Friday, February 20, 2009

Perceraian DiRaja yang menjadi bisikan

Jurublog telah mendengar khabar ini lebih dari dua minggu lepas. Walau bagaimanapun, Jurublog masih lagi menunggu agar blog-blog lain mengeluarkan cerita ini dahulu. Jurublog juga tidak mahu dibabitkan atas kesalahan kerana cuba mengada-adakan cerita, terutamanya kerana ia membatitkan keluarga DiRaja.

Adalah dikhabarkan bahawa baginda Sultan sebuah negeri telah melafazkan talak tiga ke atas Sultanah.

Peristiwa tersebut dikatakan berlaku ketika Sultanah telah pergi mengadap baginda Sultan yang sedang gering. Walau pun Jurublog dikhabarkan juga cerita disebalik lafaz talak tersebut, ianya mungkin agak sensitif buat masa ini.

Sekarang ini, pembesar negeri, termasuk Jabatan Agama, masih membincangkan perkara-perkara yang berkaitan yang peristiwa yang tersebut kerana ianya agak menggemparkan kerana melibatkan baginda Sultan.

Adakah perlu gambar-gambar Sultanah diturunkan daripada pejabat-pejabat kerajaan negeri? Perlukah diteruskan doa untuk Sultanah bersama-sama doa untuk keluarga DiRaja semasa khutbah Jumaat? Bagaimana pula protokol yang membatitkan Sultanah?

Mungkin tidak siapa yang berani untuk mengadap baginda Sultan untuk menyembahkan hal-hal yang berkaitan dengan peristiwa tersebut. Mungkin segala-galanya dikhabarkan melalui keluarga DiRaja atau Tengku Mahkota sendiri.

Walau bagaimana pun, Jurublog ingin merafak sembah ke atas baginda Sultan dan berdoa agar baginda cepat sembuh dari kegeringan dan semoga baginda kembali sihat seperti sediakala. Jurublog juga berdoa agar keluarga DiRaja tersebut dapat menghadapi peristiwa muram ini dengan tabah.

Dahulu, kita sering mendoakan semoga jodoh berkekalan sehingga ke anak cucu. Di zaman sekarang yang mana pada kebanyakannya umur semakin panjang, memang patutlah kita selalu berdoa agar jodoh kita berpanjangan sehingga ke akhir hayat.

Mungkin ada pembaca blog ini yang lebih mengetahui cerita sebenar.

7 comments:

add said...

Cakap pada pembesar negeri tu,,, sultan pun asyik gering je sekarang ni,,, tak payah turunkan gambar tu,,, sultanah pun lawa orangnya... cerita ni dekat dengan temasik kan..ops silap....????

Al-Yasar said...

Jodoh pertemuan di tangan Tuhan.
Mungkin jodoh baginda sudah habis?
Ini semua ketentuan Allah.

Unknown said...

tak pa..tuanku sultanah pun nampak baik lagi..kalau tuanku sultan tak mau..banyak orang lagi boleh beratuq..

Da Real Deal said...

DAH RUJUK BALIK. GAMBAR DAH NAIK BALIK. SEBAB TU AKU DARI MASA SEKOLAH DI LUAR NEGERI DULU HANYA LETAK GAMBAR RAJA SAHJA TANPA PERMAISURI. KESETIAAN KU HANYA KPD RAJA DAN NEGARA. BUKAN PD ISTERI BAGINDA2, DAN ISTERI2 PM ATAU TPM.

add said...

Rujuk balik? dengar gosip talak 1+1+1

Unknown said...

Talak tiga? Macamana Sultan nak rujuk?
Lepas ni tak mustahil kalau Mufti negeri tersebut akan bagi fatwa yang mengatakan Raja boleh rujuk walaupun talak tiga.

Alang Sepang said...

Semua hal telah selesai. Sultan dan Sultanah hidup bahagia. Tambah pula RMJ yg baru telah dipilih oleh Tuanku Sultan sendiri telah pun ditabalkan. Rakyat Johor jgn fikir bukan2. Doakan Baginda sekeluarga Sihat sejahtera.

DAULAT... TUANKU !!!