Friday, June 26, 2009

Michael Jackson meninggal dunia: Adakah beliau seorang Islam?

Baru sahaja dikhabarkan bahawa penyanyi tersohor dunia, Michael Jackson telah meninggal dunia di Los Angeles, California, akibat sakit jantung.

Pernah diberitakan bahawa Michael Jackson telah pun memeluk Islam pada tahun lepas. Tetapi berita tersebut tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana tidak ada media perdana Amerika Syarikat yang melaporkan berita tersebut.

Kita lihat sahajalah bagaimana jenazah Michael Jackson akan dikebumikan ...

Kita bincang selanjutnya nanti. Nak pergi kerja dah ...

(Dikemaskini)

Berita mengenai Michael Jackson memeluk Islam disiarkan pada 21 November 2008 oleh akhbar The Sun (UK) dan dipetik oleh New York Post dan UK Telegraph. Diberitakan bahawa MJ telah memilih nama Mikaeel sebagai nama Islam beliau.

Jermaine Jackson, salah seorang abang kepada Michael Jackson telah membuat kenyataan bagi pihak keluarga beliau di pusat perubatan UCLA. Jermaine, yang telah memeluk Islam sejak 20 tahun yang lalu dipetik sebagai berkata "My brother, the legendary king of pop Michael Jackson, passed away ... it is believed he suffered cardiac arrest at home. Allah be with you Michael always. I love you."

Jurublog percaya dan berharap Michael Jackson meninggal dunia sebagai seorang Islam. Maka beruntunglah Michael Jackson, dan semoga rohnya dirahmati oleh Allah s.w.t. Kita berharap jenazah beliau dapat dikebumikan menurut kehendak Islam.

Sebagai seorang yang baru memeluk Islam, banyak sungguh pahala Michael Jackson yang terkumpul untuk dikira di akhirat kelak. Semua amalan baik yang dibuat oleh Michael Jackson sejak dari kecil dikumpul sebagai pahala oleh Allah. Sebaliknya, segala perbuatan dosa yang dilakukan sebelum beliau memeluk Islam dihapuskan oleh Allah s.w.t. Jika ada pun, himpunan dosa yang di tanggung oleh Michael Jackson hanyalah setakat tujuh bulan ini (iaini dari November 2008 hingga Jun 2009).

Sebagai orang Islam sejak kecil, nasib kita boleh kita ketahui lagi. Dosa kita melimpah ruah sejak kita baligh lagi.

Beruntunglah orang yang berhijrah memeluk Islam dan kekal di dalam Islam seperti Jermaine Jackson, Michael Jackson, Muhammad Ali, Yusuf Islam, Malcom X dan lain-lain.

No comments: