Jurublog bukan ahli UMNO.
Dan dengan hanya 65% ketepatan ramalan yang dibuat oleh Jurublog mengenai barisan kepimpinan UMNO yang baru, ia menunjukkan bahawa pemikiran Jurublog tidak sehaluan dengan perwakilan UMNO yang diberi tanggungjawab untuk menentukan hala tuju parti yang menjadi harapan Jurublog.
Berikut adalah analisa Jurublog mengenai keputusan pemilihan tersebut:-
Timbalan Presiden UMNO (10 markah)
Muhyiddin Yassin vs Mike Tyson
Seperti yang dijangka oleh Jurublog, Muhyiddin telah menang. Ada banyak cakap-cakap yang menyatakan bahawa penyokong Ali Rustam akan beralih arah dengan menyokong Mike Tyson. Akhirnya, pilihan regu Najib Razak juga yang berjaya.
Naib Presiden UMNO (10 markah)
Hishammuddin Hussien
Seperti yang dijangkakan, telah menang. Sokongan padu daripada Pemuda UMNO serta yang pro-Najib.
Shafie Apdal
Juga dijangka menang kerana undi Sabah.
Zahid Hamidi vs Rais Yatim
Ramalan Jurublog salah. Rais Yatim adalah tokoh yang baik dan bijak berkata-kata mengenai hal undang-undang. Penerangan beliau mengenai isu Sultan Perak amat jelas dan mudah difahami orang kebanyakan.
Tetapi Zahid Hamidi menang mungkin kerana Najib telah berjaya memujuk beliau untuk jangan kacau daun dengan bertanding jawatan Timbalan Presiden menentang Muhyiddin. Akhirnya, makbul doa juga Zahid Hamidi di Padang Arafah semasa membuat haji. Harapnya beliau ada selitkan juga doa untuk kebahagiannya di akhirat nanti. Kalau tidak, rugi sahaja ibadat haji yang dibuat ...
Ketua Wanita (10 markah)
Shahrizat Jalil vs Rafidah Aziz
Telah dijangkakan Shahrizat akan menang, tetapi tidaklah sebanyak majoriti yang diberi. Rafidah sudah terlalu lama, dan tidak lagi menjadi pilihan Pak Lah atau Najib sebagai Menteri Kabinet.
Ketua Pemuda (0 markah)
Khairy Jamaluddin vs Mukhriz Mahathir
Orang yang mendapat jumlah pencalonan terbanyak telah mendapat undi yang paling rendah, dan orang yang mendapat pencalonan yang terendah telah mendapat undi yang paling tinggi. Dengan jurang undi yang agak besar, mengapa pula orang muda Pemuda UMNO mengambil masa berjam-jam untuk mengira undi? Lainlah perempuan-perempuan blonde Puteri UMNO yang bezaan undi pemenang kurang dari 10 undi. Kemenangan Khairy menunjukkan bahawa perwakilan Pemuda UMNO langsung tidak memperdulikan mandat pencalonan yang diberi oleh bahagian masing-masing. Mereka masih lagi hendak mengundi orang yang telah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin untuk mengetuai pergerakan mereka. Samada ada habuan wang telah diberi adalah satu hal lain. Tetapi, menidakkan mandat yang diberi oleh akar umbi adalah khianat. Jika inilah golongan Pemuda yang akhirnya akan menerajui pucuk pimpinan parti UMNO pada masa hadapan, maka hancurlah UMNO. Keputusan yang memihak kepada Khairy telah disambut baik oleh pembangkang kerana kehancuran UMNOlah yang menjadi matlamat mereka. Mungkin pada sudut hatinya, Pak Lah berkata bahawa agaknya Pak Lah patut teruskan hasrat beliau untuk berentap dengan Najib untuk jawatan Presiden, kerana mungkin Pak Lah boleh menang. Bolehlah anak-beranak jadi Presiden dan Ketua Pemuda pada suatu masa. Betul kata Pak Lah, Khairy memang bekerja keras untuk menang, sampai gunakan Seri Perdana sebagai markas meraih undi last minute semasa Pak Lah tiada di rumah.
Naib Ketua Pemuda (5 markah)
Razali Ibrahim vs Reezal Merican
Sesiapa yang menyokong Mukhriz dan Khir Toyo akan mengundi Razali Ibrahim. Hanya orang Khairy yang menyokong Reezal Merican.
Ahli Majlis Tertinggi (30 markah – hanya 15 dari 25 ramalan adalah tepat)
Yang menang seperti diramalkan
Husni Hanadzlah (Timbalan Menteri Kewangan di bawah Najib)
Latiff Ahmad (orang Johor yang pro-Muhyiddin)
Awang Adek Hussin (pandai ekonomi)
Idris Jusoh (masih popular di UMNO, walau pun Agong tak suka)
Tajuddin Rahman (kuat semangat Melayu)
Lajim Ukin (faktor Sabah)
Puad Zarkashi (selalu masuk TV3 kerana kuat debat di Parlimen)
Zulhasnan Rafique (wakil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
Shabery Cheek (berani debat dengan Anwar, dan lulus)
Noh Omar (boleh bagi permit pada perwakilan)
Mustapha Mohamed (bersih, cekap, amanah)
Bung Moktar Radin (faktor Sabah)
Musa Aman (faktor Sabah)
Mohd Zin Mohamed (ada kontrak Kementerian Kerja Raya untuk perwakilan)
Norraesah Mohamad (pandai ekonomi)
Yang diramal menang tapi kalah
Adnan Yaakob (bergaduh last minute pasal ramai orang Pahang kantoi disiplin)
Azimi Daim (badi keluar MHI TV3 pada hari pemilihan)
Syed Ali Al-Habshee (badi keluar MHI TV3 pada hari pemilihan)
Abdullah Md Zin (hanya berserah pada Tuhan, kurang kempen)
Sharir Samad (tidak sebulu dengan Muhyiddin)
Johari Baharum (badi sabotaj Mahathir)
Halimah Sadique (lawa, tapi pro-Rafidah, tidak dapat sokongan Wanita UMNO)
Mohamad Hasan (sibuk dengan Yang DiPertuan baru, tak sempat kempen)
Noraini Ahmad (graduan Puteri UMNO tidak mendapat sokongan Wanita UMNO)
Abdul Ghani Othman (tidak sebulu dengan Muhyiddin)
Yang menang di luar ramalan Jurublog
Azian Osman (Siapa dia ni? Aku tak kenal langsung ...)
Zainal Abidin Osman (Ni pun aku tak kenal)
Ismail Sabri Yaakob (ramai perwakilan minat AF, jadi guna taktik AFUNDI Dafi)
Shaziman Mansor (faktor KJ gamaknya)
Idris Haron (faktor KJ?)
Jamalaudin Jarjis (menang kerana faktor Najib, ada harapan jadi Menteri semula)
Saifuddin Abdullah (aku tak berapa kenal mamat ni)
Mahdzir Khalid (macamana boleh undi mamat ni? Sebab dialah Kedah jatuh pada PAS)
Hamzah Zainuddin (faktor FELCRA, ramai perwakilan luar bandar sokong)
Azeez Rahim (macamana Mat Rempit boleh menang, pakai duit KJ ker?)
Rumusan ringkas: Imam dah ready, Bilal dah iqamah. Tapi saf masih bengkok dan terlopong. Yang belum ambil air sembahyang pun ada. Entah-entah ada yang masih berhadas besar, dan belum mandi wajib.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Kj sentiasa berada dalam hadas besar, kejap tonggang,kejap tongging. kalau dulu kejap tongging dengan nori kejap dengan maya k@#$n.. lepas tu passing pada member pulak
Post a Comment