Wednesday, April 22, 2009

Membezakan kisah Saidina Umar Al-Khattab dan Nga Kor Ming

Di akhir zaman ini, kita kebanyakannya buta ilmu, dan banyak bergantung kepada alim ulama untuk membantu dalam memahami hal-hal berkaitan ugama. Dalam masa yang sama, terdapat juga orang yang mengaku alim dan menggelarkan diri mereka ustaz hanya kerana mereka ini ahli parti PAS atau pernah berceramah atas platform parti tersebut. Dan mereka ini mencanangkan bahawa ulama merupakan pewaris Nabi, dan kita tidak patut menyanggah apa-apa yang diperkatakan oleh ulama politik mereka.

Pada satu ketika dahulu, Hadi Awang pernah berceramah dan menyatakan orang UMNO itu kafir. Maka lebih separuh pengikut PAS percaya bahawa orang UMNO itu kafir dan tidak sah berimamkan orang UMNO. Ada yang bercerai kerana pasangan mereka ahli UMNO, dan ada ibubapa yang menyuruh anak mereka menceraikan isteri mereka kerana menantu mereka itu orang UMNO. Mereka tidak makan makanan sembelihan orang UMNO, dan bermacam-macam lagi.

Sekiranya puak Barisan Nasional yang bukan Islam, samada MCA atau MIC yang memulakan isu membaca ayat Al-Quran di ceramah politik, kita yakin bahawa ulama politik PAS akan terus menghentam UMNO sebagai kafir kerana bersekongkol dengan MCA-MIC mempersendakan ugama untuk tujuan duniawi. Tetapi oleh kerana isu membaca ayat Al-Quran ini dimulakan oleh pemimpin DAP yang sekarang bersekutu dengan PAS di dalam Pakatan Rakyat, maka serta-merta ulama politik PAS membenarkan serta menggalakkan perbuatan tersebut.

Benar Saidina Umar Al-Khattab telah membaca ayat Al-Quran, sehingga terbuka hati baginda untuk memeluk ugama Islam. Menurut kisahnya, Umar telah pergi ke rumah saudara perempuannya, Fatimah, yang telah memeluk Islam bersama suaminya Nuaim. Ketika sampai, Fatimah sedang membaca ayat 1 hingga 8 dari Surah Ta Ha, yang dituliskan pada sehelai daun. Maka Umar pada mulanya naik berang dan memukul Fatimah, tetapi berasa bersalah apabila melihat saudara perempuannya itu cedera. Maka Umar meminta untuk membaca ayat-ayat yang tertulis di lembaran daun tersebut. Fatimah telah menyuruh Umar untuk membersihkan dirinya sebelum membaca ayat-ayat suci tersebut. Setelah membersihkan diri, Umar telah membaca ayat-ayat tersebut dan dengan serta-merta timbul keimanan di dalam hatinya, dan beliau telah pergi ke rumah Al-Arqam untuk bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w. untuk memeluk Islam. Itu berlaku pada tahun ke enam kerasulan Nabi s.a.w., dan Umar dikatakan sebagai orang ke empat puluh memeluk Islam. Bayangkanlah, sehingga enam tahun kerasulan, hanya 40 orang sahaja yang beriman kepada Allah s.w.t.

Kita harap Nga Kor Ming telah disuruh tertib untuk membersihkan diri sebelum memegang Al-Quran. Kita harap Nga Kor Ming membaca Al-Quran dengan ikhlas dan percaya dengan kebenaran ayat-ayat tersebut yang datangnya dari Allah yang Maha Esa. Kita harap Nga Kor Ming betul-betul insaf dan terbuka hati beliau untuk memeluk Islam pada satu hari nanti.

Kita harap Nga Kor Ming bukan membaca Al-Quran untuk tujuan politik dan hanya cuba mengabui mata orang Islam yang taksub dengan Pakatan Rakyat. Kita harap nanti Nga Kor Ming akan membaca ayat-ayat Al-Quran yang mencegah daripada perbuatan maksiat seperti meminum arak dan berzina dalam ceramahnya kepada penyokong DAP (dan semestinya kepada Elizabeth Wong).

Kita harap Nga Kor Ming akan membaca dengan ikhlas dan tawaduk serta faham keseluruhan surah Al-Kafirun.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Katakanlah: “Hai orang-orang kafir!
Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.
(Surah Al-Kafirun Ayat 1 hingga 6)

Sebenarnya, DAP menyokong Nizar walau pun beliau ahli PAS kerana Nizar mengikut kehendak DAP dengan memberi tanah hakmilik kekal kepada kaum pendatang Cina di Perak. Sebenarnya, DAP menyokong Nizar kerana Nizar sanggup biadap dan menyanggah Sultan Perak. Sebenarnya, DAP menyokong Nizar dan PAS kerana sejak dahulu lagi PAS telah berjaya memecah-belahkan orang Melayu dengan ideologi politik mereka, sehingga membolehkan DAP berkuasa di Perak.

Malangnya ahli-ahli PAS masih lagi bergantung kepada ulama politik mereka yang mementingkan kepentingan duniawi semata-mata, untuk tujuan politik yang sementara.

Sahlah bahawa penceramah politik PAS sebenarnya hanya berbuih mulut berceramah dengan berselang-selikan ayat-ayat Al-Quran tanpa menghayati maksud sebenar ayat-ayat suci tersebut, sepertimana Nga Kor Ming tidak menghayati dan masih tidak beriman dengan ayat-ayat Al-Quran yang dibacanya.

Lihat di s i n i dan di s i n i untuk video yang menjadi sanjungan PAS hari ini.

3 comments:

kayumanis said...

Bukan Nga sorang yang baca tanpa menghayati ayat Quran. Orang Islam yang NGA pun belambak. Apakah kitab yang begitu agung yang dihasilkan oleh Maha Pencipta Yang Maha Agung sekadar dilagu dan diajuk-ajuk bunyi?

Hikayat Sang Kancil pun dibaca dikaji hingga ke dasarnya. Pengarangnya entah siapa-siapa. Ini kitab suci al-Quran tentu melimpah ruah kazanahnya. Ia bukan sekadar dibaca dan dihayati, malah perlu diselidik, dikaji, diuji untuk mendapat rahsia kehebatannya. Untuk kerja sebegini kita perlu jurutera, arkitek, ahli fikir dll. Bukan sekadar Tok Guru pondok.

pak said...

saya sokong kenyataan jurublog.kenapa PAS sekarang sudah jauh terpesong?? teresa kos persoalkan tentang azan subuh pun mereka PAK ANGGUK SEMUA(PAS) hanya berdiam diri.tetapi jika komponen BN yang mulakan dah tentu berapi-rapi mereka kutuk BN.apa sudah jadi dengan PAS ni.saya dulu PAS tapi bila mcm ni keadaannya saya akan undi BN bila PU13 nnati.

ibnuadnan said...

persoalan yg bleh ditimbulkan..
knp org Islam mengHALALkan apa yg diHARAMkan oleh Allah s.w.t?
bukankah haram menyentuh atau membaca ayat al-Quran ketika berhadas besar?