Thursday, July 9, 2009

Dasar Ekuiti Bumiputera dan PPSMI: Dalam seminggu, dua langkah ke belakang buat orang Melayu oleh Najib

Jurublog merasa sedih dan tidak bersetuju dengan dua perubahan dasar penting yang dibuat oleh pentadbiran PM Najib Razak dalam masa satu minggu ini.

Pada 30 Jun 2009, Najib telah mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk meliberasasikan keperluan pegangan ekuiti oleh kaum bumiputera di dalam syarikat-syarikat tersenarai. Syarikat-syarikat tersenarai hanya perlu menawarkan 12.5% daripada ekuiti mereka kepada bumiputera pada masa penyeneraian, penurunanan daripada keperluan asal sebanyak 30%.

Pada 8 Julai 2009, kerajaan telah mengumumkan bahawa kerajaan akan memansuhkan dasar PPSMI, dan pengajaran matapelajaran sains dan matematik akan kembali kepada Bahasa Malaysia, Cina dan India secara berperingkat mulai tahun 2012.

Dasar ekuiti 30% milik bumiputera sedia ada cukup liberal

Walau pun kerajaan telah menetapkan keperluan bahawa syarikat tersenarai perlu memenuhi dasar pegangan ekuiti 30% bagi bumiputera, perlaksanaan dasar tersebut telah pun diliberasasikan sejak dahulu lagi.

Jurublog dimaklumkan bahawa syarikat berstatus MSC tidak perlu memenuhi dasar 30% ekuiti bumiputera tersebut. Syarikat asing dan syarikat yang majoriti perniagaan mereka terletak di luar negara juga tidak perlu memenuhi dasar 30% ekuiti bumiputera.

Bagi syarikat tersenarai yang mempunyai perniagaan di Malaysia, dan dikenakan keperluan 30% pegangan ekuiti bumiputera pula, syarikat tersebut diperlukan menghantar tawaran saham tersebut kepada pelabur-pelabur yang berdaftar dengan MITI. Dari segi perlaksanaan, MITI perlu lebih telus dalam pengagihan saham-saham tersebut, dan memberikannya kepada mereka yang berkelayakan, dan tidak kepada kalangan yang sama.

Jurublog juga difahamkan bahawa sekiranya saham-saham yang ditawarkan melalui MITI tidak berjaya mendapat sambutan, maka syarikat tersenarai berkenaan akan dikira telah pun memenuhi kehendak dasar tersebut. (Rasionalnya, jika tiada pelabur bumiputera berdaftar yang berminat, kerajaan tidak boleh memaksa syarikat tersebut untuk terus menawarkan saham tersebut beberapa kali sehinggalah syarat 30% ekuiti tersebut dipenuhi).

Dengan adanya mekanisma sedia ada yang diterangkan kepada Jurublog seperti yang di atas, mengapa pula kita perlu menurunkan angka 30% tersebut kepada 12.5%?

Jurublog percaya bahawa kesemua syarikat milik bukan-bumiputera yang masih tersenarai dan yang diperlukan memenuhi syarikat pegangan ekuiti bumiputera akan menarik balik cadangan tawaran 30% saham mereka yang telah mereka umumkan di Bursa Saham Malaysia. Mereka ini semua memang tidak berminat untuk berkongsi kemewahan dengan kaum bumiputera, walau pu saham-saham tersebut sebenarnya ditawarkan pada harga pasaran atau harga IPO.

Semasa menghadiri beberapa siri seminar yang ada membincangkan dasar 30% ekuiti bumiputera ini, Jurublog telah difahamkan bahawa pelabur asing (dari Eropah atau Amerka Syarikat) tidak melihat dasar tersebut sebagai penghalang atau ”deal breaker” bagi melabur di Malaysia.

Jadi mengapa UMNO dan kerajaan Barisan Nasional perlu apologetik kepada peniaga-peniaga bukan bumiputera mengenai dasar pengagihan ekuiti yang bertujuan untuk memastikan kesamarataan ekonomi kaum pada jangka panjang?

Walau pun Jurublog tidak bersetuju dengan dasar pentadbiran PM Najib untuk mengurangkan ekuiti ”wajib” bumiputera di kalangan syarikat tersenarai di Malaysia, Jurublog perlu memberi pujian dan ucapan tahniah kepada PM Najib kerana menubuhkan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas). Ekuinas adalah syarikat dana pelaburan yang melabur di dalam sysrikat-syarikat berpotensi dan syarikat-syarikat yang memerlukan dana untuk seterusnya berkembang sehingga menjadi syarikat tersenarai di bursa saham.

Jurublog percaya Ekuinas boleh menjadi model agen peningkatan ekuiti milik bumiputera dengan adanya liberisasi penurunan ekuiti wajib yang dibincangkan di atas. Alangkah baiknya jika kerajaan masih lagi mengekalkan dasar ekuiti 30% bumiputera serta juga memperkenalkan Ekuinas pada masa yang sama.

Patut adakan kelas aliran Inggeris bagi menggantikan PPSMI

Jurublog percaya bahawa kerajaan berasa tertekan sehingga sanggup tunduk kepada gesaan golongan anti-PPSMI. Sejak perlantikan kedua-dua Timbalan Menteri Pelajaran yang baru, Wee dan Puad, Jurublog boleh mengagak bahawa dasar PPSMI akan dihapuskan. Kedua-dua Wee dan Puad memang anti-PPSMI sejak dahulu lagi. Mungkin anak-anak mereka sudah besar, atau pun mereka sebenarnya mampu menghantar anak-anak mereka belajar di luar negara dan tidak terlibat di dalam sistem pembelajaran sains dan matematik di dalam bahasa ibunda.

Semasa bersekolah, Jurublog tidak bernasib baik kerana ”terpaksa” belajar sains dan matematik di dalam bahasa Malaysia. Abang-abang dan kakak-kakak Jurublog hampir kesemuanya berpeluang belajar di dalam kelas aliran Inggeris (English Medium). Mereka belajar kesemua matapelajaran di dalam bahasa Inggeris.

Semasa di peringkat pra-universiti, Jurublog terpaksa mempelajari semula matapelajaran sains dan matematik di dalam bahasa Inggeris. Adalah amat sukar untuk membuat perubahan dari pemahaman frasa bahasa Malaysia ke pemahaman bahasa Inggeris. Nasib baik Jurublog berjaya dengan cemerlang.

Jurublog sebelum ini telah mencadangkan bahawa kerajaan sepatutnya mengadakan semula kelas aliran Inggeris bagi menggantikan PPSMI.

Dengan yang demikian, ibubapa dan pelajar yang mahukan pembelajaran matapelajaran sains dan matematik di dalam bahasa Inggeris masih dapat berbuat demikian

Ibubapa dan pelajar yang inginkan pembelajaran dalam bahasa ibunda mereka masih boleh berbuat demikian dengan menghadiri kelas lain. . Matapelajaran lain seperti geografi, ugama dan lain-lain masih boleh dipelajari di dalam Bahasa Malaysia atau bahasa ibunda lain, walau pu bagi pelajar aliran Inggeris.

Kelas aliran Inggeris ini boleh diperkenalkan samada di setiap sekolah, atau pun di sekolah-sekolah yang terpilih. Sebagai contoh, SK Bangsar (1) boleh mengagihkan 2 daripada 6 kelas bagi setiap tahun pengajian sebagai kelas aliran Inggeris. Jika tidak, SK Bangsar (1) boleh ditetapkan sebagai sekolah aliran Inggeris, dan SK Bangsar (2) pula ditetapkan sebagai sekolah aliran bahasa ibunda.

Jurublog percaya bahawa akan terdapat ramai ibubapa dan pelajar yang akan memilih untuk mendaftar dan belajar di dalam kelas aliran Inggeris.

Jurublog juga percaya bahawa sekiranya kelas aliran Inggeris diperkenalkan, maka pelajar-pelajar aliran Inggeris akan lebih berjaya dan lebih diterima oleh majikan mereka (terutama syarikat MNC) semasa mereka berada di alam pekerjaan nanti.

