Monday, January 12, 2009

PKR Pimpinan Anwar Umpama Dajjal – Sebab Itu PKR Berlambangkan Satu Mata

Sejak dari penubuhan Parti Keadilan Rakyat, dan apabila parti serpihan UMNO tersebut memilih lambang Satu Mata sebagai lambang perjuangan parti tersebut, Jurublog terus beranggapan bahawa parti tersebut bercirikan Dajjal yang muncul di akhir zaman yang akan menyesatkan manusia. Menurut riwayat, Dajjal yang muncul di akhir zaman bercirikan Satu Mata.

Ciri-ciri Dajjal tersebut bertambah menyerlah apabila parti tersebut bergabung dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia yang berlambangkan kepala lembu. Maka jadilah parti PKR yang berlambangkan telur mata kerbau atau Bull’s Eye.

Salah satu ciri Dajjal ialah menjanjikan syurga dunia kepada pengikutnya dan memberi musibah kepada mereka yang ingkar kehendaknya. Seperti Dajjal, sesiapa sahaja yang tidak menyokong perjuangan PKR akan dipariahkan dan diomok-omokkan, terutama oleh media yang menyokong perjuangan songsang tersebut. Penyokong-penyokong mereka pula dipuji berlebih-lebihan oleh penyokong kuat parti berkenaan seolah-olah merekalah yang telah menyelamatkan Malaysia daripada bahana.

Tiada siapa pun yang menyanggah PKR atau Brader Anwar Bin Ibrahim terlepas daripada kutukan melampau penyokong PKR yang taksub. Farish Noor pernah menerima teguran melampau dari penyokong PKR apabila menerbitkan satu artikel yang cederung menyokong kerajaan dan mengkritik PKR pada satu ketika dahulu, sehinggalah beliau berhenti menulis artikel dan berhijrah ke luar negara. Chandra Muzaffar juga ditegur dan dikutuk kerana kekadang menyokong dasar-dasar kerajaan, sehinggalah beliau meletak jawatan di dalam parti PKR dan keluar parti. Menurut dasar PKR, kutukan dan menyanggah kerajaan adalah agenda utama parti, dan jangan sekali-kali meluahkan perasaan terima kasih atas dasar-dasar kerajaan yang memberi menafaat kepada rakyat. Begitu juga Ezam. (Jurublog masih ragu-ragu perjuangan sebenar Ezam, dan tidak mahu menyokong tindakan beliau sepenuhnya).

Menurut riwayat, di dahi Dajjal akan tertulis kalimah kaf, fa, ra atau kafir. Ianya hampir menyerupai kalimah PKR yang dipakai di dahi penyokong parti tersebut sebagai bandana mereka. Terkadang mereka memakai bandana bertulis RPK, seorang lagi idola mereka.

Dajjal laknatullah akan berjuang semata-mata untuk kepentingan duniawi. Dajjal akan berjaya mempengaruhi orang Islam dan dengan senang memperolehi sokongan dari orang kafir.

Begitulah juga PKR. PKR berjaya mempengaruhi PAS untuk menyertai pakatan mereka dengan menjanjikan pemerintahan bersama, dengan bermatlamatkan pemerintahan kerajaan pusat. PKR juga dengan senang mendapat sokongan DAP yang daripada dulu, kini dan selamanya menolak kepimpinan bercirikan Islam. Pelampau-pelampau ugama seperti Hindraf dan Kristian juga menerima baik perjuangan PKR, dengan menyokong dan menjadi ahli parti tersebut.

Sekarang ini, semakin banyak media yang secara terang-terangan menyokong perjuangan PKR yang berbahaya dan akan memporak-perandakan negara ini. The Star, The Sun, The Edge, Malaysian Insider, dan lain-lain mempunyai ramai wartawan bukan Islam yang banyak memihak kepada PKR yang lebih pro-sekular. Mereka ini juga cenderung mengeluarkan artikel yang memihak kepada barat apabila membincangkan hal-hal berkaitan Islam atau Palestin.

PKR selalu menuduh yang kerajaan Barisan Nasional tidak demokratik dan korup. Tetapi sejak dibebaskan daripada penjara, Brader Anwar Bin Ibrahim sentiasa memburukkan kerajaan Malaysia sehinggakan pelabur asing bertindak mengeluarkan pelaburan mereka dari Malaysia. Anwar juga cuba memperlekehkan keputusan rakyat yang memilih kerajaan melalui proses pilihanraya dengan cuba mengambilalih kerajaan dengan menjanjikan habuan kepada penyokong kerajaan yang bersetuju melompat parti.

Memang mudah PKR menuduh orang UMNO itu munafik. Tetapi berkemungkinan PKR itu penuh dengan orang munafik dan zindiq.

Untuk mengelirukan penyokong mereka, PKR kononnya telah membuat perubahan dengan menghadkan tempuh perkhidmatan Presiden parti. Tetapi sekarang ini yang berkuasa, atau lebih tepat lagi, yang tamakkan kuasa, bukanlah Presiden parti, tetapi Ketua Umum, iaitu Brader Anwar Bin Ibrahim. Dengan itu Anwar tidak tertakluk dengan persetujuan untuk menghadkan tempuh perkhidmatan Presiden parti tersebut. Mungkin Anwar sendiri sebenarnya bukan ahli penuh PKR, dan sebab itu beliau tidak mahu memegang apa-apa jawatan rasmi dalam PKR. Mungkin itu helah Anwar sekiranya ingin balik semula kepada UMNO (kononnya beliau tidak pernah menyertai mana-mana parti selain UMNO, walaupun setelah dipecat).

Itulah sebabnya Jurublog memang tidak pernah bersetuju dengan perjuangan PKR, terutamanya di bawah pimpinan Brader Anwar Bin Ibrahim.

Apabila membaca komen Brader Anwar Bin Ibrahim bahawa UMNO adalah seperti Israel, maka Jurublog secara spontan membalas, bagaimana Dajal seorang ini begitu lancang mulut dan membuat kenyataan sewenang-wenangnya, wal hal beliau sendiri mengiktiraf kewujudan Israel dan menyokong penuh Amerika, dalang di belakang kekuatan Israel.

9 comments:

hairul7 said...

dah lah tu,ko ni poyo lah,tulisan tak ada isi tak penuh dgn emosi dan kebenciaan,lagi pun sapa sgt pegi kat blog ko ni...hanya kutu2 umno je..
jangah syok sendiri

SHAMIL said...

ye ele... ko ni mmg emosi.... yg BN plak POn cm dajal gak... dajal membawa keris dan dacing !! hahahahaha... Woi, ko ni setia tol ngan BN ye.. cm org kampung !! xnak berubah langsung.. sayang kalo tinggalkan BN hahahahahahaha

Jurublog said...

Jurublog dengan sengaja telah membuat post yang agak kasar kali ini kerana ingin melihat komen balasan daripada penyokong PKR yang taksub.

Tindakan Jurublog nampaknya berhasil.

Dan bacalah sendiri komen-komen mereka ini yang berkemungkinan besar tidak pernah bertemu dengan Brader Anwar Bin Ibrahim, atau tidak pernah mendengar sendiri komen orang yang rapat dengan Anwar mengenai perangai Anwar di luar pentas politik.

Shiro said...

Manusia yang penuh dengan hasad dan dengki serta kebencian adalah manusia yang tidak pernah terdidik.

Inilah yang ditinggalkan oleh sistem pendidikan malaysia sekarang ini kepada generasi yang akan datang.

Saya sarankan saudara membaca buku "Long Walk to Freedom" tulisan Nelson Rolihlahla Mandela. Bagaimana seorang negarawan yang berjiwa besar memenifestasikan definisi kepada seorang pejuang bangsa

h a r i z, H said...

Haha.

Adoih, kelakar lah tengok tulisan anda, Jurublog. Tapi, lagi lah mahu berdekah rasanya cara anda menjawab komen itu. Hrmph, saya neutral. Pelajar yang masih belajar. Tapi, ingat, mengkritik dan mengulas juga adalah juga proses pembelajaran minda.

Masalahnya di sini Jurublog, saya lihat hairulsu tu tak ada nak emosi macam Jurublog.SungaiPagi, ya. Tapi, tarafnya sama macam emosinya ayat Jurublog di dalam artikel ini.

Apalah idea memgarut ni Jurublog? Heh, rasa terhibur juga hati melihat kelincahan Jurublog mengait-ngaitkan perkara sekeliling. Tinggi imaginasinya ni, ya? Sampai PKR boleh disusun menjadi Kaf Ra Fa.

Herm.Oh, lagi satu, kalau mahu mengkritik, cuba sedikit berisi ya?

Unknown said...

akum jurublog pertama kali aku baca blog nie mcm hempeh aku ingat kan ada infomasi berguna mcm blog che det tu tp hempeh. ko kata anwar la, pkr dajjal la mcm2, tu salah satu penhinaan la. yang khairi ambik tanah kat kampung aku di pulau duyung tu apa kes...pastu cakap nk buat monsun cup tp ko tau tak nie citer sebenar nie ? lagi ko cakap ko bukan org BN tp ayat ko mmg dah terang sokong BN and satu lagi bila dah ramai kondem ko. ko cakap la saja nak tgk emosi pnyokong setia pkr la apa la cam org bodoh cakap mcm tu. ................jurublog aku nie mcm pengundi atas pagar la sapa yang tak aniaya rakyat aku pilih la. so apa2 hal ko nie tak yah lah nk tunjuk eksyen la dalam blog nie nk kondem para pengkritik dok diam2 dah la kaji betul apa yang dia org cakap kalu yang betul tu ambik dan yang tak betul tu tak yah la ambik.

so aku harap la nak buat blog nie biar la btl2 ikhlas dan memberi maklumat yang benar2 telus serta beretika jangan asyik nk cantas dan luah kan perasaan tak puas hati tu. blajar mcm blog che det tu gaya penulisan yang berkualiti tp aku tak suruh la ko buat gaya mahathir tp ko mesti la ikhlas dan jujur la apa hal aku harap ko baiki la sikit cara dan gaya ko menulis tu biar lebih beretika la. ko kan tau mata pena tu lebih tajam dari mata pedang. ok la assalmualaikun

http:\\remyiman.blogspot.com said...

Ko ni juru (Pakar) ko atau Juru (Penang) atau Juruselam. Point kau hampehh. Aku ni pun masuk blog kau sbb nak baca org komen Tun.

Kau suluh la kepala hotak tu dulu sebelum buka blog.Blog tah apa2....

PARPUKARI said...

ANWAR AL JUBURI MEMANG BAPAK DAJJAL....SI PELIWAT NI ELOK DI EXPORT KE AMERIKA JE....

Admin said...

tahniah jurublog..
apa yg ko tulis tu ada betulnya.tapi kalu org yg baca tu dah dihitamkan hati mereka oleh ABI mmg mereka tak akan sedar.cuba tgk teresa kok persoalkan laungan azan.apa kata ulama politik..diam jer.cuba kerajaan yg kata.mereka dan dajal mereka akan serang habis-habisan.tgk la yb kafir baca ajat al-quran semasa ceramah politik tak betul pun mereka ulama politik sokong jugak.cuba Bn yg kata cam tu.semua harta benda kerajaan dibakarnya..tgk la kelantan tu.cam tu ke ank didik nik aziz..menang sorak kampung tergadai..