Friday, January 16, 2009

PAS memang telah jangka akan menang, maka PR ambil kesempatan

Jika diperhatikan laman sesawang (website) dan blog-blog yang menyokong Pakatan Rakyat, kita dapat simpulkan bahawa Brader Anwar Bin Ibrahim dan konco-konconya amat yakin akan kemenangan calon PAS di kawasan Parlimen P36 Kuala Terengganu esok.

Brader Anwar Bin Ibrahim memang amat licik perang sarafnya. Dengan berpandukan keyakinan PAS bahawa mereka yakin calon PAS akan menang selesa, Anwar telah menggerakkan kempen untuk meletakkan pertandingan kali ini sebagai testimoni rakyat terhadap pimpinan Najib yang akan menerajui UMNO dan Barisan Nasional selepas pengunduran Pak Lah nanti.

Jurublog pun yakin bahawa PAS akan menang selesa di Kuala Terengganu. Tiga dari empat ADUN di kawasan Parlimen P36 KT adalah dikuasai PAS, sementara satu lagi di sandang oleh ADUN dari MCA. Sekiranya undi Cina memihak kepada PAS (sepertimana yang dijangkakan), maka akan kalahlah calon BN.

Punca kemungkinan kekalahan BN dimulai dengan pemilihan Wan Farid yang sombong sebagai calon UMNO. Wan Farid dikatakan mendapat sokongan KJ dan adalah calon Pak Lah. Wan Farid memang terkenal sombongnya, hinggakan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said terpaksa beberapa kali membuat kiasan beralas menegenai perangai Wan Farid ketika diminta memberi komen tentang unjuran keputusan pilihanraya kecil kali ini.

Blog-blog yang cenderung dengan Pakatan Rakyat sibuk mengaitkan keputusan PRK kali ini sebagai testimnoni terhadap kepimpinan Najib. Mereka juga menggunakan kesempatan ini untuk mengaitkan sokongan pengundi Cina terhadap PAS sebagai bantahan terhadap kenyataan Mukhriz mengenai Sistem Sekolah Satu Aliran yang dianggap perkauman (kerana ini memungkinkan permansuhan sekolah-sekolah Cina). Najib akan mengetuai Barisan Nasional nanti, sementara Mukhriz pula mendapat pencalonan terbanyak bagi kerusi Ketua Pemuda UMNO.

Dengan meletakkkan sebab keputusan PRK kali ini kepada Najib (dan kemungkinannya Mukhriz), maka Brader Anwar Bin Ibrahim dan konco-konconya dengan gembira sekiranya PAS menang dan calon UMNO kalah kali ini. Inilah taktik "forward attack" yang selalu digunakan oleh Anwar.

Pada Jurublog, keputusan PRK kali ini tidak akan merubah apa-apa. Ianya juga bukan testimoni kepimpinan Najib, mahupun Mukhriz atau pun mana-mana individu.

Kuala Terengganu memang lubuk PAS, jika dikirakan dari kacamata pengundi Melayu. Hanya pengundi Cina sahaja yang akan menentukan kecendurangan pihak yang akan menang.

Sebab itulah Nik Aziz dan Anwar sanggup makan di restoran Cina yang menghidangkan babi dan arak semata-mata untum memastikan undi dari pengundi Cina. (Perlu diberitahu bahawa Nik Aziz dan Anwar tidak makan makanan dari restoran tersebut, dan dihidangkan makanan halal dari sumber restoran lain).

Najib dan UMNO banyak menaburkan wang bagi kempen PRK kali ini, tetapi tidak keterlaluan sekiranya dibandingkan dengan PRK yang lain. Mereka juga tahu akan kemungkinan keputusan yang tidak memihak kepada UMNO.

Cuma kesimpulan yang Jurublog ingin buat ialah pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu ini memang aman dan tenang kerana ianya pertandingan di antara UMNO dan PAS. UMNO dan PAS berkempen secara professional.

Sebaliknya, sekiranya pertandingan ini melibatkan calon PKR, maka kempen melampau ala hooligan akan diterjemahkan oleh Brader Anwar Bin Ibrahim dan konco-konco beliau. Itulah yang berlaku di Permatang Pauh. Itulah juga yang berlaku di Ijok. Dan itulah yang berlaku di mana-mana sahaja kempen yang melibatkan PKR. Pemimpin dan penyokong PKR memang tidak berdisplin. Dan mereka masih sentiasa mempersalahkan orang lain (dengan meletakan kesalahan kepada UMNO atau barisan Nasional) sekiranya berlaku kekecohan.

4 comments:

SHAMIL said...

HAHAHHAHAHHAHA...Blog Penipu !! sbb tu org BN pon xnak bkk blog kau... wei baik ko tutup je blog ni, spe yg nak caya??? TUn Mahathir pon geli nak baca blog kau... Penipu !! hahahahahah DASAR CINTA AKAN BN !

hairul7 said...

syok sendiri punya blok,media gerombolan sblm pilihanraya punyalah yakin BN menang tapi dah lepas kalah,kata dah jangka kalah apalah punya media perdana,serupa ni punya blok tulis ikut suka kepala lutut dia je,tak pakai otak,maklumlah sindrom denial masih menebal,abis2 dok kata anwar,he..he.. bagus gak ada blog camni,lagi cepatlah BN tenggelam

Jurublog said...

Perlu diingatkan bahawa Jurublog bukan ahli UMNO.

Jurublog juga neutral terhadap PAS, tetapi tidak bersetuju dengan tindakan PAS bersekongkol dengan PKR dan DAP.

Jika dibaca komen Jurublog tempohari, Jurublog ada mengatakan bahawa KT bukan penentu Barisan Nasional kalah atau Pakatan Rakyat menang. Sentimen ketika itu memang memihak kepada PAS untuk menang.

Itulah sebabnya media dan blog yang menyokong PR cepat mengaitkan keputusan (kekalahan) BN di KT dengan kepimpinan Najib. Ianya berterusan hari ini. Baca sahajalah Malaysiakini dan Malaysian Insider.

Media perdana (NST dll) memang masih dalam denial syndrome.

hairul7 said...

apa2 pun kita sesama melayu jgn dok extream sgt dlm berbalah pendapat dan berpolitik,apa yg penting tak kira PR atau BN,hasilnya masyarakat malaysia termasuk melayu jua akhirnya terbela.yg mesti mendapat untung adalah rakyat bawahan bukanya pimpinan politik mana2 pun.saya nak minta termasuk saya sendiri agar jgn terlalu mengutuk mana2 pihak yg bukan di pihak kita semata keran mereka tidak bersama kita atau lawan kita.saya juga minta maaf atas komen saya(yg brlebihn) sebelum ini kpd jurublog. bersatu kita teguh bercerai kita roboh,insafilah apa yg terjadi di gaza,bukanlah musuh kita tu gagah sgt ttp kita yg berpecah belah