Hari ini, 14hb Februari merupakan Hari Kekasih (Valentine’s Day).
Ia disambut oleh ramai orang di Malaysia, terutamanya muda-mudi. Ramai juga orang yang beragama Isalam yang tidak ketinggalan meraikan Hari Kekasih, walau pun telah difatwakan sejak tahun 1990an lagi bahawa sambutan tersebut adalah haram bagi orang Islam.
Bukanlah orang Islam tidak dibenarkan berkasih-kasihan, tetapi membuat upacara-upacara untuk berkasih-kasihan yang hanya dikhaskan sempena Valentine’s Day adalah diharamkan. Dari segi agama, berkasih-kasihan adalah amat digalakkan, terutama kepada suami-isteri yang sah, dan ia patut berlaku disepanjang masa.
Hari Kekasih di Malaysia mula dikomersialkan secara hebat sejak akhir tahun 1980an (selepas kegawatan ekonomi). Ianya berlarutan hingga ke hari ini.
Jika dikaji, budaya masyarakat di Malaysia sudah jauh berbeza sejak akhir tahun 1980an lagi. Bohsia dan bohjan mula menjular hampir pada masa yang sama. Semasa itu, untuk mendapat habuan seks dari perempuan muda di Dataran Merdeka, budak-budak lelaki hanya memerlukan umpan motor kapcai, topi keledar tambahan dan kacang.
Bagi yang sedikit berada pula, kelab-kelab malam, karaoke, dang-dut merupakan tempat-tempat yang disukai dan mudah untuk mencari pasangan. Di Menara Promet misalnya, terdapat sebuah kelab malam yang sering dikunjungi oleh golongan korporat pada awal tahun 1990an, dan disitulah juga peragawati yang ingin menjerat orang kaya akan berhimpun.
Mak Nyah juga tidak kurang hebat pengaruhnya. Masa itu, budaya hubungan sejenis sudah mula menular, walaupun selalunya hanya dikaitkan untuk sesama lelaki.
Sekarang kesemua budaya di atas masih dipraktikkan, dan ditambah pula dengan budaya-budaya yang ”baru”.
Lesbianism (sesama perempuan) sudah berleluasa. Homosexuality sesama lelaki semakin menjadi-jadi hinggakan ada beberapa spa di Bukit Bintang yang khas untuk keperluan golongan tersebut.
Apa yang lebih membimbangkan ialah budaya ”swingers” atau pesta seks yang menjadi medan bagi penggila seks untuk bertukar pasangan. Swingers ini terdiri dari kalangan yang berpendidikan dan ada juga yang berjawatan profesional. Ada juga pasangan suami-isteri yang terjebak dengan aktiviti songsang ini. Dan mereka ini terdiri dari kalangan orang Cina, India, Mat Saleh dan orang Melayu sendiri.
Golongan swingers ini mengadakan aktiviti mereka di hotel-hotel mewah (dikhabarkan termasuk Mandarin Oriental). Ada juga yang menggunakan privacy di bangalow mewah milik salah seorang ahli mereka. Aktiviti mereka agak licik kerana mereka menjalankan aktiviti sesama ahli kumpulan yang kecil (dua hingga hingga pasangan bagi setiap kumpulan). Mereka ini mulanya akan bermula dari dua pasangan (empat orang) dan mereka hanya akan mendapat ahli-ahli baru melalui persetujuan bersama ahli-ahli yang sedia ada.
Maka pada malam ini, akan bertambahlah maksiat yang dirancang oleh golongan-golongan di atas. Mat Rempit, bohsia, bohjan akan melipat gandakan aktiviti mereka. Puak lesbian, homoseks dan mak nyah akan mempunyai perancangan mereka yang tersendiri. Pesta seks dari kalangan swingers akan berlipat kali ganda.
Akan ada gadis Melayu yang akan keperawanannya hari ini kerana ingin membuktikan kasih sayang kepada teman lelaki yang tidak semestinya teruna.
Akan ada janda atau isteri yang keseorangan dijerat oleh lelaki yang ingin mengambil kesempatan dari masalah peribadi mereka.
Dan ada juga pasangan yang sengaja mengambil kesempatan sempena Valentine’s Day hari ini untuk berbuat maksiat, samada buat kali pertamanya atau seperti lazimnya mereka lakukan pada hujung minggu.
Siapa atau apa yang kita perlu salahkan? Adakah kita perlu salahkan sistem pendidikan sekarang ini? Adakah kita patut salahkan kebebasan internet yang digunakan (misalnya ”Facebook”)?
Adakah kita hanya berkata bahawa semua musibah (termasuk kekalutan politik semasa) adalah petunjuk bahawa Allah ingin menggambarkan balasan yang bakal diterima oleh kita yang mengingkari perintah Allah, tanpa berbuat apa-apa? Adakah kita patut menyokong Pakatan Rakyat hanya kerana percaya bahawa musibah sekarang ini disebabkan pemerintahan BN yang menyimpang dari hukum agama, tanpa membuat penilaian sebenar keburukan yang terkumpul dibenak pemimpin-pemimpin PKR dan DAP itu sendiri?
Kita perlu muhasabah diri kita sendiri. Pendidikan moral perlu dititik beratkan oleh ibubapa kepada anak-anak. Pendidikan agama perlu dipertikatkan dan perlu sentiasa menjadi tunjang adab dan budaya kita sekeluarga.
Kita hanya mampu berdoa agar kita dijauhkan Allah daripada sifat-sifat keji yang dilaknat oleh Allah. Kita juga perlu berdoa agar Allah melindungi anak-anak kita daripada maksiat di akhir zaman ini.