Apabila tiba Dajjal akhir zaman, manusia yang membuat kebaikan akan dikenakan tindakan buruk daripada Dajjal sehinggakan pada pandangan pengikut si Dajjal, mereka yang berbuat kebaikan ini seolah-olah berada di dalam neraka. Sebaliknya pula, mereka yang menurut kehendak dan dakyah buruk Dajjal akan diberi ganjaran dunia oleh si Dajjal.
Inilah yang sedang berlaku di senario politik di negara ini. Apa sahaja keburukan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat dan penyokong mereka akan dipandang elok di kaca mata media baru, dengan hujah-hujah yang memihak kepada PR. Jika ada ruang pula, UMNO dan Barisan Nasional pula yang dipersalahkan berkaitan dengan keburukan yang ditimbulkan oleh Pakatan Rakyat itu sendiri.
Itulah yang terjadi apabila puak militan perkauman Hindraf menggugat ketenteraman negara ini dengan mengadakan demonstrasi dan provokasi jalanan. Meraka diberi sokongan oleh PKR, DAP dan media baru. Apabila pemimpin Hindraf dikenakan tindakan, maka berkokoklah PR dan media baru menyalahkan ISA, UMNO dan sebagainya sebagai perkauman, ganas, dan sebagainya. Walhal, yang memulakannya ialah Hindraf sendiri.
Apabila Brader Anwar Bin Ibrahim memanggil sidang media untuk mengumumkan kemasukan Trojan Horse UMNO (ADUN Bera) ke PKR di Perak maka berkokoklah PR dan media baru untuk menyambut kejayaan tersebut sebagai tindakan demokrasi. Tetapi apabila ADUN-ADUN PKR dan DAP berpaling tadah sehingga jatuhnya semula kerajaan Perak ke tangan BN, maka sibuklah PR dan media baru mengutuk tindakan ”tidak demokrasi” tersebut. Sehingga sekarang ini pun, bekas Menteri Besar PR masih lagi meroyan kerana kehilangan kuasa, walhal semuanya itu akibat permainan politik yang dimulakan oleh Brader Anwar Bin Ibrahim.
Apabila Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang tidak berkesan sehingga merimaskan Lim Guan Eng, maka Brader Anwar Bin Ibrahim menjalankan perang sarafnya untuk memaksa beliau meletakkan jawatan ADUN. Tetapi sebelum itu, ditimbulkan seolah-olah adanya konspirasi yang dibuat oleh UMNO untuk memujuk wakil rakyat PKR tersebut supaya berpaling tadah. Walhal Brader Anwar Bin Ibrahim ingin menaikkan konconya untuk bertanding ADUN di lubuk beliau di kawasan Parlimen Permatang Pauh untuk seterusnya dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri.
Apabila seorang wakil rakyat wanita dari Pakatan Rakyat didedahkan mempunyai skandal hubungan sulit dengan seorang lelaki Melayu Islam, maka Pakatan Rakyat dan media baru sibuk menunjukkan rasa simpati terhadap perempuan tersebut kerana kononnya diceroboh peribadinya. Maka jadilah perempuan yang rendah moral itu sebagai idola mereka, hingga media baru pun meletakkan gambar prerempuan itu sebagai front cover. Akhirnya, selamatlah perempuan itu kekal sebagai wakil rakyat dan Exco tanpa menghiraukan keruntuhan moralnya. Walhal, kalau benda yang sama berlaku kepada orang UMNO-BN, maka hancurlah karier politik si polan itu.
Yang terbaru, Hadi Awang telah menimbulkan cadangan PAS untuk membincangkan kemungkinan diadakan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO. Bentuk perbincangan, mahu pun bentuk Kerajaan, mahu pun bentuk Perpaduan yang dimaksudkan tidak pernah langsung diperjelaskan.
Namun, Hadi Awang tahu bahawa PAS merupakan parti paling junior di dalam Pakatan Rakyat. Jika merujuk kepada Pakatan Rakyat, maka ianya selalunya merujuk kepada pakatan PKR-DAP-PAS. PAS yang paling akhir. Yang paling hadapan ialah parti Dajjal.
Jadi, mahu tak mahu, Hadi Awang terpaksa juga tunduk dengan desakan untuk merujuk cadangan Kerajaan Perpaduan yang dimulakan oleh beliau kepada Pakatan Rakyat. Itu samalah seperti merujuk kepada Dajjal.
Maka Dajjal pun memainkan peranan beliau untuk mengumumkan ”sebulat suara” penolakan cadangan perbincangan Kerajaan Perpaduan yang diilhamkan oleh Hadi Awang. Tapi, sebagai trademark Dajjal, maka beliau menyalahkan UMNO-BN dengan menyatakan bahawa "Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO/ Barisan Nasional yang merupakan satu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat."
Jadi, yang salahnya, masih lagi UMNO-BN. Walhal, cadangan Kerajaan Perpaduan asalnya daripada Hadi Awang dan bukan UMNO. Walhal, yang menimbulkan fitnah dan tohmahan adalah Dajjal itu sendiri.
Dan seperti yang dijangkakan oleh Jurublog, bagi Pakatan Rakyat, Kerajaan Perpaduan adalah kerajaan PKR-DAP-PAS. Walhal, memang hasrat Dajjal untuk mencaturkan dirinya agar akhirnya beliau akan menjadi Perdana Menteri ...
