Pada tanggal 9 Zulhijjah (7 Disember 2008), saudara-saudara Islam kita yang bertuah dan telah dipilih oleh Allah SWT untuk menunaikan haji, berwukuf di Padang Arafah.
Wukuf di Padang Arafah adalah kemuncak haji itu sendiri.
Sekiranya anda berpeluang untuk menunaikan haji, anda mungkin pernah merasai suasana di Padang Arafah yang amat berbeza dan sukar dilupakan.
Adalah diberitakan bahawa pada waktu wukuf (selepas tergelicir matahari pada Hari Arafah sehinggalah terbenam matahari hari tersebut), Allah akan membuka seluas-luasnya pintu langit dan memperkenankan segala doa jemaah haji yang sedang berwukuf di Padang Arafah. Jurublog telah mendapat SMS yang mengingatkan supaya "tumpang sekaki" dan turut berdoa memohon ampun daripada Allah SWT pada waktu wukuf sedang berlaku di Padang Arafah.
Pada waktu wukuf, langit di Padang Arafah adalah secerah/ sebiru yang mungkin, dan hampir tiada awan, membuktikan kekuasaan Allah yang membuka langit bagi jemaah haji untuk berdoa terus kepadaNya. Jurublog tidak pernah terdengar mana-mana jemaah haji yang berpengalaman hujan di Padang Arafah semasa wukuf.
Satu lagi peristiwa yang sering berlaku ialah kehadiran angin yang kencang di seluruh Padang Arafah sebaik sahaja tenggelam matahari (Maghrib), seolah-olah ingin "membersihkan" Padang Arafah.
Semoga kita mengambil ikhtibar dari peristiwa tersebut yang membuktikan lagi kebesaran Allah SWT yang maha kuasa.
Sila baca http://www.prescene.blogspot.com/
Sekali lagi, Jurublog ingin mengucapkan Salam Aidil Adha kepada semua pembaca yang berugama Islam. Semoga kita dapat bersama-sama mendoakan agar sahabat-sahabat kita yang bertuah dan dipilih oleh Allah untuk menjadi tetamunya dan sedang menjalani ibadah Haji di Makkah, dapat menjalankan segala urusan ibadah Haji mereka dengan tenang, mudah dan sempurna, dan semoga mereka mendapat Haji yang Mabrur yang diterima sepenuhnya oleh Allah. Semoga kita semua diberi Allah peluang untuk menjalani Ibadah Haji di kemudian hari nanti, InsyaAllah. Dan kepada sesiapa yang akan mengerjakan ibadah korban, semoga Allah menerima ibadah korban kita dengan sempurna dan semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu dan menjauhi kita dari maksiat pada masa-masa yang akan datang.
Kita juga ingin mengucapkan salam takziah kepada kesemua mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, dan semoga mereka dapat mengharungi dugaan tuhan yang amat besar ini dengan cekal dan tabah, dan semoga iman mereka akan bertambah menghadapi peristiwa ini.
Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment