Wednesday, December 3, 2008

Cadangan Mukhriz bagi Sistem Sekolah Satu Aliran adalah perlu dan baik untuk Bangsa Malaysia

Sejak kebelakangan ini, bangsa Cina dan India yang mendapat hak menjadi warganegara Malaysia kerana toleransi bangsa Melayu sebelum Merdeka, telah tidak putus-putus membincangkan dan menyemarakkan perdebatan secara terbuka mengenai hak-hak Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.

Bangsa Cina dan India sejak kebelakangan ini juga sibuk ingin menjayakan Bangsa Malaysia.

Jurublog telah menghujahkan secara panjang lebar bahawa sebenarnya bangsa Melayu merupakan bangsa yang paling bertoleransi di Malaysia. Lihat tulisan Jurublog pada 24 November 2008 yang bertajuk “Let’s face the fact: Malays are the least racist of them all”.

Dalam tulisan tersebut Jurublog telah menghujahkan seperti berikut:-

“The Chinese and the Indians are crying for a Bangsa Malaysia. In order for us to achieve that, we should firstly abandon the Chinese and Indian schools, and settle with National school in which all the major languages are taught.”

Jadi, apabila Mukhriz membahaskan di Parlimen supaya sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil dijadikan sekolah pendidikan nasional, Jurublog beranggapan bahawa cadangan tersebut adalah wajar bagi mengurangkan polarisasi kaum.

Pelajar-pelajar Cina yang bersekolah di sekolah jenis kebangsaan Cina selalunya terus berpuak-puak di alam pekerjaan mereka. Mereka akan berbincang bersama, makan bersama seolah-olah wujud kem sekolah Cina di syarikat-syarikat di mana mereka bekerja. Mereka juga akan bertutur dalam bahasa Cina sesama mereka walau pun di hadapan pegawai atasan mereka yang berbangsa Melayu atau India.

(Dalam hal ini Jurublog perlu membuat rumusan tinjauan bahawa Jurublog tidak pernah pula terserempak dengan pelajar-pelajar India yang bersekolah di sekolah kebangsaan Tamil yang berpuak-puak di pejabat, atau berbual dalam bahasa Tamil di pejabat. Mungkin bangsa India lebih menghormati bangsa lain di pejabat atau mereka mempunyai inferiority complex dan malu bercakap bahasa ibunda mereka di pejabat di hadapan bangsa lain)

DAP, MCA dan Gerakan yang sibuk ingin memperjuangkan bangsa Malaysia sepatutnya menerima baik cadangan untuk mewujudkan Sistem Sekolah Satu Aliran ini. MIC dan PPP sepatutnya menyokong cadangan tersebut untuk membolehkan lebih ramai pelajar-pelajar India yang cemerlang di alam pekerjaan.

Mengapa pula bangsa Malaysia perlu bersekolah di tiga aliran sekolah yang berlainan? Tidak bolehkan bangsa Malaysia bersekolah di tempat yang sama, dan belajar bersama bahasa Melayu, Cina dan India mengikut kesesuaian dan kecenderungan masing-masing? Apa salahnya pelajar Melayu belajar bahasa Cina dan India di Sekolah Satu Aliran itu nanti? Bukankah jauh lebih baik jika anak-anak bangsa Malaysia mampu bercakap petah di dalam empat bahasa: Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris?

Mengapa puak-puak yang inginkan bangsa Malaysia masih ingin menjaja polarisasi kaum? Adakah mereka takut kehilangan undi dari kalangan bangsa mereka kerana Bangsa Malaysia tidak lagi akan mengundi mengikut kaum tetapi mengikut kelayakan wakil rakyat masing-masing? Bukan itulah yang dihajati oleh mereka?

Pada pendapat Jurublog, Mukhriz berjaya berfikir di luar kotak (thinking outside the box) ketika menyarankan Sistem Sekolah Satu Aliran. Ong Tee Keat lah yang masih lagi berfikir di dalam kepompong perkauman Cina.

Tetapi, Jurublog merasakan bahawa pendapat Mukhriz tidak akan disokong penuh oleh media perdana. Media perdana akan memperbesar-besarkan hentaman kaum Cina dan India terhadap cadangan Sistem Sekolah Satu Aliran yang dicadangkan oleh Mukhriz. Pak Lah pula akan membuat kenyataan untuk menjamin kewujudan sekolah Cina dan India. Khairy akan hanya tersenyum melihat Mukhriz dihentam teruk dari pelbagai sudut.

Walaupun telah diperjelaskan oleh Mukhriz di Parlimen bahawa beliau tidak mengusulkan penutupan sekolah Cina dan Tamil, DAP akan tetap menggambarkan bahawa Mukhriz telah bersalah kerana menghasut. Baca sahaja Hansard Parlimen pada 1 Disember 2008 di bawah ini:-

Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun]: Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang untuk membahas, saya bangkitkan Butiran 080000, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, negara Malaysia kita ini adalah sebuah negara yang aman, dan ianya mempunyai satu rekod yang cukup cemerlang dalam soal ini sehinggakan kita dikenali sebagai, dengan izin, ‘beacon of hope’ di dalam dunia yang sentiasa bergolak ini, Tuan Pengerusi tidak banyak contoh-contoh yang baik yang boleh diteladani kalau kita lihat di sekitar dunia ini.

Malaysia sentiasa dilihat sebagai negara yang majmuk yang berbilang kaum yang telah dapat mewujudkan satu kestabilan politik di atas mana ekonomi kita dapat tumbuh dengan pesat dan ini adalah kejayaan rakyatnya yang dipimpin oleh pemimpin –pemimpin yang berwibawa, yang mempunyai wawasan, yang memahami jiwa, aspirasi dan cita-cita rakyat, secara keseluruhannya.

Bukan hanya satu-satu kaum sahaja, tetapi semua kaum, dan inilah yang dikagumi oleh warga dunia kerana kita lihat di banyak negara-negara yang lain, apabila ada golongan majoriti yang kedudukan ekonominya terjejas berbandingkan dengan kaum-kaum yang lain, maka wujudlah satu suasana yang tidak membenarkan ekonomi negara tersebut tumbuh dengan pada tahap yang dikehendaki, tetapi di Malaysia, Tuan Pengerusi, kita mewujudkan ruang yang seluas-luasnya, peluang sentiasa ada untuk setiap warga kita mencari nafkah dengan cara yang halal dan sudah tentu yang membantu negara kita membangun dengan begitu pesat sehingga menjadi Harimau Asia pada satu ketika yang dahulu.

Kita kebelakangan ini dengar mengenai pelbagai isu-isu yang berkait dengan perkauman, walaupun ini timbul tetapi pada hemat saya Tuan Pengerusi, negara kita ini masih hebat walaupun pada satu ketika dahulu ada negara-negara barat yang mengatakan bahawa negara Malaysia ini tidak akan berjaya untuk dipimpin oleh orang kita sendiri iaitu rakyat Malaysia kerana kepelbagaian, kerana dengan izin, multi ethnicity kita, kerana agama yang begitu banyak yang dianuti oleh rakyatnya dan macam-macam lagi alasan yang digunakan bahawasanya negara kita ini hanya menanti-nanti saat dan ketika untuk meletup.

Akan tetapi kita telah berjaya mentadbir negara kita ini dengan sokongan rakyat yang majoriti dengan begitu baik sehinggakan kita dapat elak sebarang masalah dan hingga kita ini menjadi negara yang dianggap kalau tidak silap saya ke-18 paling global di dunia ini. Kita sebuah negara yang boleh berdagang dengan semua negara-negara lain dan itu yang meletakkan kita lebih tinggi daripada negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan pada tahun yang sama iaitu pada tahun 1957. Apabila dipersoalkan dan dipertikaikan, isu-isu yang dianggap sensitif oleh kaum-kaum di dalam Malaysia ini khususnya kaum Melayu, saya lihat ini sebagai satu perkara yang tidak bijak kerana ia secara langsung akan meleraikan dengan izin social fabric yang sedia wujud di dalam negara kita ini. Saya lihat setakat ini daya yang menyatupadukan kita di dalam negara kita ini masih kuat berbanding dengan daya-daya yang cuba memecahbelahkan kita. Oleh itu apabila dibangkitkan Ketuanan Melayu dan sekali gus juga menyentuh mengenai perpaduan.

Saya rasa ini satu perkara yang ganjil dan oleh itu sebentar tadi saya telah mengeluarkan kenyataan bahawa untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum ini, perlulah bermula di peringkat sekolah lagi. Makanya saya mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan seperti yang dilaksanakan di kebanyakan negara-negara di dunia ini. Pada hemat saya lebih kurang 99% agaknya negara di dunia ini di mana mereka menggunakan cuma satu sistem sahaja di dalam sistem pendidikan mereka dan tidak banyak sistem kerana apabila terlampau banyak sistem yang berbeza-beza ini, sudah tentu akan melahirkan perbezaan antara kaum dan ini yang kita cuba elak-elakkan.