Showing posts with label Dajjal. Show all posts
Showing posts with label Dajjal. Show all posts
Tuesday, June 23, 2009
Monday, January 12, 2009
PKR Pimpinan Anwar Umpama Dajjal – Sebab Itu PKR Berlambangkan Satu Mata

Ciri-ciri Dajjal tersebut bertambah menyerlah apabila parti tersebut bergabung

Salah satu ciri Dajjal ialah menjanjikan syurga dunia kepada pengikutnya dan memberi musibah kepada mereka yang ingkar kehendaknya. Seperti Dajjal, sesiapa sahaja yang tidak menyokong perjuangan PKR akan dipariahkan dan diomok-omokkan, terutama oleh media yang menyokong perjuangan songsang tersebut. Penyokong-penyokong mereka pula dipuji berlebih-lebihan oleh penyokong kuat parti berkenaan seolah-olah merekalah yang telah menyelamatkan Malaysia daripada bahana.
Tiada siapa pun yang menyanggah PKR atau Brader Anwar Bin Ibrahim terlepas daripada kutukan melampau penyokong PKR yang taksub. Farish Noor pernah menerima teguran melampau dari penyokong PKR apabila menerbitkan satu artikel yang cederung menyokong kerajaan dan mengkritik PKR pada satu ketika dahulu, sehinggalah beliau berhenti menulis artikel dan berhijrah ke luar negara. Chandra Muzaffar juga ditegur dan dikutuk kerana kekadang menyokong dasar-dasar kerajaan, sehinggalah beliau meletak jawatan di dalam parti PKR dan keluar parti. Menurut dasar PKR, kutukan dan menyanggah kerajaan adalah agenda utama parti, dan jangan sekali-kali meluahkan perasaan terima kasih atas dasar-dasar kerajaan yang memberi menafaat kepada rakyat. Begitu juga Ezam. (Jurublog masih ragu-ragu perjuangan sebenar Ezam, dan tidak mahu menyokong tindakan beliau sepenuhnya).
Menurut riwayat, di dahi Dajjal akan tertulis kalimah kaf, fa, ra atau kafir. Ianya hampir menyerupai kalimah PKR yang dipakai di dahi penyokong parti tersebut sebagai bandana mereka. Terkadang mereka memakai bandana bertulis RPK, seorang lagi idola mereka.
Dajjal laknatullah akan berjuang semata-mata untuk kepentingan duniawi. Dajjal akan berjaya mempengaruhi orang Islam dan dengan senang memperolehi sokongan dari orang kafir.
Begitulah juga PKR. PKR berjaya mempengaruhi PAS untuk menyertai pakatan mereka dengan menjanjikan pemerintahan bersama, dengan bermatlamatkan pemerintahan kerajaan pusat. PKR juga dengan senang mendapat sokongan DAP yang daripada dulu, kini dan selamanya menolak kepimpinan bercirikan Islam. Pelampau-pelampau ugama seperti Hindraf dan Kristian juga menerima baik perjuangan PKR, dengan menyokong dan menjadi ahli parti tersebut.
Sekarang ini, semakin banyak media yang secara terang-terangan menyokong perjuangan PKR yang berbahaya dan akan memporak-perandakan negara ini. The Star, The Sun, The Edge, Malaysian Insider, dan lain-lain mempunyai ramai wartawan bukan Islam yang banyak memihak kepada PKR yang lebih pro-sekular. Mereka ini juga cenderung mengeluarkan artikel yang memihak kepada barat apabila membincangkan hal-hal berkaitan Islam atau Palestin.
PKR selalu menuduh yang kerajaan Barisan Nasional tidak demokratik dan korup. Tetapi sejak dibebaskan daripada penjara, Brader Anwar Bin Ibrahim sentiasa memburukkan kerajaan Malaysia sehinggakan pelabur asing bertindak mengeluarkan pelaburan mereka dari Malaysia. Anwar juga cuba memperlekehkan keputusan rakyat yang memilih kerajaan melalui proses pilihanraya dengan cuba mengambilalih kerajaan dengan menjanjikan habuan kepada penyokong kerajaan yang bersetuju melompat parti.
Memang mudah PKR menuduh orang UMNO itu munafik. Tetapi berkemungkinan PKR itu penuh dengan orang munafik dan zindiq.
Untuk mengelirukan penyokong mereka, PKR kononnya telah membuat perubahan dengan menghadkan tempuh perkhidmatan Presiden parti. Tetapi sekarang ini yang berkuasa, atau lebih tepat lagi, yang tamakkan kuasa, bukanlah Presiden parti, tetapi Ketua Umum, iaitu Brader Anwar Bin Ibrahim. Dengan itu Anwar tidak tertakluk dengan persetujuan untuk menghadkan tempuh perkhidmatan Presiden parti tersebut. Mungkin Anwar sendiri sebenarnya bukan ahli penuh PKR, dan sebab itu beliau tidak mahu memegang apa-apa jawatan rasmi dalam PKR. Mungkin itu helah Anwar sekiranya ingin balik semula kepada UMNO (kononnya beliau tidak pernah menyertai mana-mana parti selain UMNO, walaupun setelah dipecat).
Itulah sebabnya Jurublog memang tidak pernah bersetuju dengan perjuangan PKR, terutamanya di bawah pimpinan Brader Anwar Bin Ibrahim.
Apabila membaca komen Brader Anwar Bin Ibrahim bahawa UMNO adalah seperti Israel, maka Jurublog secara spontan membalas, bagaimana Dajal seorang ini begitu lancang mulut dan membuat kenyataan sewenang-wenangnya, wal hal beliau sendiri mengiktiraf kewujudan Israel dan menyokong penuh Amerika, dalang di belakang kekuatan Israel.
Subscribe to:
Posts (Atom)