Tuesday, May 12, 2009

Istana Perak perlu lebih berhati-hati berurusan dengan Nizar

Walau pun Nizar merupakan ahli Parti Islam Se Malaysia (PAS), perangai bongkaknya lebih mirip kepada DAP dan PKR.

Beliau juga suka membuat interpretasi sendiri ke atas apa-apa juga yang berlaku di sekeliling beliau, walau pun benda yang sama berlaku di hadapan mata orang ramai.

Terbaru, beliau menyatakan bahawa hubungan beliau dengan Raja Nazrin, Pemangku Raja Perak, adalah amat rapat (intimate). Nizar juga menyatakan bahawa Raja Nazrin telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dalam hal ehwal negeri Perak.

Nizar juga menggap bahawa Raja Nazrin “tidak suka” dengan Zambry. Menurut Nizar, itu terbukti kerana Raja Nazrin tidak berkata apa-apa dengan Zambry dan Zambry merupakan orang yang terakhir di salam oleh Raja Nazrin pada akhir istiadat pembukaan DUN Perak pada 7 Mei 2009 yang lalu.

Nizar juga berbangga kerana beliau merupakan orang yang mengiring keluar Raja Nazrin selepas selesai istiadat tersebut.

Kita mungkin boleh tahu apa yang diperkatakan oleh Raja Nazrin kepada Nizar melalui affidavit yang akan Nizar tandatangani nanti. Nizar telah membuat perkara yang sama (menyiarkan perbualan) ke atas Sultan Azlan Shah. Tetapi itu hanyalah interpretasi Nizar sendiri mengenai apa yang diperbualkan.

Mungkin juga Nizar berperrangai ”disillusional”.

Jurublog percaya bahawa pada pandangan Sultan Azlan (dan Raja Nazrin), Nizar tidak lagi layak menjawat kedudukan sebagai Menteri Besar Perak setelah apa yang berlaku.

Nizar tidak pernah meminta maaf kepada Sultan Perak dan Istana mengenai kemelut yang berlaku yang menyebabkan ada orang yang mengutuk keras Sultan Perak. Nizar tidk pernah meminta maaf kepada Sultan Perak apabila Karpal Singh bertindak biadap memanggil ”dia” apabila merujuk kepada baginda Sultan, dan Nizar tidak pernah menegur Karpal apabila Karpal berkelakuan biadap terhadap Sultan Perak.

Sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membubarkan DUN Perak dan berjaya memenangi Pilihanraya Negeri nanti, Sultan Perak tidak akan melantik semula Nizar sebagai Menteri Besar. Itulah yang sepaptutnya berlaku.

No comments: