Berikut ialah pandangan Jurublog mengenai senarai Kabinet baru yang diumumkan pada petang tadi:-
PERDANA MENTERI:
Datuk Seri Najib Tun Razak (sudah semestinya)
TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Tan Sri Muhyiddin Yassin (dijangkakan)
Timbalan Perdana Menteri II:
Tiada (Najib tidak menghiraukan desakan kuat daripada MCA dan Gerakan)
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi) (Nak jaga hati Gerakan. Bolehkah Cina ni menyatukan kaum di Malaysia?)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen) (Berlagak besar, tapi boleh pakai)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi) (Bijak dan boleh mengemudi Majlis Penasihat Ekonomi dengan berkesan)
4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam) (Tidak berapa kenal. Ini mesti Najib kenal masa di Mindef)
Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong (Tak kenal)
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim (lawa, tapi prestasi kurang memberangsangkan. Juga tidak mewakili Wanita UMNO atau mana-mana sayap politik)
3. Datuk S.K. Devamany (Wakil MIC. Okay kut)
4. Ahmad Maslan (MP Pontian, Johor. Harap dapat berkhidmat dengan baik)
5. T Murugiah (Masih ditakok lama. Mungkin dia sendiri tidak berapa suka)
MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Tun Razak (Tugas berat semasa kegawatan ekonomi)
MENTERI KEWANGAN II:
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (Naik pangkat dari Timbalan MOF. Boleh dianggap sebagai de facto Menteri Kewangan nanti. Jurublog mempunyai harapan yang tinggi ke atas beliau kerana prestasi baiknya sebelum ini di MITI dan MOF).
Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung (OK)
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin (Kali kedua diberi peluang sebagai Timbalan Menteri. Walaupun bijak, malangnya asyik kalah bertanding MP di Kelantan)
MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin (Tidak disangka dapat portfolio yang tak berapa glamour. Hadapi cabaran besar bagi menangani polemik PPSMI)
Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong (Okay, tapi anti-PPSMI)
2. Dr Mohd Puad Zarkashi (Orang Johor macam Muhyiddin. Anti-PPSMI?)
MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat (Kekal milik MCA)
Timbalan: (kenapa sampai dua orang Timbalan?)
1. Datuk Abdul Rahim Bakri (Tak berapa kenal)
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew (Okay kut)
MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok (Tahniah orang Sabah!)
Timbalan:
Datuk Hamzah Zainudin (Sudah dijangka, kerana pengalamannya di FELCRA)
MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Selamat dari polemik PPSMI. Cabaran besar bagi menangani masalah ISA pulak)
Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop (Orang lama. Patut tak payahlah masuk kabinet lagi)
2. Jelaing anak Mersat (Tahniah!)
MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim (Tepat sekali: Bercakap secara terang, pandai berkomunikasi, teliti seninya dan minat menebal mengenai kebudayaan. Dikekalkan walau pun kalah bertanding Naib Presiden UMNO. Mungkin Pak Lah yang rekomen suruh Najib kekalkan)
Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum (Tahniah!)
2. Senator Heng Seai Kie (Tak kenal)
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui (Interesting. Apa itu skop teknologi hijau?)
Timbalan:
Noriah Kasnon (?)
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal (Menang Naib Presiden UMNO. Orang Sabah. Pilihan tepat)
Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek (Tak berapa kenal)
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun (Pilihan bijak)
MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin (Kalah bertanding, tapi dikekalkan. Kena kerja lebih kuat. Mungkin boleh jadi Menteri Besar Johor lepas ni)
Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung (Okay)
2. Datuk Saifuddin Abdullah (Tiada komen)
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed (Pilihan bijak. Menang undi terbanyak Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Tugas berat semasa kegawatan ekonomi)
Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir (Jurublog tidak berapa setuju. Jika KJ tiada, Mukhriz juga patut tidak dipilih masuk ke kabinet. Kecuali Najib ada sebab kukuh)
2. Datuk Jacob Dungau Sagan (setuju)
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili (Kekal. Orang Sabah juga)
Timbalan:Fadillah Yusof (?)
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas (Tahniah!)
Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup (Tahniah!)
MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Ng Yen Yen (Banyak idea baru. Mungkin boleh menambah bilangan pelancong dari Cina. Pelancong dari negara Cina sekarang ini banyak duit, dan boleh menambah pendapatan negara Malaysia. Masalahnya ialah kebanjiran pelancong muda yang melencong jadi tukang urut)
Timbalan:
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (Kekal, walau pun tidak pandai berbahasa Melayu. Mungkin perlu bekerja lebih kuat. Jangan melencong pulak!)
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar (Street fighter. Mungkin sesuai dengan portfolio ini)
Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum (Kalah MT, tapi dikekalkan. Ini ”cut and paste” ker? Atau tangkap muat saje)
2. Datuk Rohani Abdul Karim (Tiada komen)
MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Berkat doa di Padang Arafah)
Timbalan:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Bagus)
MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor (wakil KJ)
Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng (okay)
MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai (Kekal)
Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (Ketua Puteri UMNO. Boleh ker buat kerja? Harap akan kurus lepas ni kerana kena kuat bekerja)
MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek (Berbuih pulak mulut kalau komen lebih-lebih...)
Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim (Telah dijangka dapat jawatan kabinet. Tapi tak sangka yang Ketua Pemuda UMNO sendiri tidak terpilih)
2. Wee Jeck Seng (Okay)
MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S.Subramaniam (Kekal milik MIC)
Timbalan:
Datuk Maznah Mazlan (Okay)
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob (Wakil KJ. Orang Pahang macam Najib)
Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe (Okay)
MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha (Okay)
Timbalan:
Datuk Lajim Ukin (Tahniah oarng Sabah!)
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil (Selamat kembali bertugas!)
Timbalan:
Datin Paduka Chew Mei Fun (Anti Ketuanan Melayu)
MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman (Pilihan bagus. Harap dia terima)
Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay (Wakil India di Wisma Putra)
2. Datuk Lee Chee Leong (Wakil Cina di Wisma Putra)
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Bukan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, tapi melonjak naik. Zulhasnan mesti musykil)
Timbalan:
Datuk M.Saravanan (Kekal milik MIC)
YANG GUGUR:
Azalina Othman (Menteri Pelancongan) – Dijangkakan kerana siasatan SPRM
Syed Hamid Albar (Menteri Dalam Negeri) – Dijangkakan kerana kalah pertandingan naib Presiden UMNO, dan prestasi kurang baik
Amirsham Aziz (Menteri EPU) – Tidak menyerlah semasa dalam kabinet Pak Lah. Diganti oleh Tok Pa. Ahli Majlis Penasihat Ekonomi negara?)
Ong Ka Chuan (Menteri Perumahan) – Kalah bertanding MCA. Tapi Jurublog suka kerana pandai berbahasa Melayu dan agak moderate pemikirannya
Muhamad Taib (Menteri Luar Bandar) – Dijangkakan, kerana kalah Timbalan Presiden UMNO.
Mohd Zin Mohamaed (Menteri Kerja Raya) – Tidak dijangka akan gugur kerana menang Majlis Tertinggi UMNO. Mungkin akan dipilih menerajui agensi kerajaan yang besar sebagai kompromi. Atau mungkin ada sebab lain yang belum didedahkan.
Zulhasnan Rafique (Menteri Wilayah Persekutuan) - Juga menang MT UMNO, tapi tidak dilantik semula jadi Menteri. Agaknya banyak soalan tak terjawab masa PM Walkabout di sekitar KL pada hari kedua Najib sebagai PM.
YANG TIDAK TERPILIH:
Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO) – Mungkinkah kerana Najib telah menerima laporan atau aduan terbaru mengenai politik wang semasa pemilihan UMNO? Jika tidak, Najib perlu perjelaskan kepada Pemuda UMNO: kenapa KJ yang menang tidak terpilih, tetapi Mukhriz yang tercorot jadi Timbalan MITI? Jika tidak, mungkin timbul persepsi yang terdapat campurtangan Mahathir dalam hal perlantikan Kabinet ini.
Chua Soi Lek (Timbalan Presiden MCA) – Dijangkakan, kerana skandal seks.
Jamaluddin Jarjis (Ahli majlis Tertinggi UMNO, MP Rompin) – Jurublog jangkakan dapat masuk 1Kabinet. Dengar kata JJ dah survey MOF. Mungkin ada portfolio di Majlis Penasihat Ekonomi kut.
Rumusan: Saiz Kabinet masih besar, dan sepatutnya dikecilkan lagi. Mungkin Najib terpaksa akur permintaan MCA untuk kekalkan 4 Menteri. Barisan EXCO Pemuda UMNO yang dikuasai oleh penyokong KJ mungkin membuat desakan kajian semula.
Ringkasnya: Mediocre. Kurang ”wow” factor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam,
Saya berharap kajian semula dibuat terhadap pembubaran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Kperasi (MeCD) yang banyak berjasa kepada pembangunan ekonomi Bumiputra dan menyumbang kepada kesuburan ekonomi negara.
http://c-bok.blogspot.com
Post a Comment