Monday, March 2, 2009

Nik Aziz mengikut kehendak kadok yang dah naik junjung

Ulama politik, Nik Aziz telah membuat dua kenyataan besar pada 1 Mac 2009 yang bertujuan untuk memperburukkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO. Jika diperhalusi, sekiranya kenyataan-kenyataan yang sama dikeluarkan oleh pemimpin UMNO, maka mulalah PAS dan PKR akan bertubi-tubi menyerang kenyataan tersebut.

Dalam kenyataan pertamanya, Nik Aziz telah “memperbenarkan” penggunaan Allah bagi bukan Islam. Maka dengan sendirinya, Nik Aziz tidak memperdulikan keluhan Ahli Parlimen PKR, Zulkifli Nordin yang telah mendedahkan niat jahat missionary Kristian yang bergerak aktif di Lembah Kelang yang meyebarkan risalah-risalah untuk memujuk golongan muda Melayu Islam untuk mendekati agama mereka.

Dalam kenyataan keduanya, Nik Aziz telah mengatakan bahawa terma bumiputera adalah berbentuk perkauman. Maka gembiralah ADUN DAP di Johor yang baru sahaja menyamakan Dasar Ekonomi Baru sebagai apartheid.

Begitulah perangai ulama politik. Perkara sebegitulah juga yang akan menjatuhkan Islam.

Dalam masa pihak-pihak yang anti-Melayu dan anti-Islam melaung-laungkan konsep kesama-rataan, masih ada orang Islam yang masih tidak sedar agenda sebenar golongan kafir harbi tersebut.

Dalam masa puak Hindraf yang mewakili tidak sampai 5% penduduk Malaysia sibuk membuat demontrasi dan hura-hara di negara ini, maka sibuklah juga hipokrit seperti Brader Anwar Bin Ibrahim menyokong puak pelampau tersebut. Hindraf mendakwa bahawa orang Melayu telah melakukan pembunuhan (genocide) terhadap kaum India di Malaysia.

Dalam masa keling Sikh bertindak biadap terhadap Raja-Raja Melayu, maka sibuklah juga kumpulan Erdogan PAS dalam bentuk Nizar cuba menonjolkan diri sebagai wakil Ketuanan Rakyat di Perak. PKR dan PAS masih buat-buat tidak sedar yang sokongan kaum bukan Melayu terhadap mereka hanyalah kerana PKR dan PAS ini telah mempermudahkan golongan bukan Melayu yang anti-Melayu untuk menyerang Raja-Raja Melayu dan dasar-dasar Kerajaan yang mempertahankan kedudukan kaum Melayu.

Maka mulalah puak-puak kafir harbi yang menguasai internet menggunakan kekuatan bilangan yang ada kepada mereka untuk menyokong kenyataan-kenyataan yang memperlekehkan Raja-Raja, memperlekehkan golongan bumiputera, memperlekehkan orang Islam, kerana mereka sudah pasti yang ada golongan cerdik-pandai di kalangan orang Melayu Islam yang hipokrit dan hanya merupakan ulama politik.

Dalam masa yang sama, UMNO pimpinan Pak Lah masih lagi tercari-cari formula tepat untuk menangkis asakan demi asakan daripada puak-puak bukan Islam yang makin melampau-lampau keceluparan mereka. Mana tidaknya, UMNO terpaksa berhadapan dengan hipokrit PKR dan ulama politik PAS yang sebangsa dengan mereka. Semakin sukarlah Melayu untuk mempertahankan ucapan keramat Panglima Hang Tuah supaya Tidak Melayu Hilang Di Dunia.

2 comments:

aiman said...

salahkah penganut kristian menyebarkn agama mereka dgn menggunakn nama Allah?
atau salah golongan muda yg tidak lagi dapat membzakn islam dgn kristian hanya d sbbkn nama Allah?
atau salah nik aziz dimana suara beliau di dgr sbg suara politik, bukannya sbg suara pewaris nabi?
atau salah bekas mufti perlis yg menyokong kenyataan nik aziz?
atau salah pemimpin negara yg tidak menitik berat pendidikan islam utk golongan muda yg kini leka dgn hiburan yg dianjur sndri oleh kerajaan?
salah siapa sbnrnya?

Jurublog said...

Ed,

Adalah menjadi kesalahan di Malaysia sekiranya penganut Kristian menyebarkan agama mereka kepada orang Islam. Sebab itulah kerajaan melarang penggunaan nama Allah di dalam terjemahan Bible.

Kita percaya tujuan utama paderi Kristian inginkan penggunaan Allah adalah untuk menarik lebih ramai budak muda Melayu yang lemah pegangan hidup mereka untuk menganut ugama Kristian.

Sebab itu Jurublog tidak bersetuju kenyataan Nik Aziz yang lebuh mencerminkan pendapat ulamak politik. Dengan kenyataan menyokong penggunaan Allah di dalam Bible, maka sibuklah media alternatif yang dikuasai orang bukan Islam memperbesarkan isu tersebut dan meneruskan agenda mereka untuk memperjuangkan ugama Kristian dengan merujuk kepada "persetujuan" Nik Aziz.