Thursday, April 23, 2009

Kisah Fairus dan tuduhan rasuahnya

Nama Fairus telah melonjak apabila beliau dicalonkan oleh Brader Anwar Bin Ibrahim untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Penanti pada Pilihanraya Umum ke 12 pada 8 Mac 2008.

Fairus menang di DUN Penanti yang terletak di kawasan Parlimen Permatang Pauh, kubu kuat Brader Anwar Bin Ibrahim. Walau pun kurang berwibawa, tetapi oleh kerana Fairus merupakan orang yang paling layak dari kalangan ADUN PKR lain yang lebih haprak, maka Anwar menawarkan kepada Lim Guan Eng supaya Fairus dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, yang lebih merupakan pak turut kepada DAP.

Tetapi Fairus tidak menghargai peluang yang diberikan semasa menjawat jawatan TKM1, untuk berkhidmat kepada rakyat. Beliau dikatakan malas turun padang. Oleh sebab itu, Lim Guan Eng amat tidak berkenan dengan Fairus kerana tingkah laku Fairus sedikit sebanyak memburukkan prestasi kerajaan negeri yang didokong oleh DAP.

Maka terdapat tekanan-tekanan dalaman terhadap Fairus untuk meletakkan jawatan TKM1 dan ADUN Penanti. Hampir serentak dengan itu juga, timbul kisah pertuduhan amalan rasuah terhadap Fairus. Fairus juga telah ditahan oleh SPRM semasa cuba keluar dari Malaysia melalui Singapura untuk disoal siasat.

Fairus kemudiannya mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai TKM1. Beliau juga kemudiannya mengambil keputusan lanjut untuk meletak jawatan sebagai ADUN Penanti. Fairus, dalam kenyataannya, telah menyuruh PKR supaya membersihkan nama beliau, dan sekiranya tidak, Fairus akan mendedahkan komplot dalaman PKR yang dikatakan cuba memerangkap Fairus dengan tohmahan rasuah, untuk menekan beliau supaya berhenti menjadi ADUN.

Pada hari ini, SPRM mengesahkan bahawa mereka tidak akan mendakwa Fairus dalam kes rasuah yang sedang dalam penyiasatan mereka. Ini bermakna bahawa Fairus terlepas daripada tuduhan rasuah.

Fairus adalah bekas ADUN PKR dan TKM1 atas tiket PKR, dan beliau masih merupakan ahli PKR. Dengan sebab itu, sebarang pengguguran kes oleh SPRM tidak akan dipandang serong oleh Pakatan Rakyat dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di media alternatf dan media baru.

Sekiranya Fairus adalah bekas ADUN BN dan memegang jawatan atas tiket BN, pengguguran kes oleh SPRM akan dikaitkan dengan persetujuan beliau untuk meletakkan jawatan. Penyokong PR akan menuduh SPRM sebagai berat sebelah kerana "kow tow" kepada BN dan menutup kes hanya kerana pihak yang dituduh telah meletakkan jawatan.

Sekiranya Fairus (yang sekarang ini masih ahli PKR) mengambil keputusan untuk menyertai UMNO, maka akan masih timbul tohmahan rasuah terhadap Fairus. Akan juga timbul tuduhan pilih kasih terhadap SPRM kerana telah menutup kes rasuah terhadap Fairus.

Sekiranya Fairus tidak meletakkan jawatan ADUN PKR dan sebaliknya melompat parti ke UMNO, maka makin hebatlah kecaman terhadap SPRM kerana pengguguran tuduhan rasuah ke atas Fairus.

Begitulah perangai PKR, Pakatan Rakyat dan penyokong-penyokong PR. Semuanya jentera kerajaan seperti SPRM, SPR, Polis dan lain-lain berat sebelah sekiranya jentera kerajan tidak meneruskan tuduhan terhadap orang BN. Sebaliknya, sekiranya pertuduhan digugurkan ke atas orang PR, maka reaksinya berbeza.

Jurublog percaya SPRM menjalankan tugas dengan professional dan tanpa tekanan semasa membuat keputusan untuk menggugurkan kes rasuah terhadap Fairus.

Tetapi, sekiranya Fairus sendiri tahu bahawa tuduhan rasuah itu adalah tohmahan dan konspirasi dalaman PKR semata-mata, kenapa pula beliau tunduk dengan tekanan dari PKR untuk meletakkan jawatan ADUN? Bukankah sekadar meletak jawatan TKM1 memadai kerana TKM1 memerlukan komitmen untuk bekerjasama dengan Ketua Menteri yang telah sah tidak suka akan prestasi Fairus?

Atau mungkinkah Brader Anwar Bin Ibrahim mempunyai banyak lagi kisah buruk mengenai Fairus yang boleh didedahkan ke khalayak masyarakat, sekiranya Fairus enggan tunduk kepada tekanan untuk meletak jawatan ADUN Penanti? Berapa banyak habuan yang diterima oleh Fairus agar tidak mendedahkan komplot dalaman PKR?

Walau bagaimana pun, harapnya pengguguran kes rasuah oleh PKR terhadap Fairus bukanlah prelude kepada keputusan beliau untuk menyertai UMNO.

No comments: