Wednesday, March 11, 2009

Raja Nazrin tegur PAS: Renungi kisah kebodohan Pak Kadok

Dalam kisah Melayu lama, Pak Kadok mempunyai ayam sabung yang hebat. Pada suatu hari, Pak Kadok pergi bersabung di gelanggang raja dengan bertaruhkan kampung halamannya. Apabila raja melihat kehebatan ayam sabung Pak Kadok, raja minta ianya ditukar dengan ayam kepunyaan raja. Pak Kadok terus bersetuju, kerana manakan tidak, sudahlah memiliki ayam kepunyaan raja, kalau menang bersabung, mungkin Pak Kadok boleh menjadi raja.

Maka berlakulah persabungan ayam-ayam tersebut. Maka dengan kehebatannya yang ada, ayam yang sebelum itu milik Pak Kadok pun menang. Maka bersoraklah Pak Kadok kerana fikirkan beliau telah menang, tanpa sedar bahawa ayam tersebut telah pun diserah milik kepada raja. Maka tergadailah kampung halaman Pak Kadok. Itulah kisah kebodohan Pak Kadok, yang menang sorak tapi kampung tergadai.

Itulah kisah yang ingin diperingatkan olah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin semalam.

Kisah tersebut memang telah berlaku semula baru-baru ini di Perak.

DAP yang cilik merupakan ketua (“raja”) sebenar pentadbiran di negeri Perak selepas Pilihanraya Umum ke 12 tempohari. Yang jadi Pak Kadok ialah Nizar dan orang PAS. Maka gembiralah yang amat sangat DAP apabila Nizar a.k.a. Pak Kadok memberi status tanah hakmilik kekal kepada orang Cina di Perak, walau pun ada peluang untuk mengekalkan pemberian tanah hakmilik semantara selama 99 tahun kepada golongan tersebut. Nizar a.k.a. Pak Kadok masih lagi bersorak-sorak keriangan di bawah pokok untuk berbual kosong dengan pengikut-pengikut DAP kerana fikirkan ia persidangan dewan undangan negeri, tanpa sedar bahawa DAP menyokong beliau kerana telah mendapat tanah hasil dari kebodohan Nizar sendiri. Nizar a.k.a. Pak Kadok masih lagi bersorak-sorak melambaikan tangan ketika berada di mahkamah untuk terus menyanggah keputusan Sultan Perak yang melantik orang lain menggantikan beliau sebagai Menteri Besar.

Dalam masa yang sama, PAS juga telah mengadakan beberapa siri ceramah penerangan mengenai isu di Perak. Maka di dalam ceramah yang diadakan, bersuaralah Nizar a.k.a. Pak Kadok yang cuba menegakkan benang yang basah. Apabila Nizar berkata, “Kita (PAS) telah memberikan hakmilik kekal tanah kepada orang Cina di Perak”, kenyataan tersebut telah disambut dengan pekikan takbir (Allahu Akbar!) oleh pengikut-pengikut PAS yang hadir tanda setuju. Sekali lagi, apabila Nizar menyambung hujahnya, “Salahkah kita (PAS) kerana memberikan tanah tersebut kepada orang Cina?”, maka bertakbirlah lagi pengikut-pengikut PAS yang hadir tanda setuju.

Cerita disebalik siri penerangan PAS yang di atas memang berlaku. Ianya berlaku di Kuala Lumpur. Yang hadir di dalam ceramah tersebut termasuklah pemimpin-pemimpin kanan PAS seperti Hadi dan Nik Aziz.

Jurublog amat terkejut dengan riaksi spontan pengikut-pengikut PAS yang suka bersorak bersetuju dengan tindakan bodoh Nizar tanpa menyedari akhirnya tanah Melayu kita sendiri yang tergadai. Mungkin PAS hanya mementingkan Islam dan bukan identiti Melayu. Tetapi mengapa perlu tunduk kepada permintaan orang bukan Islam sepertimana yang berlaku di Perak?

5 comments:

mahadett said...

Nizzar Pak Kadok zaman moden. Nizaar tu juga KADOK, kadok yang naik junjung. Lupa diri menumpang tuah orang.

anak posmen chemor said...

kadang kadang Raja Nazrin pun kene bace kisah tu sampai habis kan..sbb dlm kisah Pak Kadok ni,Pak Kadok kene tipu ngn Raja sendiri,Raja yang tukar ayam sabung ngn Pak Kadok..jadi kalau Pas jadi Pak Kadok,sapelah Raja yang menipunya kan..???

Jurublog said...

Sebab itu Jurublog ceritakan ... ketua (raja) sebenar dalam kisah Pak Kadok moden aka Nizar ialah Ngeh DAP. Nizar itu hanyalah mengikut telunjuk DAP, hingga tak sedar hak orang Melayu tergadai ...

HHunter said...

Dari segi moral cerita nih, bukannya cerita lucu Pak Kadok diPerbodoh-bodohkan raja. Ini cerita raja menipu rakyat biasa yang hanya memiliki ayam jaguh untuk nafkah hariannya.
Kalau Nazrin lebih selesa dengan kisah ini sebagai anak raja, apalah nasib semua rakyat dizaman anak bangsa yang terpelajar ini...

Akar Berumbi - Umno said...

Mungkin sentimen perkauman agak menonjol dalam isu ini. Tapi aku pun tak boleh terima pendirian PAS soal tanah ini. Siap bersorak lagi tuh...
Aku pun nak kongsi pengalaman pergi satu ceramah umum PAS beberapa tahun dahulu dimana seorang penceramah DAP menyatakan lebih kurang "Jika pada satu masa orang-orang Melayu membuat keputusan untuk mengangkat calon DAP menjadi Perdana Menteri, tidak ada salah dan cacatnya pendirian itu..kerana itulah KETUANAN MELAYU"..dan disambut dengan tepuk sorak pakcik-pakcik, adik-adik berkopiah bersetuju. Aduhai..kalau setiap minggu dengar kenyataan macam tuh dalam ceramah memang logik lah orang-orang PAS boleh "brainwashed" dibuatnya...so tak memeranjatkan mereka ini jadi Pak Kadok..sejak hari tuh aku tak pernah pergi ceramah PAS dah...buang masa jer..