Wabak selsema babi atau influenza A(H1N1) telah pun dikategorikan sebagai pandemik iaitu wabak yang menular di seluruh dunia.
Di Malaysia, terdapat satu wabak politik yang amat ketara caranya sejak penglibatan semula Brader Anwar Bin Ibrahim di arena politik negara. Jurublog lebih senang menggelarkan cara berpolitik tersebut sebagai wabak politik BABI.
Cara berpolitik yang tersebut adalah dengan menggunakan saluran media untuk memberi sangkaan ramai bahawa pihaknya sentiasa mendapat sokongan padu dan sekiranya berlaku kekalahan, maka dituduhnya pula bahawa pihak lawan telah melakukan perbuatan khianat yang menyebabkan pihaknya kalah. Adalah lebih mudah sekiranya media barat dan media baru lebih memihak kepada pengamal politik BABI tersebut.
Sindrom wabak politik BABI jelas diguna pakai semasa pemilihan pucuk pimpinan PAS tempuhari. Sebagai konco pengasas wabak tersebut, Husam mendapat sokongan padu daripada media baru. Hampir kesemua orang di luar PAS yang menyokong Pakatan Rakyat diabui oleh berita bahawa Husam merupakan calun yang akan menang mengatasi Nasharuddin, sehinggalah pukul 9.30 pagi pada hari pengumuman keputusan tersebut. Tetapi, apabila Nasharuddin dapat menewaskan Husam dengan undi yang banyak, maka bermacam tohmahan dibuat, dengan menyalahkan pihak yang menang. Sehingga hari ini juga, agenda perpaduan yang di bawa oleh pemenang pertandingan tersebut, Nasharuddin, terus diberi reaksi negatif oleh media baru dan konco-konco Brader Anwar Bin Ibrahim.
Begitulah yang berlaku di sekitar pilihanraya Presiden di Iran. Kebetulan Jurublog berada di luar negara ketika itu, dan hanya dapat mendengar berita melalui CNN.
CNN menggambarkan seolah-olah Ahmadinejad akan kalah atau sekurang-kurangnya akan berlaku pusingan kedua pilihanraya Presiden di Iran pada kali ini. Ini adalah kononya kerana kekuatan sokongan yang diterima oleh pihak pro-reformasi di Iran yang ”dahagakan” hubungan baik dengan Amerika. Berita ”kemenangan” pihak reformis amat ketara dalam tempuh seminggu sebelum hari pilihanraya sehingga hari mengundi.
Apabila Ahmadinejad menang dengan undi besar dan mendapat dua pertiga jumlah undi, maka timbullah berita prasangka bahawa terdapat penyelewengan di dalam proses pilihanraya tersebut.
Sebenarnya, sokongan terhadap Ahmadinejad memang jitu sejak dari awal pertandingan lagi, terutamanya sokongan padu yang diterima beliau di daerah pendalaman Iran. Seperti biasa, golongan belia yang anti-establishment dan penduduk kota yang terpengaruh dengan dakyah media asing merupakan pihak yang menentang Ahmadinejad. Golongan itulah yang terasa amat yakin akan mendapatkan kemenangan bagi pihak reformis kerana mereka merasakan majoriti di bandar akan diterjemah sebagai undi majoriti juga bagi pihak reformis. Mereka inilah yang tidak berpuas hati kerana undi mereka tidak cukup banyak untuk memeberi kemenangan kepada pihak reformis. Lantas kekalahan mereka dituduh pula hasil dari penyelewengan.
Media asing yang anti-Ahmadinejad terus dengan dakyah mereka mempersalahkan penyelewangan yang kononnya berlaku semasa pilihanraya Presiden tersebut.
Samalah apa yang berlaku di Iran dengan apa yang sekarang ini menjadi lumrah di Malaysia. Agen Amerika dan media barat yang pro-Amerika akan terus menggunakan kekuatan perang saraf mereka untuk menjejaskan kestabilan politik di Iran. Di Malaysia, kita mempunyai orang yang menjadi sanjungan Amerika yang menggunakan taktik yang sama untuk terus kekal relevan di persada politik negara, kerana inginkan jawatan Perdana Menteri.
Itulah taktik politik BABI.
Jadi, kita dapat meneka calun mana yang dipilih oleh Brader Anwar Bin Ibrahim. Beliau sudah tentu tidak akan memberi sokongan kepada calun yang tidak disukai oleh Amerika. Jadi, tidak hairanlah pemerhatian oleh Jurublog bahawa Brader Anwar Bin Ibrahim masih belum lagi mengucapkan tahniah kepada Ahmaddinejad kerana kemenangan beliau di dalam pilihanraya Presiden Iran. Ini berbeza sekali dengan reaksi segera Brader Anwar Bin Ibrahim yang serta merta menghantar utusan tahniah kepada Obama semasa kemenangan beliau, sebelum kerajaan Malaysia sendiri menghantar mesej yang sama. Kita juga tidak hairan bahawa anasir Brader Anwar Bin Ibrahim lah yang mengabui mata Pentadbiran Obama sehinggakan Amerika Syarikat tidak menghantar utusan tahniah atas perlantikan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia, sehinggalah Anifah Aman menjelaskan kedudukan Brader Anwar Bin Ibrahim di khalayak pemberita di Amerika semasa lawatan beliau ke US tempohari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment