Saturday, June 27, 2009

Obama telefon Najib, Anwar batal ke Washington

Berita malam ini telah memetik kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, bahawa Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah membuat panggilan telefon kepada Najib di kediaman peribadinya di Langgak Duta.

Obama telah memuji Malaysia sebagai satu negara Islam contoh yang moden dan progresif di mana rakyat pelbagai ugama dan pelbagai kaum hidup aman, dan menjadi cemburuan negara pelbagai kaum yang lain yang dilanda perselisihan etnik yang meruncing. Sila baca posting oleh BarkingMagpie.

Obama juga menyatakan harapan US supaya Malaysia dapat memainkan peranan besar di dalam usaha untuk membuka laluan dialog di antara US dan Iran.

Nampak gaya lawatan Menteri Luar, Anifah Aman, ke US tempohari telah berjaya sehingga membuat Pentadbiran Obama menerima Pentadbiran Najib dan melihat semula secara dekat hubungan antara kedua negara.

Mungkin Brader Anwar Bin Ibrahim telah pun diberitahu oleh konco-konco beliau di US bahawa Obama telah mula menerima Najib dan akan menelefon Najib pada 26 Jun 2009. Mungkin sebab itulah Brader Anwar Bin Ibrahim mengambil keputusan untuk membatalkan lawatan beliau ke Washington. Jurublog telah menjangkakan sejak bulan Mei lalu bahawa berkemungkinan Brader Anwar Bin Ibrahim akan menggunakan helah untuk pergi ke US dan terpaksa menjalani kuarantin ketika pulang semula, dan selanjutnya mengelak dari hadir ke mahkamah pada bulan Julai ini.

Pada 26 Jun 2009, Brader Anwar Bin Ibrahim telah membuat satu kenyataan di dalam anwaribrahimblog.com bahawa beliau telah membatalkan rancangan beliau untuk ke Washington bagi menghadiri seminar bertajuk ”Business Opportunities in Muslim World”.

Tetapi, Brader Anwar Bin Ibrahim dengan perangai celakanya telah menyalahkan mahkamah Malaysia kerana mempercepatkan perbicaraan Sodomi II ke 1 Julai 2009 hingga memaksa Anwar membatalkan lawatan beliau ke Washington, US. Berikut adalah petikan kenyataan Brader Anwar Bin Ibrahim:

“The unprecedented actions taken by the Malaysian courts to expedite the beginning of Anwar Ibrahim’s trial have forced him to abandon his plans to travel to Washington DC this month. The non-cooperation of the Public Prosecutor’s Office, which has impeded the preparation of the best defense that Mr. Ibrahim is lawfully entitled to, and the insistence of the Malaysian courts to begin his trial in early July despite the repeated requests by his lawyers for access to basic discovery items, requires Mr. Ibrahim be present in the Kuala Lumpur High Court to attend to his various applications including to quash the charges leveled against him.”

Walau pun Brader Anwar Bin Ibrahim telah tahu sejak berbulan-bulan dahulu lagi akan tarikh perbicaraan pada 1 Julai 2009, Anwar masih lagi ingin mengaturkan lawatan ke luar negara, terutama ke US dan Australia, dua negara yang pailing banyak kes selsema babi. Tetapi, dengan bodoh sombongnya, Brader Anwar Bin Ibrahim terus mempersalahkan mahkamah kerana terpaksa membatalkan urusan perjalanan ke US kerana kes mahkamahnya yang belum selesai. Kemudian, ditambah pula dengan kenyataan-kenyataan yang memburukkan imej Malaysia dan sistem perundangan Malaysia.

Apabila membaca kenyataan tipuhelah Brader Anwar Bin Ibrahim yang tersebut, Jurublog telah dengan segera menghantar komen pedas di dalam anwaribrahimblog.com. Mungkin komen Jurublog tidak akan diluluskan oleh administrator upahan Brader Anwar Bin Ibrahim. Celaka punya Brader Anwar Bin Ibrahim!

No comments: