Sekali lagi Tun Dr Mahathir bercakap panjang lebar mengenai orang Melayu. Kali ini ucapan 100 perenggan Tun menyentuh mengenai keadaan semasa orang Melayu melalui kacamata beliau sendiri. Ucaptama Tun Dr Mahathir di Perhimpunan Pribumi Perkasa Negara boleh dibaca sepenuhnya di sini.
Ini adalah sedikit petikan ucaptama Tun Dr Mahathir:
“Berhadapan dengan tuduhan dan tohmahan ini Melayu sekarang tidak boleh mempertahankan diri, bahkan tidak boleh bercakap berkenaan dengan bangsa mereka tanpa dituduh sebagai racist.”
Dan ini adalah hasil ulasan yang keluar di media alternatif yang membuktikan kebenaran kata-kata TDM:
“Tun Dr Mahathir Mohamad played the race card today…”
Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani dari The Malaysian Insider
Baca sendiri komentar-komentar di The Malaysian Insider di sini.
Baca juga komentar-komentar di Malaysia Today di sini.
Baca Mahathir’s Racist Agenda dari stocktube.
Hampir kesemua komentar-komentar yang keluar menggambarkan ucapan TDM sebagai racist. Kita tidak tahu samada mereka membaca sepenuhnya ucapan tersebut, atau hanya kerana bencikan TDM, maka kesemua mereka terus sahaja mencaci apa-apa yang diperkatakan oleh TDM.
Malangnya, terdapat budak-budak Melayu yang terpengaruh dengan arus pemodenan dan tidak sedar bahawa bangsa bukan Melayu sebenarnya memandang rendah kepada orang seperti mereka itu. Sebetulnya, orang Cina memandang rendah kepada orang Melayu yang tidak berani mempertahankan kedudukan orang Melayu itu sendiri. Orang Cina bangga dengan orang Cina seperti DJZ yang bermati-matian memepertahankan nasib orang Cina. Orang Cina dan India bersyukur dengan kehadiran munafik seperti Brader Anwar Bin Ibrahim yang berani memperlekehkan golongan yang cuba mempertahankan hak-hak orang Melayu dengan slogan Ketuanan Melayu dengan menggantikannya dengan Ketuanan Rakyat.
Sebenarnya, di negara Malaysia ini, orang Melayulah yang paling bertolak ansur dan tidak racist berbanding dengan bangsa-bangsa lain. Jurublog telah membuat perbandingan tersebut dengan panjang lebar pada tahun lepas di sini.
Sekiranya orang Melayu yang merupakan majoriti masyarakat di Malaysia bersikap perkauman sepertimana orang Cina DJZ atau India Hindraf, maka telah lama tidak wujud sekolah Cina atau Tamil di Malaysia, dan kumpulan-kumpulan yang menebal sikap perkauman tersebut tidak akan wujud atau akan terus lenyap dari bumi ini.
Orang Melayu mesti terus berani bersuara untuk mempertahankan kedudukan orang Melayu di negara bertuah ini. Orang Melayu perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan pegangan akidah Islam yang jitu untuk membolehkan kita meningkatkan dengan kekuatan politik dan ekonomi yang semakin tiris sekarang ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Malam tadi keluar di berita TV3 ucapan Tun Mahathir di majlis yang dianjurkan oleh persatuan Perkasa. Nampaknya Mahathir akan diberi tempat semula di bawah pimpian DS Najib Nanti, yang akan menjadi kuda tua bagi memperkuatkan perjuangan orang-orang Melayu.
Saya nampak ucapannya itu hanya akan melebarkan jurang perkauman di negara ini. Dia tidak berpijak dibumi nyata. Dia mengatakan negara ini adalah hak peribumi negara ini iaitu orang Melayu. Tidakkah dia sedar, datuk dia sendiri pun berasal dari pendatang Negara India.
Bolehkah kita kata bahawa negara Singapura itu adalah hak peribumi negara itu iaitu orang Melayu. Undang-undang mana dia pakai?
UMNO dan RASUAH tidak dapat dipiasahkan.. Jika dipisahkan maka hancur lah UMNO!!! Anwar tidak memburukkan UMNO.. tapi menceritakan keburukan yg dibawa oleh UMNO.. UMNO pula tidak pernah cuba utk membersihkan atau menepis dakwaan PR.. kenapa? Kerana semua dakwaan PR adalah fakta dan bukannya AUTA!!!!!
PR kata UMNO PERASUAH.. berapa ramai Ahli UMNO disiasat kerana rasuah dan terbukti merasuah??? adakah itu AUTA ?? fikir2kan lah..
Post a Comment