Akhirnya, Jurublog percaya, kelas aliran Inggeris akan lebih diterima oleh semua golongan masyarakat, sekiranya kerajaan bersetuju memperkenalkannya. Ini juga akan menjadi bukti bahawan sebenarnya dasar PPSMI adalah bagus dan akan berjaya pada jangkamasa panjang, dan tidak dipolitikkan.

4 comments:

eddy said...

Education for our young in Malaysia has once again been sacrificed on the altars of political expediency.I do not believe for one minute that the cancellation of the PPSMI has got nothing to do with politics. It is inconceivable that just a little over 6 years a study could be made to show that it is a failure. I agree that the PPMSI has weaknesses in its implementation especially the teachers needs further training to speak english fluently, so, the teachers needs to be trained but no need to take the extreme step of cancelling the PPMSI altogether, we are actually moving steps back and ultimately handicapping ourselves when competing for FDIs against our neighbors in the not so distant future.

I GOOGLED the following words:
sains, science, matematik bahasa melayu, mathematics and the results are as follows:

sains 14.1 million results;
science 1 Billion results;

matematik bahasa melayu 192,000 results;
mathematics 134 Million results.

Just simple GOOGLE will show that it would be more useful and beneficial and VERY important for our children to learn Mathematics and Science in the English Language.

Even though Muhyiddin say there should not be any appeal, I hope that the Ministry of Education would consider reinstating PPMSI as additional to the now agreed teaching of Science and Mathematics in Bahasa Melayu, Mandarin and Tamil.

Give Malaysian Parents the choice of what language they want their children to study Mathematics and Science. This country should not be held to ransom by the language extremists whether they are Malay Sasterawans,Gapena or the Chinese and Tamil educationist movement who threathens BN with deprivation of political votes if their demands are not met. Our children cannot earn good living or contribute to the future of this country just by reciting the sastera melayu or mandarin and tamil poems only, we need technorats, professionals versed in English and their mother tongue also to compete in this increasing globalised world.

When it is about the best education that our children should have for their secured and independent future, I say politics be damned.

So I hope that the decision to cancel the PPSMI be revisited and the views of the PARENTS who wants PPMSI for their children, and they are also a huge voters bank in the coming GE, are thoroughly considered as the consequence would be bad on the BN as I know that Pakatan will promise to introduce PPMSI as additional to the teaching of science and matematics in Bahasa Melayu, Mandarin and Tamil. Don't believe? watch and see and cry BN leaders.

JB68 said...

Jurublog,

Kami di JOHOR amat KECEWA sudahlah Jambatan Indah tak jadi ini pulak PPMSI di kebelakangkan pulak, Aku ne sekeluarga termasuk bini, emak , bapak dah bosan dengan orang macam ne! Walaupun kami setia mengundi UMNO setiap kali pilihanraya TAPI kali ini TIDAK !! Harap maafkan Kami. Dan KAMI CADANGKAN AGAR PENYOKONG PPMSI KITA PULA TUNJUK PERASAAN !! Kalau diterima, Harap Jurublog siarkan artikal ne di chedet.cc, harap sudi menolong

JB68 said...

Jurublog,

Kami di JOHOR amat KECEWA sudahlah Jambatan Indah tak jadi ini pulak PPMSI di kebelakangkan pulak, Aku ne sekeluarga termasuk bini, emak , bapak dah bosan dengan orang macam ne! Walaupun kami setia mengundi UMNO setiap kali pilihanraya TAPI kali ini TIDAK !! Harap maafkan Kami. Dan KAMI CADANGKAN AGAR PENYOKONG PPMSI KITA PULA TUNJUK PERASAAN !! Kalau diterima, Harap Jurublog siarkan artikal ne di chedet.cc, harap sudi menolong

De Wiam said...

GRP is chemically inert furthermore corrosion-resistant, it delivers an cost successful option to stainless metallic.
asikqq
dewaqq
sumoqq
interqq
pionpoker
pelangiqq
hobiqq
paito warna
data sydney update
data hk