Sunday, June 14, 2009

Cabang dan Ranting: Demokrasi bawah pokok jadi asas perlembagaan rasmi PKR

Brader Anwar Bin Ibrahim terus mempermainkan minda cetek pengikut-pengikutnya di dalam PKR melalui pindaan perlembagaan parti tersebut yang diluluskan semalam.

Brader Anwar Bin Ibrahim memang gemar menggunakan istilah bahasa Indonesia yang asing bagi orang Melayu di Malaysia di dalam ucapan atau kenyataan bertulis beliau. Itulah cara beliau untuk kononnya menunjukkan beliau arif tentang bahasa nusantara.

Kali ini, Brader Anwar Bin Ibrahim menjadikan peristiwa persidangan ADUN di bawah pokok yang berlaku di Perak sebagai ilham untuk meminda istilah yang digunapakai di dalam perlembagaan PKR.

Istilah bahagian (bagi merujuk kepada kawasan parlimen) diubah kepada cabang. Istilah cawangan (bagi merujuk kepada kawasan Dewan Undangan Negeri) diubah kepada ranting.

Mungkin parti induk PKR diumpamakan sebagai pokok, dengan ahli-ahli PKR sebagai daun-daun pokok tersebut. Selalunya daun-daun akan berguguran setiap kali musim luruh dan akan gugur sepenuhnya semasa musim sejuk. Itulah yang akan berlaku kepada PKR – ahli-ahli PKR akan terus hilang apabila sampai satu ketika apabila kepimpinan parti itu tidak lagi diterajui oleh Brader Anwar Bin Ibrahim.

Setidak-tidaknya, akan selalu berlaku peristiwa keguguran daun setiap kali angin bertiup ke arah pokok tersebut. Setiap kali terdapat krisis parti, akan adalah ahli-ahli yang akan keluar parti. Itu belum lagi cubaan dari luar untuk menggegarkan batang pokok atau memotong sepenuhnya batang pokok tersebut.

Dengan rasminya PKR telah menjadi akronim bagi Pokok Kerajaan Ranting.

Maka akan sentiasalah pokok PKR tersebut terus bergoyang kerana angin perubahan yang sentiasa cuba diperbuat oleh Brader Anwar Bin Ibrahim selagi beliau belum dapat berkuasa penuh sebagai Perdana Menteri.

Kera-kera akan terus bergayut di cabang-cabang pokok tersebut. Ini juga akan menggugurkan daun-daun pokok.

Akan terdapat juga anjing-anjing perliharaan yang berkawan dengan pokok tersebut, dan menjadikan batang pokok untuk sebagai tempat kencing. Itulah perumpamaan bagi DAP dan PAS yang menjadi rakan PKR di dalam Pakatan Rakyat.

Soalnya, adakah Brader Anwar Bin Ibrahim memperumpamakan dirinya sebagi akar pokok tersebut? Atau pun beliau lebih rela menjadi batang pokok, kerana mengambil kira kekuatan diri beliau dalam hal riadah seperti peristiwa Sodomi II?

Sekiranya Brader Anwar Bin Ibrahim menganggap dirinya sebagai akar pokok tersebut, maka sahlah Majlis Pimpinan PKR adalah batang pokok yang tidak aktif dan mengikut telunjuk beliau. Pokok tersebut akan mati sekiranya akar tersebut tiada lagi...

2 comments:

sakariya said...

Walau apa pun, Anwar tetap disanjungi ramai. Ameno yg TERDESAK!!!!

Jurublog said...

Komen seperti sakariya akop itulah yang Jurublog risaukan.

Walau bagaimana buruk pun tingkah laku Brader Anwar Bin Ibrahim, pengikut-pengikutnya dengan membuta tuli terus menyokong tindak tanduk beliau. Kemudian menuduh orang lain sebagai terdesak.

Brader Anwar Bin Ibrahim sebenarnya yang terdesak ingin benar jawatan Perdana Menteri sehingga sanggup menggadai maruah bangsa dan memporak perandakan negara.

Apabila ada usaha untuk menyatu padukan orang Melayu, Brader Anwar Bin Ibrahim dan konco-konconya sedaya upaya menentang usaha ke arah itu, kerana ia hanya menghalang usaha Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Maka orang seperti Hadi Awang dan Nasha juga dikutuk teruk di media baru dan komentar yang diberi mengenai usaha tersebut.

Brader Anwar Bin Ibrahim jugalah yang membuat dakyah kepada pelabur asing supaya tidak melabur di Malaysia selagi beliau tidak memegang tampuk pemerintahan negara Malaysia. Begitulah celakanya perangai beliau!