Malah pihak pembangkang mahupun di pihak Barisan Nasional sekalipun selalu menyentuh mengenai peri pentingnya kita bersatu padu, peri pentingnya kita ada sifat perpaduan yang kuat supaya dapat kita bersaing dengan bangsa-bangsa yang lain di seluruh dunia ini sehinggakan duduk dan berdirinya kita ini sama rendah dan sama tinggi dengan kaum-kaum di seluruh dunia. Satu cadangan yang telah saya buat ialah supaya sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil....

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Penjelasan. Saya tahu apa Yang Berhormat Jerlun akan kata bahawa oleh kerana dia ada ulangi di luar dan saya mahu mengingati Yang Berhormat Jerlun ialah dalam perkara ini apa yang dia berkata dalam Dewan ini dia tidak ada apa-apa kekebalan, tidak ada apa-apa unity oleh kerana beliau akan terus mencadangkan penutupan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Ini sudah melanggar sensitive issue yang termaktub dalam Perlembagaan empat perkara yang tidak boleh disoalkan, tidak boleh diragui dan kalau dibuat dalam Parlimen pun, seorang Ahli Parlimen yang bersabit hasutan dan akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan lima tahun tidak boleh menyertai ambil bahagian dalam apa-apa election. Dalam perkara ini tidak kira apa sebabnya baik tidak baik, tetapi inilah undang-undang dan untuk mengingatkan Yang Berhormat Jerlun dalam perkara ini supaya berhati-hatilah, hati baik saya.

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun]: Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur di atas peringatan tersebut. saya menghormati beliau sebagai orang lama dalam Dewan yang mulia ini dan saya ini belum sampai setahun jagung lagi menjadi wakil rakyat tetapi pada waktu yang sama ingin saya perjelaskan kerana diberi peluang untuk menyatakan bahawa saya tidak pernah menyatakan bahawa atau mencadangkan supaya sekolah-sekolah jenis kebangsaan ini ditutup.

Saya sebenarnya dimaklumkan oleh pembantu saya sebentar tadi mengenai kenyataan Yang Berhormat Ipoh Timur yang sebenarnya mengejutkan saya kerana seingat saya dan apabila saya lihat dalam laman web, laman-laman berita, jelas terbukti bahawa saya tidak pernah pun mengeluarkan sebarang ungkapan mencadangkan supaya sekolah-sekolah jenis kebangsaan ini ditutup. Jadi oleh itu saya minta supaya orang lama kita Yang Berhormat Ipoh Timur tidak memutarbelitkan apa yang telah saya katakan sebelum ini dan saya benar-benar
faham apa yang dianggap sebagai hasutan dan apa yang tidak menghasut.

Pada waktu yang sama saya ingin mengambil peluang ini untuk menjelaskan bahawa apa yang telah saya cadangkan ialah biarlah kita menggunakan cuma satu sistem seperti mana yang digunakan oleh kebanyakan negara malah 99% daripada negara-negara di seluruh dunia...

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Penjelasan. Saya tidak mahu memutar belitkan seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jerlun. Akan tetapi inilah sebagai contohnya Star Online, “Mukhriz - scraps vernacular schools”. Hapuskan sekolah-sekolah Tionghoa sekolahsekolah vernacular dan ini pun dalam online web yang...

Dato' Ismail Kasim [Arau]: Tuan Pengerusi, kenyataan akhbar tidak boleh dijadikan rujukan.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Bukan, dia ada kata check website. Yang Berhormat kata tidak pernah, tetapi website ada. Sebab itu bukan saya memutarbelitkan tetapi saya buat dengan hati baik saya bukan untuk mahu Yang Berhormat jatuh terperangkap, tetapi supaya tahu apa yang berlaku.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee: Yang Berhormat Jerlun sedang memperjelaskan kenyataan yang keluar di akhbar Yang Berhormat. Kita dengar dan perhatikan penjelasan beliau.

