Sunday, June 14, 2009

Si Pengkhianat Anwar samakan individu Chin Peng dengan Negara China

Kerana terdesak inginkan sokongan kaum China di Malaysia, Brader Anwar Bin Ibrahim menyatakan Pakatan Rakyat bersedia untuk memaafkan Chin Peng dan membenarkan Chin Peng untuk kembali ke Malaysia.

”Sekiranya kita boleh memaafkan Negara China, kenapa kita tidak boleh memaafkan Chin Peng?”, begitulah kata Brader Anwar Bin Ibrahim. Janganlah jadi bahlul, wahai Brader Anwar Bin Ibrahim, dan jangan menyamakan seorang individu Chin Peng yang telah memporak-perandakan negara kita dengan sebuah negara berdaulat seperti Negara China. Dalam pertemuannya dengan Tun Razak, Pengerusi Mao sendiri tidak menunjukkan minat untuk menyokong perjuangan komunis di Malaysia.

Media baru seperti Malaysiakini pula mengambil kesempatan dengan memuji Chin Peng kerana mempertahankan Malaya sehingga dianugerahkan Order of The British Empire (OBE). Brader Anwar Bin Ibrahim juga dipetik untuk menyamakan pengampunan Chin Peng sepertimana Rasulullah memaafkan kafir Quraish ketika pembukaan Mekah.

Brader Anwar Bin Ibrahim sedar bahawa dengan sokongan berterusan daripada kaum China di Malaysia, cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri di Malaysia boleh menjadi kenyataan. Pada orang Cina (dan ini pernah dinyatakan kepada Jurublog sendiri oleh penyokong Pakatan Rakyat dari kaum tersebut), walau pun Brader Anwar Bin Ibrahim itu kaki perempuan sekali pun, atau walau pun Brader Anwar Bin Ibrahim itu biseksual sekali pun, ianya tidak akan menghalang pengundi bukan-Melayu terutamanya golongan muda sekarang ini untuk mengundi Pakatan Rakyat. Hubungan bebas dan biseksualiti telah menjadi lumrah bagi mereka sekarang ini. Pada mereka, orang Melayu hanyalah hipokrit kerana tidak mempercayai bahawa terdapat ramai orang yang mempunyai hubungan seks bebas, serta ramai juga golongan biseksual dan homoseksual di Malaysia.

Mungkin pada kaum China, mereka berharap Brader Anwar Bin Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri (biseksual yang pertama) di Malaysia.

No comments: