Friday, May 1, 2009

Tomok menang OIAM3 - Kuasa beli Cina hampir musnahkan impian Melayu cemerlang

Pada 21 Februari 2009, sebaik sahaja selesai menonton rancangan pertama One In A Million Musim ke tiga di TV8, Jurublog telah membuat jangkaan terbuka di Predictive Scenario bahawa Esther akan memenangi pertandingan tersebut.

Jangkaan Jurublog tersebut adalah berdasarkan pemerhatian trend terdahulu pengundian melalui telefon di Malaysia, seperti berikut

1) Pengundi bukan Melayu (terutamanya Cina) akan memberi sokongan padu kepada peserta bukan Melayu. Orang Melayu sebaliknya, akan mengundi mengikut merit peserta, dan bukan hanya mengundi peserta Melayu.
2) Penonton Sabah dan Sarawak (yang akan mengundi dengan banyaknya) akan memberi sokongan padu kepada peserta daripada Sabah atau Sarawak. Orang Semenanjung pula, selalunya mengundi menurut merit peserta, tanpa mengira tempat asal peserta tersebut.
3) Sekiranya peserta yang bukan Melayu atau peserta Sabah/Sarawak mendapat imuniti daripada penyingkiran, maka pengundi yang menyokong peserta tersebut akan mengundi keluar (dengan banyak) peserta lain yang menjadi pencabar peserta berkenaan

Pada OIAM1, seorang penyanyi rekod, Dayang Nurfaizah telah tersingkir kerana penangan undi keluar oleh penonton Cina yang menyokong Suki. Suki akhirnya menang OIAM1 mengatasi Faizal Tahir, walaupun Faizal Tahir lebih menyerlah dan lebih konsisten persembahannya.

Pada OIAM2, seorang lagi penyanyi popular, Sarah Raisuddin telah tersingkir kerana undi keluar oleh penyokong Ayu, seorang peserta daripada Sabah. Ayu memenangi OIAM2.

Malaysian Idol juga menyaksikan trend yang sama berlaku. Jaclyn Victor (Idol 1) dan Daniel (Idol 2) menang, masing-masing mengatasi lawan mereka yang merupakan peserta Melayu. Walau pun Jurublog mengakui bahawa Jaclyn memang layak menang, perkara yang sama tidak dapat diperkatakan mengenai Daniel.

Bagi OIAM3, peserta-peserta yang nampak konsisten dan berbakat besar untuk menang hadiah satu juta ringgit termasuklah Tomok (Shah Indrawan), Amylea, Aweera dan Esther.

Jurublog merasakan bahawa Amylea telah terlebih dahulu tersingkir kerana diundi keluar oleh para penyokong Esther. Itu menjadikan peserta yang berjaya ke Top3 adalah Tomok, Aweera dan Esther.

Setelah diumumkan peserta Top3, seperti yang Jurublog jangkakan, pengundi Cina akan menggunakan kuasa beli mereka untuk mengundi keluar Tomok dengan sebanyak yang mungkin. Itulah sebabnya Tomok mendapat undi yang paling rendah di permulaan pertandingan akhir OIAM3 sebentar tadi. Sepatutnya Tomok telah tersingkir daripada persaingan akhir OIAM3, dan dengan itu, memudahkan Esther untuk memenangi RM1 juta jika hanya berhadapan dengan Aweera.

Malangnya bagi mereka yang menyokong Esther, Tomok masih lagi dibenarkan bertanding di pertandingan akhir OIAM3, walau pun sepatutnya tersingkir kerana mendapat peratusan undi yang paling rendah.

Di sinilah baru ada kesedaran daripada penyokong Tomok yang kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu. Seperti biasa, orang Melayu hanya akan melakukan sesuatu pada saat akhir. Sebab itulah Tomok mendapat peratusan undi terendah (setelah ditolak undi keluar yang banyak) walau pun setelah seminggu talian pengundian dibuka.

Tomok hanya menang setelah peminat remaja beliau yang terdiri daripada orang Melayu telah bertungkus lumus mengundi beliau dengan banyaknya di saat akhir disepanjang dua jam siaran langsung pertandingan akhir OIAM3.

Tomok menang kerana memang beliau patut menang. Shah Indrawan adalah artis solo yang mempunyai potensi yang cukup besar. Persembahan beliau saban minggu di OIAM3 amat baik, bertenaga dan sungguh konsisten.

Tahniah Shah Indrawan a.k.a. Tomok! Semoga karier seni beliau terus maju dengan cemerlang.

Hampir sahaja seorang lagi anak Melayu yang cemerlang bakatnya, hampir kalah akibat penggunaan kuasa beli daripada kaum Cina. Itulah yang selalu berlaku di persekitaran sebenar di Malaysia. Sebab itulah kerajaan masih perlu membantu orang Melayu yang masih kurang kuasa beli mereka untuk lebih berjaya jika bersaing dengan kaum lain.

4 comments:

farrah said...

Saya setuju 100%. Itu juga reason saya untuk tidak mengundi Esther. Cukup-cukuplah, meh kita sama-sama sokong bangsa sendiri pulak. RM1 juta is a lot!

Detguaq said...

Jika hendak kita hubungkan dengan kematangan, siapakh yang lebih matang? Dan siapakah pula bila ada sedikit kuasa yang Allah beri akan menggunakan kuasa itu mengikut ukuran nafsu dan prejudis yang berbau kebencian? Semuga rakyat yang jumlah mereka adalah majoriti mendapat pengajaran dan belajar sesuatu yang amat berguna sebagai salah satu kayu pengukur dalam kancah penghidupan diMalaysia!

redzuank said...

Assalamualaikum JuruBlog,
Minta maaf terlebih dahulu.
Saya tidak mengundi sesapa pun tapi amat masuk akal fakta2 anda ini.

http://redssays.blogspot.com

futbolmaster said...

i guess onemalaysia is not one at all.