Monday, May 11, 2009

Ajak Hindraf masuk MIC: Apa muslihatnya?

Sebagai reaksi ”segera” pembebasan tiga pemimpin Hindraf daripada tahanan ISA, Setiausaha Agong MIC, Dr S. Subramaniam telah mengajak P.Uthayakumar, Manoharan dan Vasanthakumar untuk menjadi ahli parti MIC.

Umum tahu bahawa Hindraf dan pemimpin-pemimpin Hindraf merupakan parti yang kuat fahaman perkaumna mereka, hingga menghampiri tahap militan.

Umum juga tahu bahawa Hindraf tertubuh kerana kebanyakan masyarakat kaum India di Malaysia sudah jelak dan tidak lagi mempercayai dan berharap kepada MIC untuk membela nasib mereka.

S.Subramaniam mungkin sedar bahawa pemimpin Hindraf akan menolak bulat-bulat cadangan beliau supaya mereka menganggotai MIC untuk ”memantapkan” perjuangan kaum India di Malaysia.

Itu semua mungkin ajak-ajak ayam. Kalau tidak diajak, maka mungkin pemimpin Hindraf akan menyalahkan MIC pula, kerana tidak pernah mengajak mereka bersatu dan bersama di dalam MIC untuk memperjuangkan nasib kaum Inida.

MIC telah nampak bahawa pepimpin-pemimpin Hindraf mempunyai pengaruh yang lebih besar di kalangan kaum Inida di Malaysia berbanding dengan pemimpin MIC yang sedia ada.

Kaum India mempunyai masalah yang besar dari pelbagai sudut: ekonomi, sosial, pembelajaran dan sebagainya. Parti-parti berasaskan kaum India juga bersepah-sepah: MIC, PPP dan parti pimpinan Pandithan. Semuanya itu mempunyai masalah kepimpinan dan lain-lain masalah dalaman parti.

Atau adakah pelawaan MIC kepada pemimpin Hindraf adalah satu isyarat kepada UMNO dan Barisan Nasional bahawa MIC berani dan sanggup untuk menyanggah kepimpinan kerajaan yang sedia ada?

Hindraf menentang BN dan UMNO dengan jelasnya. MIC berani berbuat demikian jika mereka mendapat sokongan besar dari kaum India dengan adanya pengaruh Hindraf di kalangan mereka.

MIC mungkin sedang memikirkan untuk menyokong Pakatan Rakyat sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mendapat mandat memimpin negara.

MIC sekarang ini tidak mempunyai wakil rakyat yang ramai. Presiden mereka sendiri telah kalah dalam Pilihanraya Umun 8 Mac 2008 yang lalu. Mungkin dengan adanya sokongan jitu Hindraf, maka MIC akan kekal di dalam kerajaan, walau pun di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.

No comments: