Kemelut politik di Perak bermula apabila Brader Anwar Bin Ibrahim dengan bangganya memperagakan kejayaan beliau memikat ADUN Bota untuk menyertai PKR.
Maka serta-mertalah penyokong-penyokong pembangkang memperbenarkan tindakan lompat parti. Mengikut mereka, tidak apa melompat ke pihak pembangkang, kerana BN akan berkubur.
Apabila ADUN PKR dan ADUN DAP melompat pula, maka dituduhlah mereka diculik, diugut, dibeli dan macam-macam lagi. Maka pada mereka, terbuktilah BN adalah korup dan tidak bermaruah.
Mereka buat benda yang sama, tidak mengapa. Orang lain buat, tidak boleh. Itulah perangai ulamak politik ala Hadi. UMNO berganding dengan MCA dan MIC dikafirkan dan haram. PAS bersekongkol dengan DAP, Hindraf dan PKR dihalalkan.
Sultan Perak memang amat prihatin akan negeri baginda. Baginda Sultan murka dengan Nizar yang menjadi boneka DAP, sehinggakan tanah pajakan ditukarkan menjadi tanah hakmilik kekal dan diberi kepada orang Cina. Orang Cina di Perak memang memuji Nizar kerana tindakan pro-Cina beliau, walaupun Nizar ADUN PAS.
Lihat sahajalah tindakan orang bukan Melayu yang tanpa rasa hormat, ingin menyanggah titah Sultan. Karpal, ingin mengetuai tindakan menyaman Sultan Perak. Begitu juga Lim Kit Siang (MP Ipoh Timur, Perak) dan anaknya, Lim Guan Eng. Ketga-tiga mereka ini berasal dari negeri yang tiada beraja, dan mungkin mempunyai agenda ingin menjadikan Malaysia sebuah republik tanpa raja.
Sultan juga murka dengan Speaker Perak yang merupakan Speaker dari India yang pertama, dan tidak memperkenankan Speaker mengadap baginda.
Sultan Perak mempunyai pilihan untuk membenarkan pembubaran DUN Perak. Beliau juga arif dan tahu bahawa surat perletakan jawatan ADUN yang melompat parti tidak sah kerana ditandatangani tanpa tarikh, seperti yang telah ditetapkan di mahkamah dahulu. Baginda yang sangat arif dalam hal undang-undang telah memilih jalan untuk membenarkan kerajaan BN ditubuhkan di Perak. Baginda murka dengan tindak-tanduk DAP/PKR/PAS selama 10 bulan menguasai kerajaan Perak. Baginda murka apabila DAP hendak mencalonkan Ngeh sebagai MB sedangkan ADUN UMNO dan ADUN lain dari kalangan Melayu menguasai DUN Perak. Itulah hakikatnya.
Brader Anwar Bin Ibrahim yang telah memulakan kemelut ini terus bertindak seperti dajjal dengan menyuruh penyokong PR dari luar Perak untuk berkumpul di kediaman MB malam tadi, di masjid pada waktu sembahyang Jumaat dan seterusnya menghalang upucara angkat sumpah Zambry yang diperkenankan oleh Sultan Perak. Perlu ingat, Anwar juga berasal dari negeri yang tidak mempunyai Raja, dan beliau tidak berapa peduli dengan protokol sedia ada. Hakikatnya, sebab adanya Melayu seperti Anwar yang berperangai demikian, maka naik tocanglah orang bukan Melayu seperti Karpal berdua beranak, Lim berdua beranak, Hindraf dan lain-lain menunjukkan sentimen anti-Raja mereka.
Maka akan bergemalah lagi laungan Ketuanan Rakyat. Malangnya budak-budak Melayu pun ikut sama, tanpa memperdulikan agenda sebenarnya ialah menyanggah kedudukan Raja-Raja Melayu.
Kita berasa mual dan marah dengan iklim politik yang berkekalan kucar-kacir sejak pilihanraya umum bulan Mac 2008 yang lalu. Dalam masa keadaan ekonomi yang gawat ini, kita perlukan kestabilan politk dan kepimpinan yang kuat dan dapat meyatukan rakyat. Brader Anwar Bin Ibrahim harus disanggah kerana beliau berkekalan ingin membuat kacau untuk mencapai impian menjadi PM. Dalam masa yang sama, PM sedia ada masih keliru dan terus menjadi penonton kepada drama politik masa kini, seperti mana rakyat biasa. Malangnya, begitulah gaya kepimpinan beliau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam, satu posting yg panjang lebar dan menyeluruh. Saya juga mengulas perkara sama diblog saya> BERANIKAN HATI http://braveheart-blogger.blogspot.com
perbahkah terlintas di pemikiran kamu, apakah sbb semua kekecohan dan kekalautan ini berlaku??
sbbnya mudah sahaja..
apabila kita tak lagi menggigit dua perkara ini dgn gigi geraham, maka akn hancurlah kita satu persatu:-quran dan sunnah..
usah menuding jari ke situ dan ke sini..
tudinglah jari ke muka sendiri, cermin diri sendiri, fikirkan, renungkan, korek kembali di sudut kecil manakah letaknya Islam di hati kita????
entah-entah, apa yg berlaku skang nih adalah disebabkan Tuhan nk balas terhadap kelalaian kita pada-Nya..
wallahu'alam.
mahu tahu yg mana benar,yg mana salah??
jgn bmbang, mahkamah yg plg adil di akhirat kelak pasti meluahkan segala kebenaran..
NANTIKAN..
Post a Comment