak ada Sultan. Beliau berasal dari negeri yang Ketua Menterinya orang Cina.

Brader Anwar Bin Ibrahim juga tahu bahawa Sultan Johor murka dengan Chua Jui Meng, dan sebab itulah baginda menarik balik pingat kebesaran Johor daripada Cina tersebut. Tetapi, sekali lagi, Brader Anwar Bin Ibrahim tidak ambil peduli hal tersebut.

Dengan kurang ajarnya, Brader Anwar Bin Ibrahim telah “memberi perkenan” untuk melantik Chua Jui Meng sebagai Ketua PKR Negeri Johor.

Secara terang-terangan, Brader Anwar Bin Ibrahim cuba menyanggah Sultan Johor. Dengan terang-terangan, Brader Anwar Bin Ibrahim cuba menunjukkan kepada Sultan Johor bahawa beliau dan PKR tidak perlu memikirkan sensitiviti Sultan yang memerintah dalam membuat perhitungan politik beliau.

Secara terang-terangan, Brader Anwar Bin Ibrahim memberi isyarat kepada Raja-Raja Melayu bahawa telah tiba masanya rakyat biasa seperti beliau membuat keputusan sendiri, walau pun ianya mempunyai implikasi melibatkan pentadbiran negeri yang mempunyai Sultan.

Negeri Johor telah pun ada wakil rakyat dari DAP yang secara terang-terangan menyanggah Sultan Johor, Al-Marhum Sultan Iskandar dan enggan memakai songkok yang merupakan protokol semasa majlis perasmian Dewan Undangan Negeri.

Sekarang ini, ada pulak Melayu melaun daripada Pulau Pinang yang berani menyanggah Sultan Johor dengan melantik seorang pemimpin Cina yang baharu sahaja dilucutkan pingat kebesaran negeri, sebagai pemimpin parti politik PKR di negeri Johor.

Mungkin lepas ini, Brader Anwar Bin Ibrahim akan menggunakan propaganda Ketuanan Rakyat bagi mendesak agar undang-undang tubuh negeri Johor diubah, agar membenarkan bukan Melayu dilantik sebagai Menteri Besar. Maka ramailah kapitan-kapitan cinabeng dan loyar-loyar keling yang akan menyambut baik saranan Brader Anwar Bin Ibrahim tersebut. Ulama-ulama pollitk dari PAS pula akan diam membisu, atau, kalau tidak pun, akan memberi ulasan bahawa perubahan tersebut dibenarkan oleh Islam.

Itulah cara sebenar Brader Anwar Bin Ibrahim dan konco-konco beliau di PKR. Sesiapa sahaja akan disanggah, termasuklah Raja-Raja Melayu, asalnya matlamat politik beliau untuk menjadi Presiden Malaysia tercapai.

Sunday, June 20, 2010

Chua Jui Meng anggap pingat kebesaran Sultan Johor sebagai besi biasa

Jurublog sudah lama tidak menulis.

Tetapi apabila membaca berita mengenai sidang akhbar Chua Jui Meng, maka Jurublog merasa perlu untuk meluahkan perasaan marah dan geram terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang yang sudah naik tocang dan kerap memperendahkan orang lain, termasuk institusi Di Raja.

Semasa sidang akhbarnya, Chua Jui Meng dilaporkan sebagai menganggap darjah kebesaran yang dikurniakan Sultan Johor sebagai "mere metal" atau "besi biasa".

Dengan kerana anggapannya bajawa pingat tersebut hanyalah besi biasa, Chua Jui Meng masih mengambil masa untuk memulangkan pingat kurniaan Sultan Johor.

Tidak cukup dengan menuduh bahawa Sultan Johor dengan mudah dipengaruhi oleh UMNO untuk menarik balik pingat-pingat tersebut, Chua Jui Meng terus menghentam Sultan Johor dengan menuduh pingat tersebut hanya besi biasa.

Baca di sini http://www.freemalaysiatoday.com/fmt-english/politics/pakatan-rakyat/7020-chua-i-will-surrender-my-medals-but-not-my-fight