Thursday, April 16, 2009

Kes Eli meneruskan tradisi keruntuhan moral PKR

PKR memang penuh dengan pemimpin yang tidak bermoral.

Seperti kata Karpal Singh, Penasihat PKR sendiri, Brader Anwar Bin Ibrahim merupakan pemimpin yang tidak bermoral.

Apabila pemimpin tertinggi PKR itu sendiri tidak bermoral orangnya, maka partinya juga akan mempertahankan tindakan tidak bermoral oleh ahli-ahli dan pemimpin bawahan parti berkenaan.

Brader Anwar Bin Ibrahim tidak bermoral dan pernah disabitkan kesalahan kerana rasuah. Beliau pula terlepas daripada pensabitan kes liwatnya di peringkat rayuan atas sebab-sebab teknikal, walaupun dua hakim yang mengadili kes rayuan beliau menyatakan bahawa perbuatan liwat tersebut memang berlaku. Brader Anwar Bin Ibrahim juga sedang menghadapi tuduhan meliwat yang baru di dlam kes Sodomi II.

Khalid Ibrahim tidak bermoral dan memang terkenal dengan ”kenakalan” beliau semasa menjadi bos di PNB. Ini orang korporat zaman 1980an dan 1990an lebih mengetahui.

Fairus juga merupakan pemimpin PKR. Beliau didapati tidak bermoral dan sedang disiasat SPRM kerana kes rasuah. Fairus telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, jawatan yang sebenarnya lebih mirip kepada boneka DAP. Fairus juga dikatakan cuba lari ke luar negara untuk mengelakkan daripada dikenakan pertuduhan rasuah dan tindakan mahkamah oleh SPRM. PKR juga bersekongkol dengan Fairus dengan berbohong dan menyatakan bahawa Fairus ingin melanjutkan pelajarannya di luar negara.

Mohd Osman Mohd Jailu dan Jamaluddin Md Radzi kedua-duanya merupakan ADUN PKR dan EXCO Perak semasa berkelakuan tidak bermoral dan dituduh melakukan rasuah. Mereka sekarang bertindak menjadi ahli Bebas yang menyokong kerajaan BN Perak. Pada pendapat Jurublog, tindakan melompat parti tersebut juga adalah tidak bermoral. BN tidak perlu bersekongkol dengan mereka ini.

V. Arumugam merupakan ADUN PKR dan ahli EXCO Kedah yang dikatakan melanggar undang-undang kerana bigami (berkahwin dua). Beliau kemudiannya meletakkan jawatan ADUN, tetapi menuduh BN telah membuat ugutan ke atas dirinya dan keluarga.

Elizabeth Wong pula dituduh bersedudukan dengan lelaki Melayu Islam, dan teman lelakinya itu dituduh telah mengedarkan gambar separuh bogel Eli. Eli sendiri tidak bersalah kerana gambar separuh bogel tersebut bukan diambil atas persetujuan beliau, dan pengedaran gambar tersebut juga bukan atas persetujuan beliau. Itulah sebabnya Khalid Ibrahim dan Brader Anwar Bin Ibrahim mempertahankan Eli dan meminta Eli terus memegang jawatan EXCO Selangor dan ADUN Bukit Lanjan.

Tetapi kisah tidak bermoral Eli kerana dituduh bersekedudukan dengan lelaki Melayu Islam masih belum selesai. Begitu juga dengan kisah-kisah tidak bermoral Eli kerana dikatakan juga pernah melayan beberapa pemimpin dan ahli PKR yang lain, termasuk juga lelaki Melayu Islam.

PKR memang terdiri daripada ahli-ahli UMNO dan penyokong UMNO yang kecewa kerana tidak mendapat menafat yang tertentu. Ahli-ahli PKR yang lain pula memang merupakan puak anti-establishment yang tidak pernah bersetuju dengan pendapat kerajaan. Tetapi sekiranya mereka-mereka di PKR ini mendapat kuasa, maka keluarlah tembelang dan keburukan perangai mereka. Lihat sahajalah contoh-contoh di atas.

Sebab itulah Brader Anwar Bin Ibrahim mendapati amat sukar untuk mendapatkan pengganti Fairus sebagai TKM I Pulau Pinang. Tiada pemimpin yang layak dan bersih dari segi moral di kalangan ADUN dan MP PKR yang sedia ada. PKR sekarang ini hanya hidup dengan retorik dan populariti Brader Anwar Bin Ibrahim di kalangan penyokong PKR. Ini tidak akan kekal lama.

Begitulah zaman telah berubah, dan akan membawa kepada kehancuran masyarakat. Pemimpin yang tidak bermoral terus disanjung dan dipertahankan. Orang bukan Islam yang mempergunakan ayat-ayat Al-Quran untuk tujuan politik keduniaan mereka terus dipertahankan (dan dipuji) oleh ulama politik. Pemimpin yang dituduh bersedudukan tanpa ikatan perkahwinan dikekalkan jawatan dengan mendapat sokongan daripada para penyokong parti yang buta pemikiran moral mereka.

Dan mereka yang tidak bermoral pula akan menyalahkan orang lain kerana mendedahkan keaiban mereka tersebut. Mereka akan terus dengan retorik dan taktik buruk mereka untuk mengabui mata masyarakat, demi mencapai matlamat menaikkan pemimpin tidak bermoral parti mereka di persada politik negara.

Persetubuhan di luar nikah dan bersedudukan telah lama dibenarkan dan diterima di negara barat. Ianya juga nampaknya telah mula diterima di negara ini (termasuk oleh muda-mudi yang beragama Islam). Gejala gay, lesbian, homoseksual dan biseksual juga sekarang ini telah diterima oleh masyarakat barat. Adakah negara kita ingin setanding dengan negara barat dengan menerima seorang biseksual sebagai pemimpin negara ini?

1 comment:

add said...

Apa nak heran, ketua PKR main belakang, exco pkr main depan, puak dap main atas kerusi (karpal),
yang seronoknya konform abe khalid berahim la... mesti ringan-ringan punya dengan eli nanti ada peluang...