Monday, May 18, 2009

Janji Anwar kepada Anifah: TPM, Menteri Petroleum atau duit?

Pada sidang media 14 Mei 2009 bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Menteri Luar Malaysia yang baru, Anifah Aman telah membuat pengakuan terbuka bahawa Brader Anwar Bin Ibrahim telah cuba mendapatkan sokongan Anifah untuk menyokong Pakatan Rakyat dan membentuk kerajaan baru pada 16 September 2008.

Ini adalah petikan kenyataan yang dibuat oleh Anifah Aman di hadapan pemberita-pemberita di Washington:

“And also just for the information of the audience here that, you know, he also said that he will form a government on 16 September and he has changed the dates many time. And he was trying to entice the members of parliament. And I was personally offered to jump into the oppositions and offered a very lucrative position, and also to be told it’s like a deputy prime minister. And these are not known to the world at large.”

Cerita mengenai habuan yang dijanjikan oleh Anwar kepada ahli parlimen Barisan Nasional telah banyak didengar.

Dr Puad Zarkhasi pernah mendedahkan bahawa Rahim Ghouse merupakan salah seorang balaci Brader Anwar Bin Ibrahim yang bertindak berbincang dengan ahli-ahli parlimen Barisan Nasional untuk berpaling tadah. Rahim Ghouse adalah salah seorang bendahara “war chest” Brader Anwar Bin Ibrahim. Semasa era kegemilangan Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, kroni-kroni Brader Anwar Bin Ibrahim termasuk Rahim Ghouse telah mendapat habuan yang banyak melalui kontrak-kontrak dan penglibatan mereka di dalam spekulasi saham di KLSE. Semasa Anwar ditangkap, Rahim Ghouse merupakan salah seorang kroni Anwar yang paling cepat melarikan diri ke luar negara bersama dana-dana yang sedia terkumpul. Rahim Ghouse dikatakan sekarang ini menetap dan mempunyai rumah dan sebuah ladang di Perth, Western Australia.

Selain daripada Puad Zarkhasi, ada beberapa orang ahli parlimen Sabah yang sebelum ini mendedahkan janji habuan jutaan ringgit daripada konco-konco Brader Anwar Bin Ibrahim – jumlah yang dikatakan hingga tidak habis beberapa keturunan.

Jurublog pernah terdengar bahawa Anifah Aman memang menjadi sasaran Brader Anwar Bin Ibrahim untuk berpaling tadah dan menyokong Pakatan Rakyat. Tindak tanduk Anifah Aman di dewan Parlimen juga yang sebelum ini asyik ”menghentam” kerajaan Barisan Nasonal telah membayangkan perkara yang sama.

Cuma yang berbeza adalah habuan yang dijanjikan oleh Brader Anwar Bin Ibrahim kepada Anifah Aman. Jurublog difahamkan bahawa Anwar menjanjikan portfolio Menteri Petroleum kepada Anifah Aman sekiranya beliau bersetuju menyokong pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat. Mungkin jawatan Menteri Petroleum itulah yang mungkin dikatakan oleh Brader Anwar Bin Ibrahim kepada Anifah Aman sebagai jawatan Menteri Kanan yang seolah-olah (it’s like) jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Isu royalti petroleum Sabah dan Sarawak memang menjadi isu sensitif selepas pilihanraya umum 8 Mac 2008 yang menjadikan sokongan daripada Sabah dan Sarawak sebagai tunjang utama kekalnya Barisan Nasional untuk terus menguasai kerajaan pusat Malaysia. Brader Anwar Bin Ibrahim pernah menjanjikan royalti petroleum dinaikkan ke paras 20% untuk dinikmati oleh masyarakat Sabah dan Sarawak. Sekiranya jawatan Menteri Petroleum diperkenalkan, maka kementerian tersebut boleh menjadi lubuk duit untuk pengagihan kekayaan bagi mereka yang ”berpatutan”.

Mungkin juga habuan yang sama dikemukakan kepada Ghafur Salleh, seorang lagi ahli parlimen dari Sabah. Setakat ini, Ghafur Salleh masih lagi mendiamkan diri dan tidak membuka mulut mengenai janji yang telah dibuat oleh Brader Anwar Bin Ibrahim buat diri Ghafur Salleh. Kata orang, jika rahsia belum terbongkar, masih ada peluang bagi Ghafur Salleh untuk melihat laluan arus ....

Rasa-rasanya, Brader Anwar Bin Ibrahim tidak akan berani membawa Anifah Aman ke mahkamah. Anifah Aman tidak membayangkan bahawa beliau dijanjikan jawatan TPM. Beliau hanya membayangkan bahawa Anwar menjanjikan jawatan seolah-olah TPM. (Dua jawatan TPM telah dijanjikan oleh Brader Anwar Bin Ibrahim setiap satunya untuk PAS dan DAP).

Setakat ini, anwaribrahimblog.com belum lagi menyiarkan kenyataan terus daripada pajabat Brader Anwar Bin Ibrahim sendiri mengenai pendedahan Anifah Aman ini. Blog tersebut hanya menyiarkan ”berita tepi” yang memetik kenyataan peguam Anwar kepada media bahawa Anwar bercadang untuk menyaman Anifah Aman. Ini adalah salah satu lagi petanda yang menyebabkan Jurublog percaya bahawa Anwar tidak mempunyai kes yang kuat untuk menyaman Anifah Aman. Selalunya Brader Anwar Bin Ibrahim akan dengan gah membuat kenyataan segera secara terus melalui anwaribrahimblog.com mengenai isu-isu yang membatitkan diri beliau.

Tetapi, sekiranya perkara ini ke mahkamah nanti, harapnya Anifah Aman diberi peluang membela diri dengan ”membawa bersama” ahli-ahli parlimen lain yang telah pernah didekati oleh Anwar atau balaci-balaci Anwar untuk berpaling tadah. Semoga mereka itu semua dapat mendedahkan modus operandi Brader Anwar Bin Ibrahim untuk memujuk ahli-ahli parlimen Barisan Nasional supaya melompat ke Pakatan Rakyat. Habuannya: jawatan atau wang. Modus operandinya: perjumpaan dengan balaci Anwar, perhubungan telefon atau perjumpaan terus dengan Anwar. Balaci Anwar: Rahim Ghouse, Azmin dll

No comments: