Jangan kencing: Itulah salah satu strategi utama yang diberitahu kepada Sivakumar sebagai persiapan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat bagi menghadapi suasana yang dirancangkan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei 2009.
Pantang Larang itu amat penting. Sekiranya Sivakumar minum dengan banyaknya sebelum persidangan, dan terpaksa ke bilik air untuk kencing, maka dengan serta merta Hee Yit Foong (bekas DUN DAP yang berpaling tadah dan menjadi DUN Bebas yang berpihak kepada Barisan Nasional) akan mendapat mandat secara automatik untuk mengendalikan perjalanan dewan, kerana Hee merupakan Timbalan Speaker yang sah.
Itulah sebabnya Sivakumar tidak berganjak daripada kerusi Speaker pada sepanjang persidangan, walau pun untuk kencing. Mungkin dia telah terlebih dahulu memakai lampin (diaper) bagi orang dewasa untuk menghadapi suasana yang mencemaskan ini. Mungkin strategi yang sama juga mungkin diguna pakai oleh Hee – iaitu memakai lampin dewasa untuk memsatikan beliau juga terus berada di dalam dewan persidangan pada sepanjang masa.
Begitulah halnya apabila manusia berebut kuasa. Rancangan kekecohan telah dirancang rapi sepanjang dewan bersidang. Rancangan kekecohan akan terus dibuat di luar dewan di negeri Perak, dan akan diteruskan di Penanti. Mungkin nanti akan ada percubaan mengadakan kekecohan lebih besar di seluruh negara.
Pantang larang untuk tidak kencing memang menjadi lumrah ketika menghadapi krisis.
Jurublog mendapat tahu bahawa seorang ahli perniagaan, Abu Juling, mempunyai keupayaan luar biasa untuk menahan kencing, walau pun telah minum dengan banyaknya. Mungkin pundi kencing Abu Juling lebih besar daripada orang biasa. Abu Juling selalunya membuat temu janji untuk membincangkan hal penting perniagaan di rumah beliau, pada waktu malam. Sebelum perbincangan bermula, tetamu akan dijamu, dan berkaraoke, dan perbincangan hanya akan bermula selepas waktu tengah malam. Pada ketika itu, tetamu sudak lalok dan tidak dapat berfikir secara normal. Masa itulah Abu Juling memulakan perbincangan mengenai hal perniagaan. Semasa itulah beliau menunjukkan keupayaannya tidak pergi kencing sehinggalah selesai perbincangan.
Begitulah halnya bagi menghadapi mesyuarat-mesyuarat penting. Selalunya, adalah disarankan agar pembincang pergi kencing dahulu, kerana jika tidak, mungkin ada ketikanya beliau terpaksa pergi ke bilik air, dan pada masa itu beberapa perkara kritikal akan dipersetujui atau diperbincangkan tanpa restu beliau.
Pantang larang yang sama dikenakan kepada bomoh-bomoh yang berkaitan. Sebagai contoh, semasa F1 Grand Prix di Sepang awal April 2009 yang lalu, seorang bomoh hujan telah pun dilantik. Bomoh hujan tersebut telah bertanya samada hendak hujan ditahan pada waktu pagi, tengahari atau petang. Pihak penganjur menyuruh bomoh hujan itu untuk menahan hujan daripada turun daripada pagi hingga ke petang. Masalahnya ialah permulaan perlumbaan kereta F1 hanya bermula pada jam 5 petang dan sepatutnya berakhir pada jam 7 malam. (Pada tahun-tahun sebelumnya, permulaan bermula pada jam 2 petang).
Masalahnya lagi, bomoh tersebut tidak boleh melanggar pantang larang untuk tidak kencing disepanjang tempoh penahanan hujan tersebut. Oleh kerana arahan telah dibuat kepada bomoh tersebut untuk menahan hujan sejak pagi, bomoh tersebut tidak dapat menahan hajat badan untuk kencing pada sebelah petangnya. Sebab itulah, kononnya, hujan turun dengan lebatnya dipertengahan perlumbaan F1 Sepang tahun ini, hingga menyebabkan perlumbaan dihentikan terus. Moral dari kisah tersebut: Pastikan tempoh yang sesuai untuk menahan hujan, dengan mengambil kira tempoh selama mana bomoh dapat menahan kencing
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
PERKHIDMATAN KOMPUTER
Untuk pengetahuan tuan, syarikat kami berharap dapat membantu kerja-kerja berkaitan komputer bersama syarikat tuan untuk mencapai kemajuan teknologi, syarikat kami baru beroperasi pada 07.01.2009 berdepan dengan masalah ekonomi global pada hari ini dan syarikat kami salah satu dari syarikat-syarikat lain yang mempunyai krisis ekonomi pada hari ini.
Syarikat kami iaitu Quad Platinum Enterprise adalah Bumiputera sepenuhya, bagi menjayakan misi dan visi kami dapat membantu masyarakat setempat. Syarikat kami menghadapi masalah kewangan dan syarikat kami memohon jasa baik tuan dapat menyediakan kerja-kerja berkaitan komputer kepada syarikat kami di rantau ini.
siapa boleh bantu syarikat kami dari terus musna?
Post a Comment