Kadangkala Jurublog melayari laman sesawang (website) anwaribrahimblog.com. Tujuan Jurublog adalah untuk mengetahui rhetorik-rhetorik baru beliau mengenai isu semasa.
Sebagai seorang yang selalu tidak bersependapat dengan tindakan dan rhetorik Anwar, kadangkala Jurublog cuba untuk membuat komen melalui website tersebut.
Komen Jurublog selalunya menjurus kepada apa yang Jurublog fikir kerosakan yang telah Anwar lakukan terhadap masa depan orang Melayu dan Malaysia pada amnya.
Mungkin Anwar tidak pernah membaca komen-komen Jurublog. Dia hanya membiarkan balaci-balaci yang mengendalikan website tersebut untuk membuat penapisan.
Beliau tidak seperti Mahathir yang ”hands-on” dan membaca/ meluluskan komen-komen yang dihantar oleh pembaca chedet.com, walau pun kadangkala pendapat-pendapat tersebut bercanggah dengan pendapat Mahathir sendiri.
Anwar hanya pandai bercakap tetapi tidak pandai mengendali.
Balaci-balaci Anwar hanya menyiarkan komen-komen yang memuji Anwar. Komen-komen yang tidak bersependapat dengan Anwar samada tidak disiarkan, atau mendapat kutukan-kutukan bodoh daripada balaci-balaci Anwar yang sering mengunjungi website tersebut.
Begitulah kebebasan bersuara yang diterajui oleh Anwar. Akhirnya Anwar akan jadi seperti Pak Lah yang sentiasa ingin mendengar pendapat yang menyanjung beliau, dan tidak menghiraukan pandangan dari pihak yang lain. Seperti mana Pak Lah mengendalikan hal ehwal negara dengan tidak berkesan, begitulah Anwar mengendalikan pembangkang. Hancurlah negara jika pembangkang mengambilalih tampuk pemerintahan negara.
Perkara yang sama telah berlaku kepada Jurublog apabila Jurublog cuba menjadi ahli Malaysia Todayyang sepatutnya akan membolehkan Jurublog membuat komen di dalam website tersebut. Sepertimana kebebasan bersuara Jurublog disekat oleh anwaribrahimblog.com, begitulah juga amalan yang diguna pakai oleh Malaysia Today. Mereka menolak permohonan Jurublog untuk mengulas di website Malaysia Today. Sebab itulah hanya komen-komen yang mengutuk kerajaan sahaja yang tersiar di laman-laman pembangkang. Pembangkang di Malaysia tidak dapat bertolak ansur dengan ”voice of dissent” yang tidak memihak kepada mereka. Sebab itulah mereka cuba menuntut sekatan penyiaran berita di akhbar yang tidak memihak kepada mereka, dengan tindakan mahkamah dan saman. Mengata orang, pembangkang lagi lebih kacau bilau mereka!
(Sebagai makluman, Anwar dalam blognya telah memberitahu tentang rancangan beliau untuk mendebatkan di Parlimen mengenai pengeluaran besar FDI ke luar negara. Saya telah membuat komen bahawa salah satu punca besar pengeluaran FDI tersebut adalah kerana dakyah Anwar sendiri kepada pelabur-pelabur asing di dalam beberapa sidang yang disertai Anwar di luar negara. Anwar sering mengomongkan akan menjatuhkan kerajaan Malaysia yang telah sedia terpilih dengan proses pilihanraya, dengan cara mengusahakan penyokong kerajaan supaya melompat parti. Ini menyebabkan iklim ketidak stabilan politik, yang merisaukan pelabur asing, yang akhirnya menyebabkan pelabur asing tersebut mengeluarkan pelaburan mereka dari Malaysia. Sebelum bulan September 2008, Anwar dengan bangganya telah memberitahu akan mendapat kemasukan pelaburan asing yang banyak jika Pakatan dapat memerintah Malaysia. Akhirnya, dengan kegawatan ekonomi global, rancangan Anwar untuk mengambil alih kerajaan tidak berjaya, kerana pelabur yang dijanjikan itu juga mengalami kegawatan yang ketara, dan tidak akan dapat mengotakan janji mereka untuk melabur di Malaysia).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment