Keputusannya: status quo. Tiga Pilihanraya Kecil serentak di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai mengekalkan kerusi-kerusi yang dipertandingkan kepada parti-parti yang menang sebelum ini.
PAS kekal menang di Bukit Gantang, PKR kekal menang di Bukit Selambau dan Barisan Nasional kekal menang di Batang Ai.
Di Batang Ai, Barisan Nasional menang dengan agak mudah. PKR dan Brader Anwar Bin Ibrahim mencuba nasib di Sarawak melalui Pilihanraya Kecil ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut selok belok bertanding di Sarawak, sebagai persiapan menghadapi Pilihanraya Negeri Sarawak yang sedang hampir.
Di Bukit Selambau dan Bukit Gantang, keputusan memihak kepada pembangkang kerana Barisan Nasional hilang undi daripada kaum-kaum Cina dan India. Undi daripada kaum Melayu masih lagi berpecah, walau pun lebih memihak kepada Barisan Nasional.
Tidak seperti di Kuala Terengganu, di mana undi Melayu memang jauh memihak kepada PAS, undi Melayu di Bukit Gantang dan Bukit Selambau berbeza sedikit sahaja. Sebab itu, dari segi taktikal, pengundi-pengundi Cina di Kuala Terengganu tempohari mengundi calon Barisan Nasional, kerana mereka pasti PAS akan menang tanpa undi mereka. Maka bolehlah MCA menungkat dagu kepada UMNO di Kuala Terengganu tempohari.
MCA, Gerakan dan MIC tidak bekerja keras untuk memikat pengundi di Bukit Gantang, menyebabkan majoriti kemenangan Nizar (PAS, tetapi boneka DAP) adalah kerana undi Cina dan India. Orang Melayu berpecah, tetapi lebih memihak kepada Barisan Nasional, walau pun tidak mencukupi untuk memastikan kemenangan BN.
MCA dan Gerakan juga tidak bekerja keras di Bukit Selambau. MIC, dengan kepimpinan Samy Vellu yang tidak lagi popular di kalangan masyarakat India, tidak berjaya memikat pengundi. UMNO pula kecewa apabila tuntutan mereka untuk bertanding di kawasan majoriti orang Melayu tidak dihiraukan, dan calon MIC dipertaruhkan.
Kepimpinan Pemuda UMNO yang baru di bawah Khairy Jamaluddin tidak bermaya dan tidak berkesan. KJ juga seolah-olah tahu bahawa dirinya merupakan liabiliti kempen BN dan beliau sendiri tidak aktif berkempen di kedua-dua Bukit. Lagi pun, manalah larat nak bagi Blackberry kepada pengundi-pengundi Bukit-Bukit tersebut. Setakat pemberian Blackberry kepada perwakilan Pemuda UMNO hari itu bolehlah.
Brader Anwar Bin Ibrahim dan konco-konconya di Pakatan akan menggunakan kesempatan ini untuk memperburukkan kepimpinan PM Najib dan Barisan Nasional. Desakan akan terus dibuat agar DUN Perak dibubarkan bagi membolehkan pilihanraya seluruh negeri diadakan. Mahathir akan dilabelkan sebagai tidak lagi relevan, walau pun kehadiran negarawan tersebut telah berjaya mengurangkan jurang kekalahan calon-calon BN di kedua-dua Bukit.
Penyokong-penyokong PAS Kedah telah bertukar mahzab dan tidak lagi dikirakan berdosa dan haram kerana mengundi calon kafir dari PKR. Kalau dahulu, mengundi calon kafir dari BN dianggap berdosa oleh ulama politik dari PAS. Orang kafir juga boleh dibenarkan oleh ulama politik PAS untuk menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran untuk tujuan politik, tanpa apa-apa niat untuk mendapat hidayah darinya.
Brader Anwar Bin Ibrahim akan terus dengan tingkah laku celakanya dengan tidak mendedahkan ceritanya yang kononya tergempar. Beliau berjanji hanya akan mendedahkan cerita tersebut jika Pakatan menang ketiga-tiga kerusi yang di pertandingkan.
Hindraf masih akan terus bongkak dengan politik perkauman sempit mereka yang militan hasil sokongan daripada masyarakat India. Pendedahan hasil siasatan pembedahan Kugan dan tindakan polis mengambil hasil siasatan tersebut juga tidak kena masanya, dan mungkin semakin menjejaskan sokongan orang India terhadap kerajaan.
Bagi kaum Cina pula, mereka telah berjaya membuktikan bahawa dengan terus membiarkan orang Melayu agar terus berpecah-belah, maka agenda politik Malaysian Malaysia mereka akan berjaya. Maka akan menjadi kenyataanlah bahawa Pakatan Rakyat akan menonjolkan Timbalan Perdana Menteri Cina sebagai balasan sokongan dari kaum tersebut. Buat masa ini, MCA dan Gerakan sedang menjalankan desakan secara perang saraf agar Najib melantik TPM dari kaum mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment