Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi berasal dari Pulau Pinang. Beliau merupakan Ahli Parlimen Kepala Batas, yang berada di bawah permerintahan Pulau Pinang.
Ini merupakan kali pertama negeri di mana letaknya kawasan Parlimen seorang Perdana Menteri diperintah oleh pembangkang.
Ketua Pembangkang, Brader Anwar Bin Ibrahim juga berasal dari Pulau Pinang. Anwar merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Ini pula merupakan kali pertama kedua-dua Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang berasal dari negeri yang sama.
Setelah sekian lama, Ketua Menteri Pulau Pinang terdiri daripada kaum Cina. Hari ini, pengundi-pengundi Kepala Batas dan Permatang Pauh bertuankan Ketua Menteri yang sebenarnya bukan berasal dari Pulau Pinang.
Kaum Cina merupakan ”deal maker” di Pulau Pinang. Sebelum pilihanraya bulan Mac 2008, mereka memastikan bahawa Gerakan dan MCA yang bergabung dengan UMNO mendapat undi yang cukup untuk memerintah kerajaan negeri. Pada kali ini, dengan sentimen anti-Barisan Nasional yang menebal, Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Sudah tentu, kaum Cina masih lagi kekal menerajui tampuk pemerintahan kerajaan negeri.
Orang Cina yang menguasai ekonomi dan politik Pulau Pinang akan terus memastikan mereka juga memegang jawatan Ketua Menteri. Mereka berlagak seperti Singapura di dalam negera Malaysia. Mereka seolah-olah tidak akan melepaskan jawatan tersebut kepada kaum lain.
Semasa era pemerintahan Barisan Nasional, UMNO merupakan ”pressure group” di dalam kerajaan negeri yang memastikan kepentingan orang Melayu tidak terabai di negeri tersebut. Pegawai-pegawai kerajaan negeri kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu. Tambahan pula, tampuk pemerintahan negara diketuai oleh Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO dapat memastikan agenda Melayu dapat dilaksanakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.
Walau pun demikian, semasa pemerintahan Barisan Nasional di Pulau Pinang, kaum lain masih mendapatkan perhatian. Tetapi kita tetap terdengar bahawa orang Melayu di Pulau Pinang sebenarnya agak terpinggir dari segi ekonomi dan pemilikan hartanah. Mungkin Pak Lah dan Anwar tidak tahu hal ini kerana mereka kaya dan mempunyai hartanah sendiri di sana.
Saya sekarang ini terdengar dari rakan-rakan pemberita bahawa keadaan di Pulau Pinang semakin parah sejak DAP memegang tampuk pemerintahan negeri. Agenda politik Cina amat membara dan menyerlah. Kebanyakan kontrak yang berdasarkan meritokrasi akhirnya bergolek ke tangan kaum Cina.
Hampir kesemua berita mengenai kerajaan negeri Pulau Pinang hanya didedahkan kepada suratkhabar berbahasa Cina. Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times sudah tentu di tolak tepi kerana memang memihak kepada kerajaan pusat Barisan Nasional. Suratkhabar The Star juga dikatakan tidak diberi keutamaan untuk mendapat berita dari kerajaan negeri.
Inilah ”preview” era pemerintahan Pakatan Rakyat. Tiada lagi kebebasan akhbar. Kebebasan akhbar bagi mereka hanya bererti mengeluarkan berita yang memihak kepada Pakatan Rakyat. Bagi menutup suara akhbar yang menceritakan keburukan mereka, ancaman tindakan mahkamah dan saman dikeluarkan. Pada mereka, pihak polis adalah tidak boleh dipercayai. Mana tidaknya, ramai sangat tangkapan dari kalangan pembangkang gamaknya. Pada mereka, badan kehakiman tidak bebas. Hakim hanyalah bebas dan berani bersuara sekiranya hakim tersebut mengeluarkan penghakiman yang memihak kepada pembangkang.
PKR dan PAS hanya termanggu dengan permainan DAP. Anwar hanya berangan ingin menjadi Perdana Menteri. Tidak kisahlah jika Permatang Pauh dan orang Melayu Pulau Pinang terus ketinggalan dan diperkotak katikkan oleh DAP. PAS pula sudah menghalalkan gabungan dengan parti yang tebal kebencian mereka terhadap proses Islam.
Saya berpendapat bahawa orang Melayu perlu bangkit semula dan bersatu supaya tidak di persendakan. Agenda politik Anwar amat sempit dan membahayakan masa depan orang Melayu. Anwar perlu ditolak. PAS memerlukan suara-suara seperti Nik Aziz, dan bukan Hadi Awang yang seronok mengkafirkan orang UMNO dahulu. UMNO pula perlu pembersihan menyeluruh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment