Brader Anwar Bin Ibrahim kadangkala menyerlahkan pemikiran beliau yang sebenarnya dangkal. Kali ini, Brader Anwar Bin Ibrahim menuduh dasar UMNO-BN haru-biru dalam isu Chin Peng.
Beliau menyoalkan kenapa Najib tidak dilabel sebagai pengkhianat kerana melawat China yang merupakan penyokong kuat Parti Komunis Malaya. Ini adalah kerana Beijing menyediakan dana dan merupakan destinasi latihan buat PKM.
Janganlah terus bahlul, wahai Brader Anwar Bin Ibrahim... Apabila Tun Razak melawat China tempohari (sejak awal tahun 1970an lagi), Pengerusi Mao ketika itu telah pun membayangkan bahawa China tidak akan campurtangan dengan menyokong PKM. Sejak itulah, hubungan diplomatik Malaysia-China bertambah akrab.
Berbaik-baik dengan Negara China tidak ada kena mengena lagi dengan soal samada Chin Peng perlu diberi pengampunan dan dibenarkan pulang ke Malaysia. Hubungan diplomatik Malaysia-China tidak berkaitan langsung dengan isu PKM dan Chin Peng.
Chin Peng merupakan individu utama PKM yang telah menumpahkan banyak darah anggota keselamatan negara kita yang tercinta ini. Kita tidak tahu apa temberang Chin Peng kepada pemimpin negara China semasa itu, untuk mendapatkan sokongan China terhadap perjuangan PKM. Membenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia merupakan satu pengkhianatan ke atas wira-wira yang telah berjuang bermati-matian untuk mempertahankan negara.
Sebagai contoh lain, jika seorang individu pengkhianat itu berasa dirinya bersalah dan takut akan ditangkap dan dipenjarakan kerana kesalahan tersebut, lalu pengkhianat tersebut kecut perut dan menyorok di sebuah kedutaan negara luar yang terletak di ibukota, maka kita tidak menyalahkan negara kedutaan tersebut. Kita patut terus menyalahkan individu pengkhianat tersebut kerana membuat tohmahan liar terhadap negaranya sendiri hanya kerana masalah peribadi yang dihadapi olehnya.
Britain pernah menakluk dan menjajah Malaya. Jepun pernah berperang dan menjajah Malaya. Jerman dengan Nazinya pernah memporak perandakan dunia. Soalnya, adakah menjalinkan hubungan dengan negara-negara tersebut setelah tamatnya perang dan pemberontakan merupakan satu pengkhianatan? (Mungkin jawapan dari Brader Anwar Bin Ibrahim yang bahlul, ianya benar, satu pengkhianatan)
Brader Anwar Bin Ibrahim masih lagi ingin mempermainkan isu Chin Peng agar dapat terus membakar semangat penyokongnya yang bukan-Melayu agar menentang kerajaan UMNO-BN. Memanglah perangai seperti dajjal.
Nota:
Seperti biasa, Brader Anwar Bin Ibrahim mencampur aduk bahasa Malaysia dengan bahasa Indonesia agar kononnya nampak lebih ”nusantara” dengan kata-kata seperti memintal fitnah jahat, sosok, mencoret catitan dan lain-lain. Jadi, kalau orang kampung dengar, kononnya lebih canggih dan menarik ...
Dan jika dibacakan secara mendalam, Brader Anwar Bin Ibrahim mengelak daripada menulis secara langsung untuk bersetuju supaya Chin Peng diampunkan dan dibenarkan pulang ke Malaysia. Isu Chin Peng ini hanyalah mainan politik Brader Anwar Bin Ibrahim untuk terus disanjung oleh penyokong beliau dari kaum bukan Melayu (terutamanya kaum China yang bersempati dengan Chin Peng).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment