Sunday, June 7, 2009

Analisa pemilihan PAS: Cubaan Anwar melalui media baru berkesan, tetapi tidak berjaya

Pembaca blog ini sedia maklum bahawa walaupun menyokong UMNO, Jurublog bukanlah ahli UMNO. Jurublog juga tidak menyokong Pakatan Rakyat tetapi bersikap neutral terhadap PAS.

Jurublog sentiasa mengikuti liputan media baru mengenai pemilihan pucuk pimpanan PAS yang baru sahaja selesai. Nampak benar bahawa Brader Anwar Bin Ibrahim telah berjaya untuk menguasai media baru, sebagaimana beliau telah menguasai media massa semasa berkuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu.

Media baru yang menyokong Brader Anwar Bin Ibrahim dengan jelas cuba mendapatkan sokongan perwakilan PAS terhadap puak pro-Anwar (a.k.a. puak Erdogan) untuk memimpin PAS. Media baru telah berterusan “berkempen” dengan menyiarkan berita-berita menarik mengenai Husam dan “peluang cerah” Husam untuk memenangi jawatan timbalan presiden PAS. Lihat sahaja petikan yang sempat dibuat oleh Jurublog. (Beberapa artikel lain yang secara halus ”berkempen” untuk Husam telah tidak dapat dikesan, mungkin telah dipadamkan...)

Husam to run for PAS No. 2 (Malaysian Insider 25 May 09)
A three-cornered fight for the PAS deputy presidency is in the offing with the announcement by popular party vice-president Datuk Husam Musa that he will run for the post. (Permulaan kempen media baru yang pro-Anwar dengan melabelkan Husam sebagai calon popular)

Husam vows no cooperation with UMNO (Malaysian Insider 25 May 09)
Husam mengesahkan bahawa beliau adalah pro-Anwar

Committee post will do for Nizar (Malaysian Insider 25 May 09)
But with Nizar declining to make the sudden jump to the No 3 post, the Erdogans must now work to ensure that their leader, Datuk Husam Musa, succeeds in securing the deputy presidency to cement their influence in the party. (Dengan mengaitkan diri mereka yang menyokong Anwar sebagai kumpulan Erdogan, media baru cuba mendapatkan sokongan dari perwakilan PAS untuk menyokong kumpulan Erdogan tersebut)

Stand on UMNO holds key to PAS No. 2 post (Malaysian Insider 26 May 09)
Petikan dari The Straits Times Singapore yang mengharapkan bahawa golongan yang menolak perbincangan dengan UMNO akan mendapat sokongan perwakilan PAS. Lihat juga komen pembaca yang berharap hasil yang sama.

Husam: I want PAS to replace UMNO, not complement it (Malaysian Insider 27 May 09)
It's no secret that PAS vice-president Datuk Husam Musa is no fan of the Dewan Ulama (the party's religious scholars' wing). (Sebenarnya PKR yang berharap untuk mengganti UMNO, dan ingin menjadikan PAS sebagai kuda tunggangan untuk mencapai hasrat tersebut)

Husam mula memberikan tentangan kepada Nasharuddin (Malaysian Insider 2 Jun 09)
sejak akhir-akhir ini nama Husam Musa pula mula bermain di bibir para pemerhati dan ahli PAS. (Media baru yang pro-Anwar cuba meraih undi secara halus bagi pihak Husam)

Timbalan: Husam ambil risiko … (Malaysiakini 2 Jun 09 6:17pm)
Husam 45%, Nasha 35%, Mat Sabu 20% (Menjangkakan Husam menang selesa, walau pun kurang dari 50%)

Penyokong: Mat Sabu mampu buat ’kejutan’ (Malaysiakini 3 Jun 09 9:12pm)
Mat Sabu 43%, Nasha 38%, Husam 19% (Kononnya Nasha di tempat paling corot)

Husam berjaya buang bebanannya satu persatu (Malaysian Insider 3 Jun 09)
Sudah pasti dengan kejayaan ini, Husam akan ke Stadium Malawati di Shah Alam Jumaat ini dengan penuh keyakinan. (Kempen berterusan media baru yang pro-Anwar terhadap Husam)

Nasharuddin denies attempt to bring PAS closer to UMNO (Malaysian Insider 3 Jun 09)
Cubaan media baru yang pro-Anwar untuk menolak Nasha dengan mengomokkan UMNO

Crucial assembly to decide PAS’s future (Malaysian Insider 3 Jun 09)
“If they are very strong they wouldn't need Utusan's help,” said a central working committee member who is unhappy with the pro-Umno faction. (Secara halus menyatakan bahawa sokongan terhadap Husam tidak kuat, dan Nasha berpeluang untuk menang). Lihat juga komentar pembaca.

Unity government set to dominate debate in PAS muktamar (Malaysian Insider 3 Jun 09)
Observers now feel that Husam, who is a popular figure among Pakatan supporters especially among the secularist DAP and the moderates of PKR, has a great chance of taking the deputy presidency. (Media baru yang pro-Anwar tanpa berselindung mengharapkan kemenangan Husam yang terus terang menyokong Brader Anwar Bin Ibrahim)

Nik Aziz tidak perlu sembunyi sokong Husam (Malaysian Insider 4 Jun 09)
Kempen media baru yang pro-Anwar untuk menyokong Husam

Nasharuddin kempen halus tangkis hubungannya dengan UMNO (Malaysian Insider 4 Jun 09)
Cubaan berterusan media baru untuk menggambarkan bahawa ahli PAS menolak Nasha

Media baru celikkan rakyat tolak BN (Malaysiakini 5 Jun 09 3:15pm)
Itu kata Hadi Awang. Sebenarnya media baru hanya pro-Anwar dan menolak parti seperti UMNO-BN yang mendedahkan muslihat jahat Anwar. PAS hanya kuda tunggangan mereka sahaja. Samalah seperti Nizar dengan Ngeh-Nga: PAS juga yang terngaga.

Husam: Lupakan sahaja rundingan UMNO-PAS (Malaysiakini 5 Jun 09 3:51pm)
UMNO kini dalam keadaan lemah, kata Husam

Future of Malaysia is Pakatan, says Saifuddin (Malaysian Insider 5 Jun 09)
Cubaan PKR melalui media baru untuk mempengaruhi perwakilan PAS agar terus setia dan menyokong calon yang menyokong Pakatan Rakyat

It’s moderates vs conservatives in today’s PAS vote (Malaysian Insider 5 Jun 09)
Nasharudin appears to be in a beleaguered position, and spent the past few days on the defensive by denying accusations he was trying to lead the party towards some form of cooperation with Umno. Husam, on the other hand, has been riding a momentum in recent days which could see him wrest the deputy presidency despite a strong campaign to ensure ulama take control of the top two posts in the party. (Harapan media baru yang pro-Anwar pada hari pemilihan)

Relationship with UMNO continues to influence PAS election (Malaysia Insider 5 Jun 06)
Husam’s campaign receives a major boost … (masih berharap kemenangan buat Husam)

Keputusan pemilihan PAS pagi ini (Malaysian Insider 6 Jun 09)
Berita-berita angin menyebut Husam menang timbalan presiden

Rasmi: Nasharuddin kekal timbalan presiden (Malaysiakini 6 Jun 9:31am)
Nasha 480 undi (47%), Husam 281 undi (27%), Mat Sabu 261 undi (26%)
Nota sebenarnya, pada jam 9:31am, Malaysiakini masih mengeluarkan berita yang memetik sumber dalaman PAS yang menyatakan Husam menang tipis. Berita kemenangan Husam telah disunting semula dan dipadamkan, dan digantikan dengan keputusan rasmi yang dibuat pada jam 10pagi.

Nasharuddin keeps No. 2 (Malaysian Insider 6 Jun 09)
In a blow to its Pakatan Rakyat partners … (sepatutnya, In a blow to Malaysian Insider's credibility …)

Husam boleh menang jika satu lawan satu (Malaysiakini 6 Jun 09 12:18pm)
Media baru yang pro-Anwar masih tidak mahu mengaku kekalahan mereka

Tiga naib presiden baru tolak UMNO, kata Husam (Malaysiakini 6 Jun 08 12:45pm)
Percubaan Husam untuk meyakinkan penyokongnya dalam Pakatan Rakyat yang di luar PAS

Rumour of Husam’s victory was just ... a rumour: Mustafa Ali (Malaysian Insider 6 Jun 09)
Mengesahkan bahawa ahli-ahli PAS memang suka menyebar berita palsu

Husam kalah kerana lewat sah bertanding (Malaysiakini 6 Jun 09 5:23pm)
Lagi tak mahu mengaku kalah

Pakatan’s search for silver lining in Nasharuddin’s victory (Malaysian Insider 6 Jun 09)
Nasha only won 45% of the votes … (masih tidak mahu mengaku kalah)

PAS results not a nod for UMNO (Malaysian Insider 6 Jun 09)
Itulah sebenarnya harapan Anwar dan konco-konconya di media baru

Ringkasan oleh Jurublog: Eksperimen Brader Anwar Bin Ibrahim untuk mengukuhkan kedudukan beliau di dalam Pakatan Rakyat dengan memastikan puak yang menyokong beliau berkuasa di dalam PAS telah meninggalkan kesan, tetapi tidak berjaya.

1 comment:

org memali said...

cuba lagi brader anuar ye . Kummpul duit lebih sikit lg utk beli sokongan . Dulu kita tak dgr pula ada rasuah dlm PAS tapi selepas terbentuk PR dan bersekongkol puak2 yg selalu memfitnah org tu rasuah ,org ni rasuah jadi tak banyak sikit terpalit juga . jadi hati2lah memilih kawan dan lawan .kadang2 adakawan makan kawan dan ada lawan yg menjadi teman .