Apabila tiba Dajjal akhir zaman, manusia yang membuat kebaikan akan dikenakan tindakan buruk daripada Dajjal sehinggakan pada pandangan pengikut si Dajjal, mereka yang berbuat kebaikan ini seolah-olah berada di dalam neraka. Sebaliknya pula, mereka yang menurut kehendak dan dakyah buruk Dajjal akan diberi ganjaran dunia oleh si Dajjal.
Inilah yang sedang berlaku di senario politik di negara ini. Apa sahaja keburukan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat dan penyokong mereka akan dipandang elok di kaca mata media baru, dengan hujah-hujah yang memihak kepada PR. Jika ada ruang pula, UMNO dan Barisan Nasional pula yang dipersalahkan berkaitan dengan keburukan yang ditimbulkan oleh Pakatan Rakyat itu sendiri.
Itulah yang terjadi apabila puak militan perkauman Hindraf menggugat ketenteraman negara ini dengan mengadakan demonstrasi dan provokasi jalanan. Meraka diberi sokongan oleh PKR, DAP dan media baru. Apabila pemimpin Hindraf dikenakan tindakan, maka berkokoklah PR dan media baru menyalahkan ISA, UMNO dan sebagainya sebagai perkauman, ganas, dan sebagainya. Walhal, yang memulakannya ialah Hindraf sendiri.
Apabila Brader Anwar Bin Ibrahim memanggil sidang media untuk mengumumkan kemasukan Trojan Horse UMNO (ADUN Bera) ke PKR di Perak maka berkokoklah PR dan media baru untuk menyambut kejayaan tersebut sebagai tindakan demokrasi. Tetapi apabila ADUN-ADUN PKR dan DAP berpaling tadah sehingga jatuhnya semula kerajaan Perak ke tangan BN, maka sibuklah PR dan media baru mengutuk tindakan ”tidak demokrasi” tersebut. Sehingga sekarang ini pun, bekas Menteri Besar PR masih lagi meroyan kerana kehilangan kuasa, walhal semuanya itu akibat permainan politik yang dimulakan oleh Brader Anwar Bin Ibrahim.
Apabila Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang tidak berkesan sehingga merimaskan Lim Guan Eng, maka Brader Anwar Bin Ibrahim menjalankan perang sarafnya untuk memaksa beliau meletakkan jawatan ADUN. Tetapi sebelum itu, ditimbulkan seolah-olah adanya konspirasi yang dibuat oleh UMNO untuk memujuk wakil rakyat PKR tersebut supaya berpaling tadah. Walhal Brader Anwar Bin Ibrahim ingin menaikkan konconya untuk bertanding ADUN di lubuk beliau di kawasan Parlimen Permatang Pauh untuk seterusnya dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri.
Apabila seorang wakil rakyat wanita dari Pakatan Rakyat didedahkan mempunyai skandal hubungan sulit dengan seorang lelaki Melayu Islam, maka Pakatan Rakyat dan media baru sibuk menunjukkan rasa simpati terhadap perempuan tersebut kerana kononnya diceroboh peribadinya. Maka jadilah perempuan yang rendah moral itu sebagai idola mereka, hingga media baru pun meletakkan gambar prerempuan itu sebagai front cover. Akhirnya, selamatlah perempuan itu kekal sebagai wakil rakyat dan Exco tanpa menghiraukan keruntuhan moralnya. Walhal, kalau benda yang sama berlaku kepada orang UMNO-BN, maka hancurlah karier politik si polan itu.
Yang terbaru, Hadi Awang telah menimbulkan cadangan PAS untuk membincangkan kemungkinan diadakan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO. Bentuk perbincangan, mahu pun bentuk Kerajaan, mahu pun bentuk Perpaduan yang dimaksudkan tidak pernah langsung diperjelaskan.
Namun, Hadi Awang tahu bahawa PAS merupakan parti paling junior di dalam Pakatan Rakyat. Jika merujuk kepada Pakatan Rakyat, maka ianya selalunya merujuk kepada pakatan PKR-DAP-PAS. PAS yang paling akhir. Yang paling hadapan ialah parti Dajjal.
Jadi, mahu tak mahu, Hadi Awang terpaksa juga tunduk dengan desakan untuk merujuk cadangan Kerajaan Perpaduan yang dimulakan oleh beliau kepada Pakatan Rakyat. Itu samalah seperti merujuk kepada Dajjal.
Maka Dajjal pun memainkan peranan beliau untuk mengumumkan ”sebulat suara” penolakan cadangan perbincangan Kerajaan Perpaduan yang diilhamkan oleh Hadi Awang. Tapi, sebagai trademark Dajjal, maka beliau menyalahkan UMNO-BN dengan menyatakan bahawa "Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO/ Barisan Nasional yang merupakan satu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat."
Jadi, yang salahnya, masih lagi UMNO-BN. Walhal, cadangan Kerajaan Perpaduan asalnya daripada Hadi Awang dan bukan UMNO. Walhal, yang menimbulkan fitnah dan tohmahan adalah Dajjal itu sendiri.
Dan seperti yang dijangkakan oleh Jurublog, bagi Pakatan Rakyat, Kerajaan Perpaduan adalah kerajaan PKR-DAP-PAS. Walhal, memang hasrat Dajjal untuk mencaturkan dirinya agar akhirnya beliau akan menjadi Perdana Menteri ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment