Saturday, December 27, 2008

Antara Hudud, Malaysian Malaysia dan Anwar Ibrahim

Isu Hudud timbul lagi. Ianya timbul semula hasil daripada jawapan Husam kepada soalan yang ditanyakan kepada beliau oleh Khairy semasa Wacana Perdana Transformasi Politik Malaysia yang diadakan di Kota Bharu pada 20hb Disember 2008 yang lalu. Husam menyatakan bahawa Pakatan Rakyat akan melaksanakan hukum Hudud sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan pada 16 September 2008 yang lalu. Jawapan Husam tersebut sebenarnya berbentuk hypothetical dan tidak mencerminkan konsensus sebenar Pakatan berkenaan dengan isu tersebut. Yang menariknya, walau pun akhbar The Star telah melaporkan bahawa Khairy juga bersetuju agar Hudud dilaksanakan, akhbar tersebut kemudiannya tidak mengulangi lagi pandangan Khairy mengenai Hudud.

Maka melentinglah DAP apabila mendengar pandangan Husam mengenai Hudud. Barulah PAS sedar bahawa orang Melayu-Islam sekarang ini lemah. Barulah PAS tahu bahawa jika diperhatikan sentimen politik semasa, apa-apa pandangan mengenai orang Melayu-Islam akan terus ditempelak oleh bangsa lain.

Orang Melayu-Islam tidak dapat langsung menyatakan apa-apa mengenai kepentingan orang Melayu atau pun kepentingan orang Islam.

Apabila diperkatakan mengenai Ketuanan Melayu, maka sibuklah bangsa lain mengutuk dan mencela orang Melayu. Apabila diperkatakan mengenai perpaduan orang Melayu maka bersuaralah bangsa lain memperbodohkan mengenai orang Melayu. Apabila disebut mengenai perpaduan rakyat Malaysia melalui pendekatan Sistem Sekolah Satu Aliran, maka sibuklah masing-masing dengan rhetorik politik mereka. Brader Anwar Bin Ibrahim dan konco-konconya di PKR dan PAS juga sibuk tumpang sekaki mengutuk UMNO, walaupun sebenarnya yang dicela adalah orang Melayu itu sendiri.

Kali ini adalah giliran PAS dikutuk kerana timbul semula isu berkaitan ugama Islam iaini perlaksanaan hukum Hudud di Malaysia. Hukum Hudud oleh PAS merupakan frasa yang fobia didengar oleh orang bukan Islam di Malaysia. Puncanya ialah kerana kurangnya pendedahan dan penerangan terperinci mengenai sistem sebenar yang ingin dilaksanakan oleh PAS. Orang PAS dan orang UMNO sendiri pun kurang memahami atau mungkin tidak langsung mahu mendalami sistem Hudud yang diperjuangkan oleh PAS.

Betul kata Zaini dalam rencana mengenai isu Hudud di Utusan Malaysia.

Hudud bagi PAS samalah seperti Malaysian Malaysia bagi DAP.

PAS wujud dan masih mempunyai penyokong yang kuat terutamanya di Kelantan, Terengganu dan Kedah kerana memperjuangkan Islam dan sistem kehakiman Islam melalui Hudud. PAS juga mempunyai penyokong di kalangan golongan di negeri-negeri lain kerana prinsip perjuangan Islam mereka. PAS sanggup mengkafirkan orang UMNO, tidak mahu bersembahyang berimamkan orang UMNO, tidak mahu mengahwinkan anak mereka dengan orang UMNO dan bermacam-macam lagi. Hanya kerana mereka beranggapan bahawa UMNO itu tidak Islamik dan perlu disanggah.

DAP pula wujud sejak sekian lama kerana memperjuangkan dasar Malaysian Malaysia. Malaysian Malaysia merupakan daya tarikan besar bagi bangsa bukan Melayu yang inginkan kesama-rataan dalam bidang politik dan ekonomi. Pada mereka, orang Melayu sudah cukup lama memerintah dan menikmati keistimewaaan dari segi pembahagian ekonomi Malaysia. Pada mereka, sudah tiba masanya orang bukan Melayu diberi peluang untuk memerintah negara ini dan orang Melayu tidak perlu lagi diberi keistimewaan melalui Dasar Ekonomi yang ada sekarang.

Dasar Hudud bagi PAS dan dasar Malaysian Malaysia bagi DAP merupakan dua dasar yang amat berbeza, dan dari segi logiknya, kedua-dua parti tersebut tidak mungkin dapat bersama dalam satu pakatan.

Jika terlaksananya sistem perundangan Islam berdasarkan Hudud, maka Malaysian Malaysia tidak akan wujud. Perjudian terbuka, arak dan lain-lain bentuk hiburan dan kategori maksiat yang dibolehkan mengikut adat orang bukan Islam tidak akan dibenarkan.

Sebaliknya, jika dasar Malaysian Malaysia berjaya dipraktikkan, maka undang-undang Islam akan menjadi kelas ketiga dan tidak mempunyai kedudukan yang tinggi, dan hanya wujud sebagai adat biasa orang Islam.

Dari situlah, Brader Anwar Bin Ibrahim mengambil kesempatan dan membuat pakatan yang berasingan dengan kedua-dua parti yang berlainan ideologi tersebut. Maka timbullah idea Pakatan Rakyat. PAS tidak akan boleh terus berganding dengan DAP. Tetapi PKR boleh berkawan dengan DAP. PKR jugaboleh berbaik dengan PAS. Kita tidak tahu siapa yang main melalui pintu hadapan dan siapa yang bermain melalui pintu belakang. Pada Brader Anwar Bin Ibrahim, kedua-duanya boleh diterima oleh beliau. Al-maklumlah...

Di kampung-kampung, terutamanya semasa berucap di hadapan penyokong-penyokong PAS, Anwar akan mewar-warkan bahawa zaman kematian UMNO yang dikatakan oleh Anwar sebagai korup sudah dekat. Maka dengan itu, Anwar berpidato bahawa perlu ada pemimpin di kalangan Melayu yang patut ke hadapan untuk memenuhi vacuum yang bakal wujud apabila UMNO ditolak oleh rakyat. Orang bukan Melayu, kata Anwar lagi, sudah tentu tidak akan menyokong PAS dan takut dengan ideologi PAS. Itulah peranan PKR, kononnya, menurut Anwar, iaitu untuk membantu meneruskan kepimpinan Melayu jika UMNO berkubur nanti.

Di hadapan penyokong bukan Melayu pula, Brader Anwar Bin Ibrahim akan mewar-warkan konsep Ketuanan Rakyat untuk menggantikan Ketuanan Melayu. Rakyatlah yang akan menentukan segalanya, walaupun kita masih ada Raja-Raja Melayu. Maka bolehlah pendokong dasar Malaysian Malaysia menyokong konsep yang dianjurkan oleh Anwar.

Yang kita lihat sekarang ini, konsep Malaysian Malaysia yang dijalankan oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang dan kerajaan boneka DAP di Perak ialah mengusahakan pengurniaan tanah hakmilik kekal kepada kaum Cina di Pulau Pinang dan Perak. Pada DAP, tanah hakmilik sementara selama 99 tahun kepada kaum Cina tidak memadai. Maka perlulah kerajaan DAP Pulau Pinang dan boneka DAP di Perak menggunakan kuasa melalui perkara-perkara khas kanun tanah untuk menukar status tanah daripada hakmilik sementara 99 tahun ke hakmilik sementara selama 999 tahun, atau lebih baik lagi hakmilik kekal. Yang diberi tanah pula ialah kaum Cina.

Malaysian Malaysia juga bermakna bahawa perkataan Allah tidak akan hanya terhad untuk ugama Islam sahaja, dan boleh diguna pakai oleh semua ugama terutamanya Kristian. Mungkin orang Hindu juga ingin menggunakannya. Malaysian Malaysia juga akan membolehkan dengan senangnya Bible diedarkan kepada masyarakat umum di Malaysia di dalam Bahasa Melayu.

Betullah tanggapan ramai orang: Brader Anwar Bin Ibrahim memang berperangai sama seperti binatang chameleon yang boleh bertukar warna mengikut persekitarannya. Beliau akan menukar rentak dan bercakap berlainan mengenai perkara yang sama menurut selera penonton yang mendengar lakunan beliau. Itulah sebabnya salah satu lagu kegemaran Anwar tentunya ialah ”Karma Chameleon” yang tentunya dinyanyikan oleh penyanyi yang mempunyai kegemaran yang sama iaitu Boy George. Elok sekalilah jika lagu Karma Chameleon menjadi lagu tema rasmi PKR, parti yang berlambangkan satu mata sepertimana Dajjal durhaka yang timbul pada akhir zaman.

Yang kita lihat sekarang ini, DAP, MCA, Gerakan dan MIC masing-masing menyuarakan pendapat mereka untuk menentang cadangan perlaksanaan hukum Hudud.

Tetepi kenapakah hanya Karpal sahaja daripada pemimpin Pakatan Rakyat yang berani secara terang-terangan meminta supaya Brader Anwar Bin Ibrahim untuk menjelaskan pendirian Anwar sendiri berkenaan dengan Hudud? Adakah benar anggapan Jurublog bahawa sebenarnya Karpal banyak menyimpan cerita-cerita gelap mengenai Anwar dan sentiasa akan menggunakan trump card tersebut bagi memastikan Anwar akan terus mengikut telunjuk DAP? Bukankah pada tahun 1998, Karpal merupakan salah seorang yang pertama yang telah menekan PM Mahathir supaya menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang segara ke atas Anwar yang pada ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia? Adakah mungkin Karpal merupakan orang pertama yang akan meminta supaya Anwar disiasat dan dikenakan hukuman berdasarkan hukum Hudud?

Mungkinkah sebab itulah Brader Anwar Bin Ibrahim masih menyepi dan tidak menyahut gesaan Karpal agar mendedahkan pendirian sebenar Anwar mengenai Hudud?

Apa yang pasti ialah Anwar akan terus menyalahkan Barisan Nasional dan menuduh Barisan lah yang cuba mengapi-apikan perasaan masyarakat dengan mengembar-gemburkan isu Hudud.

2 comments:

bungaraya said...

Saya cadangkan PAS memohon kepada kerajaan supaya DSAI dibicarakan dibawah undang-undang Hudud. Saya minta kerajaan BN, jika ada permohonan dari Ustaz hadi Awang, tolong luluskan.

PAKCIK said...

isu hudud ni dah lama dibincangkan. sampai aku naik fed up.

minta-minta biar pas je memerintah. biar dia buat hukum hudud.

selagi BN memerintah, isu ini tidak akan kesudahan.

pas pulak, jangan dok suka sangat main isu hudud ni. nampak macam x konsisten dah.

aku pun sekarang terasa teragak-agak dengan pas.