Wednesday, May 20, 2009

Anwar tidak akan berani menyaman Anifah Aman

Pada tulisan Jurublog sebelum ini, Jurublog telah melahirkan pendapat bahawa Brader Anwar Bin Ibrahim tidak akan berani membawa Anifah Aman ke mahkamah, gara-gara kenyataan Anifah Aman mengenai habuan jawatan Menteri Kanan yang ditawarkan oleh Anwar semasa Projek 916 yang lalu.

Setelah Jurublog mengeluarkan posting tersebut, anwaribrahimblog.com telah menyiarkan kenyataan terus di muka utama blog tersebut mengenai kisah ingin menyaman Anifah Aman (Nota: Sebelum itu, kenyataan balas Anwar mengenai Anifah Aman hanya disiarkan di muka tepi blog berkenaan dengan memetik sumber media). Brader Anwar Bin Ibrahim telah menyuruh peguam beliau untuk mengugut Anifah Aman dengan memberi tempoh 24 jam sebelum kononnya akan memulakan Saman Malu.

Pada 18hb Mei, timbul pula Surat Tuntutan daripada peguam Brader Anwar Bin Ibrahim. Mulanya mereka mengancam dan memberi masa 24 jam kepada Anifah Aman sebelum hendak buat saman malu, tetapi kemudiannya hanya buat surat tuntutan sahaja. Surat tuntutan pulak memberikan masa 7 hari kepada Anifah Aman untuk membuat respons.

Walau bagaimana pun, Jurublog hairan mengapa Peguam Brader Anwar Bin Ibrahim lebih cenderung mengambil bulat-bulat petikan akhbar mengenai kenyataan Anifah Aman di hadapan Hillary Clinton dan pemberita-pemberita di Amerika Syarikat.

Mengapa tidak diambil transkrip kenyataan sebenar yang dibuat oleh Anifah Aman, seperti berikut:-

And I was personally offered to jump into the oppositions and offered a very lucrative position, and also to be told it’s like a deputy prime minister.

Dan bukannya

I was personally offered a very lucrative position, like a deputy prime ministership.

Mudah sahaja kesalahan remeh seperti di atas ditolak bulat-bulat oleh mahkamah. Sudah terpampang di internet rakaman video dan transkrip kenyataan sebenar yang dibuat oleh Anifah Aman. Mengapa dengan bodohnya peguam Brader Anwar Bin Ibrahim masih memetik sumber akhbar sahaja untuk proses saman malu?

Jurublog masih percaya Brader Anwar Bin Ibrahim hanya mengacah dan tidak akan berani menyaman Anifah Aman, kerana kenyataan Anifah Aman terlalu “general”. Anifah Aman hanya menyatakan bahawa beliau telah ditawarkan jawatan yang dikatakan oleh Brader Anwar Bin Ibrahim kepadanya seakan-akan (it’s like) Timbalan Perdana Menteri.

Samada betul atau tidak, Jurublog pernah dikhabarkan bahawa Brader Anwar Bin Ibrahim sebenarnya menawarkan jawatan Menteri Petroleum kepada Anifah Aman. Atau adakah sebenarnya Brader Anwar Bin Ibrahim telah menawarkan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada Anifah Aman? Lalu dikelentongnya bahawa Menteri JPM adalah seolah-olah Timbalan Perdana Menteri kerana berada bersama Perdana Menteri.

Kita cuma berharap agar Brader Anwar Bin Ibrahim meneruskan ugutan beliau untuk menyaman dan membawa Anifah Aman ke mahkamah.

Kita juga berharap agar Anifah Aman dapat membawa bersama 30 orang lagi ahli parlimen Barisan Nasional (termasuk Ghafur Salleh dan Puad Zarkhasi) ke mahkamah nanti, supaya mereka semua dapat mendedahkan apa pula kelentong Brader Anwar Bin Ibrahim bagi habuan mereka masing-masing untuk berpaling tadah menyokong Pakatan Rakyat bagi misi Projek 916.

Kita tunggu Isnin hadapan, iaini selepas tamat tempoh edah 7 hari yang ditetapkan oleh Brader Anwar Bin Ibrahim kepada Anifah Aman ...

No comments: