Semasa Najib Razak mula-mula memegang tampuk pemerintahan negara, Jurublog ada membuat posting mengenai 1General 1Major 1Malaysia.
Diberitakan bahawa Najib pernah membuat jenaka di majlis perkahwinan anaknya bahawa di rumahnya, beliau (Najib) merupakan seorang General dan Rosmah pula adalah seorang Major. Najib selalunya akan membuat keputusan biasa (general decisions), manakala Rosmah pula akan membuat keputusan-keputusan penting (major decisions).
Ada yang mengatakan bahawa walau pun cerita itu adalah satu jenaka daripada Najib, tetapi ianya nampak seperti benar-benar berlaku, dan dilakukan menjangkaui pentadbiran negara. Ianya dikatakan selalu berlaku semasa Najib menjadi Menteri Pertahanan. Pernah diberitakan bahawa sekiranya ada pihak ingin menghubungi Najib maka Rosmah akan terlebih dahulu bertanya mengenai hal yang ingin dibincangkan. Sekiranya ia semata-mata hal politik, maka tidak mengapalah berhubung terus dengan Najib. Sebaliknya, sekiranya hal yang ingin dibincangkan adalah mengenai perniagaan/business, maka perlulah perbincangan dibuat melalui Rosmah. Malah pernah diperkatakan bahawa Rosmah pernah ”mempengerusikan” mesyuarat di Mindef yang juga dihadiri sendiri oleh Najib.
Itu hal semasa Najib masih Menteri Pertahanan.
Apabila Lee Kuan Yew melawat Malaysia tempohari, beliau memang merancang untuk berjumpa Najib bersama-sama Rosmah. Itu ialah kerana menurut LKY, Najib dan Rosmah adalah ”satu pasukan”. Kita tidak tahu maksud sebenar yang tersirat dengan kenyataan LKY tersebut. Adakah LKY menganggap bahawa sebagai satu pasukan, Najib perlu mendapatkan persetujuan Rosmah sebelum membuat apa-apa keputusan penting?
Kita tidak mahu membuat apa-apa spekulasi mengenai hal tersebut.
Tetapi apa yang Jurublog nampak kebelakangan ini ialah fenomena baru berita di TV3. Setiap malam, mesti ada cerita pasal Rosmah. Bahan berita pun tidaklah seberapa. Janji ada cerita pasal Rosmah pada setiap malam.
Adakah ini arahan yang dibuat oleh Najib atau arahan yang dibuat oleh Rosmah? Atau adakah ini cara boss baru TV3 untuk membodek Rosmah?
Kita tidak mahu nanti, disebabkan fenomena ini, akhirnya ramai orang akan meluat dengan Rosmah dan seterusnya, Najib sendiri. Kita pun tidak mahu nanti, akhirnya, kedua-dua mereka ini mendapat anugerah Tun daripada YDP Agong sebelum PRU13 ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment