Friday, May 15, 2009

Anwar ke USA 25 Jun – mungkin beliau berharap dikenakan kuarantin selsema B.A.B.I.

Jurublog tertarik dengan posting terbaru pengadu kes Sodomi II, Mohd Saiful Bukhari di laman blog beliau. Menurut posting terbaru Saiful, Brader Anwar Bin Ibrahim telah merancang untuk bertolak ke Amerika Syarikat pada 25 Jun 2009, seminggu sebelum tarikh perbicaraan Sodomi II iaitu pada 1 Julai 2009.

Umum tahu Amerika Syarikat mencatatkan jumlah kes selsema A(H1N1)yang banyak, dan kerajaan Malaysia telah pun mengeluarkan nasihat supaya melewatkan perjalanan ke sana, sekiranya tiada urusan penting. Nampak gayanya Brader Anwar Bin Ibrahim tidak menghiraukan nasihat tersebut (memang beliau tidak mahu ikut nasihat pun), dan lebih suka meliwatkan perjalananan ke sana daripada melewatkannya.

Kita masih belum tahu urusan Brader Anwar Bin Ibrahim untuk ke sana. Mungkin beliau sengaja merancang ke sana dan merancang akan balik semula ke Malaysia sebelum 1 Julai 2009, supaya tidak dituduh takut dengan perbicaraan Sodomi II.

Tetapi dengan sebab adanya wabak selsema B.A.B.I. di Amerika, maka secara automatik, sekiranya beliau balik nanti, Brader Anwar Bin Ibrahim mungkin boleh dikenakan kuarantin kesihatan, dan ini akan menjadi alasan untuk menangguhkan sekali lagi perbicaraan kes Sodomi II.

Begitulah liciknya langkah Brader Anwar Bin Ibrahim.

Sekiranya kerajaan menghalang beliau daripada ke luar negara, maka bermacam-macam tohmahan akan dilemparkan untuk memburukkan kerajaan Malaysia. Mungkin peguam kepada pengadu kes Sodomi II boleh mendapatkan perintah makamah untuk menghalang perjalanan Brader Anwar Bin Ibrahim ke Amerika atas alasan wabak selsema B.A.B.I. Tetapi itu juga mungkin mengundang tohmahan buruk daripada Brader Anwar Bin Ibrahim.

Tetapi mungkin Brader Anwar Bin Ibrahim kan dengan sendirinya menangguhkan perjalanan beliau ke Amerika nanti. Mungkin dia pun takut terkena jangkitan selsema B.A.B.I. tersebut.

Cukuplah beliau sendiri yang dikatakan orang sebagai penyebar wabak penyakit demam politik B.A.B.I. yang menyebabkan ketidak tentuan politik di Malaysia sehingga melumpuhkan kerajaan negeri Perak, dan menyukarkan lagi hasrat Malaysia untuk menangani krisis ekonomi yang terus meruncing.

Memang seperti perangai Dajjal.