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun]: Terima kasih Tuan Pengerusi. saya bimbang sekiranya Yang Berhormat Ipoh Timur sentiasa dengan izin, jump into conclusion tanpa usul periksa mengenai kenyataan-kenyataan yang dibuat orang-orang seperti kita ini di Parlimen mahupun di luar Parlimen, lebih-lebih lagi menyentuh isu-isu yang begitu sensitif. Kalau dibaca teks kenyataan walaupun yang dilaporkan oleh Star Online itu kita akan dapati bahawa apa kandungan laporan tersebut berbeza dengan tajuk yang diletakkan di paling atas. Ini malangnya seperti yang telah disentuh oleh Yang Berhormat Pasir Salak tadi. Antara perkara-perkara ataupun taktiklah mungkin yang dilakukan oleh pihak media yang kadang-kadang itu
mengelirukan kita.

Saya tidak tahu, saya tidak boleh kata dengan jelas bahawa ada sebarang niat yang kurang baik oleh pihak media tetapi seperti yang telah terbukti dengan kenyataan Yang Berhormat Ipoh Timur, rupa-rupanya ada salah tafsiran yang dibuat oleh pelbagai pihak termasuk Yang Berhormat Ipoh Timur. Jadi itu sebabnya saya fikir terpanggil untuk saya untuk menjelaskan apa yang sebenarnya supaya tidak ada salah faham. Sebab yang kita lakukan di sini Yang Berhormat dan juga Tuan Pengerusi di Dewan yang mulia ini semata-mata untuk kebaikan negara dan tidak sekali-kali untuk memecahbelahkan di antara kaum di negara yang
berbilang kaum.

Dr. M. Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]: Penjelasan. Saya hendak tanya antara sistem schooling yang berbeza dan juga kaedah kita di mana kita mendefinisikan semua orang sebagai kaum ini, kaum itu. Antara dua ini yang mana wujudkan perasaan perkauman, yang mana menghakiskan perasaan perpaduan. Saya boleh terima pada satu masa mungkin perlu untuk membangunkan satu masyarakat yang ketinggalan mungkin perlu tetapi pada...

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, gulung Yang Berhormat, singkatkan Yang Berhormat.

Dr. M. Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]: Ya, tetapi pada tanggapan bolehkah kita buat perpaduan negara ini tanpa kurangkan definisi seseorang sebagai Melayu, Cina, India, Kadazan. Itu soalannya.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ringkaskan respons Yang Berhormat.

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun]: Saya akan respons dengan cepat sebab ini bukannya amalan cuma di Malaysia sahaja, di seluruh dunia pun ada amalan di mana orangorang tertentu, kaum-kaum tertentu diberi nama Hispanic, Caucasian dan sebagainya. Jadi kalau itu pun diamalkan di Malaysia saya ingat itu bukan ganjil dan ia tidak secara langsung mengakibatkan satu perbezaan yang begitu ketara di antara kaum di Malaysia kita ini tetapi apa yang saya hendak teruskan ialah sebagai...

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, habiskan Yang Berhormat.

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun]: Ya, insya-Allah. Bahawa kalau kita boleh wujudkan satu sistem persekolahan menggunakan Bahasa Melayu sebagai perantaraannya saya cadangkan supaya Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil yang kita anggap sebagi bahasa-bahasa yang penting diwajibkan kepada masyarakat Cina dan India di dalam negara kita ini dan sebagai mata pelajaran optional pada kaum-kaum lain termasuk kaum Melayu dan itu sebabnya saya rasa tidak seditious ataupun berunsur hasutan apa yang telah saya nyatakan di luar Parlimen dan itu sebabnya saya sanggup untuk mengulangi apa yang telah saya nyatakan tadi di dalam Dewan yang mulia ini, itu sahaja terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya rasa cukuplah perbahasan untuk kementerian ini sudah 15 orang berbahas dan saya akan menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab selepas sesi soal jawab esok.

2 comments:

balan said...

Agreed, Please see my opinion,

http://balankumarpremakumaran.blogspot.com/

awangsoh said...

Orang Malaysia masih belum dapat menjiwai bangsanya lagi. Sebab mereka masih abaikan bahasa kebangsaannya dari segi etika dan estetikanya.

Senario ini untuk dibanding dengan bangsa luar: Penyambut tetamu di Perancis ditanya dalam bahasa Inggeris, dia tidak mahu menjawab pertanyaan tersebut, sebaliknya berkata dalam bahasa Perancis dengan penuh bangga: saudara berada di Paris, sesungguhnya saya berasa sangat dihormati jika saudara dapat bercakap dalam bahasa Perancis.

Fikir-fikirkanlah akan bangsa kita yang mengaku orang Malaysia tetapi tidak mahu berbahasa Melayu. Karut, kalau mereka katakan mereka tidak pinggirkan bahasa Melayu.

Perancis juga terdiri daripada pelbagai bangsa.