Friday, March 6, 2009

Altantuya: "Saya ada anak" = "I am pregnant"?

Lost in translation. Atau mungkin disengajakan untuk menambahkan sensasi cerita?

Persoalan itu timbul apabila Jurublog membaca ”keterangan beramaran” Sirul Azhar yang didedahkan oleh Raja Petra di dalam laman web Malaysia Today.

Pada 5 Mac 2009, Malaysia Today telah menterjemahkan sebuah artikel yang diterbitkan di dalam bahasa Perancis di akhbar tabloid Liberation French bertarikh 5 Mac 2009. Artikel tersebut ditulis oleh Arnaud Dubus. (Nota: Mungkin satu kebetulan, tetapi nampak gayanya, Brader Anwar Bin Ibrahim dan konco-konco beliau seperti Petra agak gemar dengan perkataan ”dubur” atau perkataan yang seakan-akan bunyi yang sama).

Menurut kronologinya, Petra mendedahkan bahawa beliau telah menemui Dubus di Kuala Lumpur sebaik sahaja Petra dibebaskan dari tahanan ISA.

Dari segi kronologinya juga, artikel yang diterbitkan di Perancis pada 5 Mac 2009 mestilah telah mendapat suntingan yang dikehendakki oleh pihak-pihak yang berkepentingan di Malaysia (seperti Petra sendiri atau Brader Anwar Bin Ibrahim). Jika tidak, manakan pula artikel yang terbit pada hari yang sama di negara Perancis yang waktunya 7 jam di belakang Malaysia, terus mendapat perhatian di Malaysia dan mendapat terjemahan ke bahasa Inggeris pada hari yang sama, dan di beritakan juga di dalam sidang Parlimen yang berlangsung pada 5 Mac 2009.

Juga yang menjadi tandatanya, mengapa pula persoalan timbul mengenai pembabitan Najib di dalam kes Altantunya semata-mata kerana ianya di masukkan juga di dalam artikel tulisan Dubus tersebut?

Bukankah Dubus mendapat maklumat beliau daripada sumber yang sama, iaitu Petra sendiri? Dan Petra mengambil kesempatan daripada tulisan orang yang ketiga (Dubus) untuk membangkitkan cerita yang pada asalnya dibuat oleh beliau sendiri? Bukankah itu cara yang paling senang untuk melebarkan sesuatu fitnah, sepertimana yang diterangkan oleh Jurublog melalui Spreading Rumours 101?

Yang pastinya, Sirul Azhar ada berkata mengenai Razak di dalam ”kenyataan beramaran” tersebut. Tiada cerita mengenai Najib di dalam mana-mana bahagian ”kenyataan beramaran” tersebut. Hal Najib ”bergambar” dengan Razak dan Altantuya timbul di dalam artikel tulisan Dubus, yang berpandukan maklumat yang diterima oleh Dubus daripada Petra atau konco-konco Brader Anwar Bin Ibrahim yang memang ingin memburuk-burukkan bakal Perdana Menteri Malaysia selepas Pak Lah.

Pada Petra dan Anwar, sumpah Najib menafikan pembabitan beliau dengan Altantuya tidak boleh diterima pakai. Pada Petra dan Anwar, sumpah laknat Saiful Bukhari mengenai Sodomy II tidak boleh diterima.

Petra dan Anwar hanya boleh menerima akaun bersumpah yang boleh ditukar-tukar oleh orang yang mengaku membuat kenyataan tersebut.

Brader Anwar Bin Ibrahim sendiri sehingga kini, tidak berani membuat pengakuan secara jelas bahawa beliau tidak pernah melakukan sodomi ke atas sesiapa. Anwar hanya sentiasa berdalih dan membuat kenyataan melencong sekiranya di ”corner” soalan tersebut. Petra lebih tahu akan perangai budak-budak MCKK kerana beliau juga bersekolah di sana.

Yang pastinya, menurut ”kenyataan beramaran” Sirul Azhar, beliau menyebut seperti berikut:

”Setelah selesai kencing, dan beliau terlihat senjata yang saya pegang dan saya nampak beliau ketakutan, dan merayu agar jangan bunuh dia dan cakap dia ada anak.”

Memang Altantuya mempunyai anak kecil yang berada di Mongolia. Sirul Azhar tidak mengatakan bahawa Altantuya memberitahu bahawa beliau sedang mengandungkan anak.

In the caution statement, Sirul Azhar was quoted as saying that Altantuya said that she’s got a child. Sirul Azhar’s caution statement did not mention Altantuya as saying that she’s pregnant.

Kedua-dua cerita mengenai Altantuya dibunuh ketika mengandung dan Najib mengenali Altantuya dan pernah bergambar dengannya berasal daripada tulisan Petra yang terdahulu. Cerita itu di ulang-ulang di tempat lain dan akhirnya ditulis semula oleh Petra berdasarkan tulisan oleh orang ketiga yang membuat penyelidikan hasil dari tulisan Petra sendiri.

Sekiranya Petra benar-benar mereka-reka cerita-cerita tersebut, maka laknatlah dia. Kita hanya perlu bertindak agar tidak terus menyebarkan fitnah yang sama.

No comments: