Friday, April 3, 2009

Salam Persaraan, Tun Abdullah

Jurublog ingin merakamkan ucapan perhargaan kepada Pak Lah, Perdana Menteri Malaysia yang ke lima, yang akan dengan rasminya meletakkan jawatan pada hari ini, 3 April 2009.

Pak Lah merupakan seorang birokrat dan penjawat jawatan awam yang berjaya.

Semasa berkhidmat sebagai penjawat awam dan Menteri di dalam Kabinet, Pak Lah telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Beliau merupakan Menteri Luar Malaysia yang amat berjaya.

Walau bagaimana pun, sebagai pemimpin tertinggi negara, Pak Lah tidak berapa menyerlah. Tetapi itu bukan bererti bahawa Pak Lah tidak patut dihargai.

Pak Lah patut dihargai kerana berusaha membuat pembaharuan, contohnya, di dalam badan perundangan dan penghakiman.

Salam Persaraan, Pak Lah.

1 comment:

shahirahkhairudin said...

ye betul
sumbangan Pak Lah patut dihargai..