Malang sekali, strategi Pakatan Rakyat untuk meneruskan Projek 2Perak mereka telah berjaya.
Semalam, Pakatan Rakyat telah melengkapkan usaha mengusutkan lagi krisis politik di Perak dengan tindakan-tindakan mereka di Dewan Undangan Negeri Perak.
Sekarang ini, mereka telah berjaya meneruskan persepsi di kalangan penyokong Pakatan Rakyat bahawa mereka masih menguasai Kerajaan Negeri serta DUN Perak.
Sekarang ini, ada 2Perak. Perak ada 2 orang yang mengaku bahawa mereka adalah Menteri Besar yang sebenar. Perak ada 2 EXCO Negeri, masing-masing daripada Pakatan Rakyat dan satu lagi dari Barisan Nasional. Dan mereka ada 2 Speaker DUN, Sivakumar dari Pakatan Rakyat dan Ganesan dari Barisan Nasional.
Pakatan Rakyat telah merancang dengan teliti tindakan-tindakan yang patut mereka lakukan di DUN Perak semalam, samada bagi penyokong-penyokong mereka di luar dewan mahu pun ahli-ahli DUN mereka di dalam dewan. Alhi-ahli DUN mereka lengkap dengan telefon berkamera untuk merakam aksi-aksi yang dirancangkan. Ada jurukamera mereka yang mereka telah rancangkan untuk mengambil gambar-gambar kekecohan yang menjadi strategi utama mereka.
Matlamat mereka adalah untuk membubarkan DUN Perak bagi membolehkan Pilihanraya Negeri. Dan mereka akan teruskan usaha mereka selanjutnya melalui jalan undang-undang (melalui Mahkamah), mahu pun cara politik Brader Anwar Bin Ibrahim – berdemonstrasi jalanan, perang saraf melalui media baru dan sebagainya.,
Sekiranya mereka berjaya membubarkan DUN Perak, Pakatan Rakyat yakin akan berjaya memenangi majoriti kerusi DUN dan yakin kan dapat menguasai semula kerajaan negeri Perak melalui pilihanraya negeri . Sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memenangi Pilihanraya Negeri Perak nanti, mereka akan terus mendesak agar Pilihanraya Umum pula diadakan.
Itulah strategi mereka. Matlamatnya, agar Brader Anwar Bin Ibrahim dinobat menjadi Perdana Menteri. Tidak kira sekiranya Malaysia berada dalam keadaan kucar-kacir dan tidak menentu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Mengapa bila tukar PM akan jadi kedadaan kucar kacir? Be profesional jangan bermain dgn api. Anda cuba membuat provokasi liar.
Post a Comment