Saturday, January 3, 2009

Pemimpin dan Penyokong PKR memang tidak berdisiplin

Itulah intipati kenyataan yang dibuat oleh pemimpin tertinggi DAP, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng.

Kerajaan DAP Pulau Pinang memang tidak berkenan dengan wakil PKR yang merupakan Timbalan Ketua Menteri di negeri tersebut. Tapi apakan daya, itulah calon paling kurang keburukannya berbanding dengan ADUN-ADUN PKR yang lain. Kalau hendak turun padang berjumpa dengan penyokong PKR pun susah, macamana nak mengharapkan Mamat yang seorang tu untuk menjaga kepentingan orang Melayu Pulau Pinang? Itulah juga mungkin sebabnya ada cubaan untuk merebut ADUN UMNO yang pernah bertanding melawan Brader Anwar Bin Ibrahim supaya berpaling tadah dan masuk Pakatan. Mungkin dia boleh jadi Timbalan Ketua Menteri yang kurang bermasalah berbanding dengan Timbalan yang sedia ada.

Sebelum ada PKR, pilihanraya di Malaysia berjalan dengan berdisiplin dan tanpa perlu kehadiran polis yang ramai untuk menjaga ketenteraman awam. Tetapi sejak adanya PKR pimpinan Brader Anwar Bin Ibrahim, budaya merusuh Anwar diserapkan di dalam tatacara kempen-kempen mereka. Ianya berlaku semasa pilihanraya kecil di Ijok. Ianya berlaku semasa pilihaanraya umum bulan Mac 2008 yang lalu. Dan yang paling ketara, insiden-insiden yang tidak diingini banyak benar berlaku semasa pilihanraya kecil di Permatang Pauh.

Kebanyakan calon PKR menang semasa pilihanraya yang lalu kerana kemarahan pengundi terhadap Barisan Nasional, dan bukan kerana sukakan PKR. Sebab itulah jurukamera sambilan yang baru balik dari Hong Kong pun boleh menang. Bila jadi MP, masih lagi dengan perangai kebudak-budakkannya dengan mengambil gambar sesuka hati di Parlimen. Bila bercakap di majlis rasmi pun, masih tidak fasih Bahasa Inggerisnya. Bahasa Melayu beliau pulak lagi hancur. Mengetahui akan kelemahan ketara beliau sendiri, MP yang seorang ini dengan senang hati menawarkan kerusi Parlimennya kepada Anwar untuk dikosongkan supaya Anwar dapat bertanding kerusi Parlimen. Tetapi Anwar takut untuk bertanding di Lembah Kelang. Anwar lebih rela mengekalkan budak jongos itu untuk mewakili rakyat di Parlimen. Lebih baik Anwar bertanding di lubuk sendiri daripada memperjudikan nasib di Lembah Kelang.

Ahli-ahli dan penyokong-penyokong Hindraf pula menggunakan platform PKR untuk bertanding semasa pilihanraya umum yang lalu. Hindraf merupakan pelampau ugama yang cuba menggunakan platform politik. Orang India yang sudah mual dengan perangai Samy Vellu dan konco-konconya, terus sahaja memangkah PKR. Apabila PKR berjaya menerajui Selangor (satu-satunya negeri di bawah pimpinan PKR), maka puaka-puaka Hindraf ini mula menuntut itu dan ini. Kononnya PKR perlu membalas jasa baik kaum India kerana telah menyokong PKR semasa pilihanraya. Yang terbaru, cuba menggertak (ala Anwar) untuk beramai-ramai keluar PKR kerana tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan PKR Selangor untuk memindahkan Stesen Bas di Klang. Yang hairannya, yang masuk berpiket di TV, semuanya buah manggis. Belacan tidak ada yang berpiket pulak.

Memang pemimpin dan penyokong PKR tidak berdisiplin. Baca sahajalah komentar-komentar yang dibuat di Malaysia Today dan anwaribrahimblog.com. Itulah orang yang diharap oleh Brader Anwar Bin Ibrahim untuk membantu beliau untuk memmerintah Malaysia. Hancurlah negara kita nanti.

Pada pandangan Lim Guan Eng, kerajaan boneka DAP di Perak perlu kekal. Walaupun Menteri Besar ahli PAS, beliau fasih berbahasa Cina. Beliau ini dapat membaca dan menerima bulat-bulat tuntutan-tuntutan kaum Cina di Perak. Senanglah DAP menjalankan konsep Malaysian Malaysia mereka di Perak. Tanah hakmilik sementara 99 tahun tidak perlu. Yang diminta dan terus diberi kepada kaum Cina ialah tanah hakmilik sementara 999 tahun atau hakmilik kekal. Kita masih menunggu statistik sebenar pemberian tanah kepada perkampungan baru di Perak. Berapa orang dan peratusan yang diberi kepada kaum Cina. Berapa pula keluasan tanah yang terlibat, dan harga semasa tanah-tanah tersebut.

Jadi, apabila keputusan yang dibuat oleh Menteri Besar Perak yang pandai berbahasa Cina itu disanggah oleh beberapa orang pemimpin PKR di Perak, Lim Guan Eng terus bagi amaran kepada Anwar. Barulah penyokong PKR tahu bahawa yang sebenarnya, Anwar ni bukanlah kuat sangat kuasanya. Sampaikan DAP pun boleh kasi warning.

Sepertimana yang Jurublog tuliskan sebelum ini, PAS dan DAP memang mempunyai ideologi politik yang jauh bertentangan. PAS wujud kerana hudud, dan akan bermati-matian memperjuangkan hudud. DAP pula wujud kerana konsep Malaysian Malaysia, dan membantah hudud sehingga mereka mati dan dilangkah mayatnya. PAS dan DAP secara logiknya tidak akan dapat bersatu. Itiulah gunanya Brader Anwar Bin Ibrahim a.k.a Boy George yang mendendangkan lagu Karma Chameleon. Chameleon ini boleh bertukar warna mengikut kesesuaian persekitarannya. Chameleon ini boleh mencantumkan PAS dan DAP dalam satu konspirasi pakatan.

Tetapi, apabila Lim Guan Eng sudah berani memberi amaran kepada Brader Anwar Bin Ibrahim, kita pun gusar dengan kepimpinan beliau. Sebelum ini, Karpal telah pun mendesak Anwar untuk menjelaskan pendirian PKR mengenai hudud. Sampai hari ini, Anwar masih lagi diam membisu. Mungkin beliau takut jadi orang pertama yang dihadapkan ke mahkamah di bawah undang-undang hudud. Tapi kenapa pula Anwar nak takut? Bukankan Anwar di pihak yang benar dan tidak perlu sumpah muhabalah?

No comments: