Saturday, April 4, 2009

Anwar perakui Nik Aziz, bukan Hadi, sebagai pemimpin tertinggi PAS

Jurublog tertarik untuk membincangkan banner kempen Pilihanraya Kecil DUN Bukit Selambau yang dihebahkan di anwaribrahimblog.com. Di banner tersebut terletak gambar-gambar Wan Azizah, Azizan, Anwar, Manikumar, Nik Aziz dan Lim Guan Eng.

Apakah kriteria yang diguna pakai bagi memilih mereka-mereka yang patut ditonjolkan di dalambanner tersebut? Adakah ianya berdasarkan kepimpinan tertinggi parti-parti di kalangan pembangkang?

Manikumar adalah calon PKR bagi pilihanraya kecil ini. Gambar beliau perlu ada.

Oleh kerana Azizan merupakan Menteri Besar Kedah (dan mungkin Pengerusi tidak rasmi Pakatan Rakyat Kedah), gambar beliau juga boleh dijustifikasikan.

Lim Guan Eng adalah bos besar DAP di peringkat pusat. Gambar beliau boleh dipertimbangkan (walaupun jauh diletak di sudut banner, macam junior partner PR).

Wan Azizah merupakan Presiden PKR. Walau pun berpangkat Presiden, beliau hanya merupakan pemegang tombak. Sebab itulah berada di tepi, setaraf dengan Lim Guan Eng yang dicop pemegang tombak oleh PR.

Brader Anwar Bin Ibrahim, seperti biasa, suka enter frame. Gambar mesti nak di tengah, dan paling ke hadapan. Dia ini bukan Presiden atau ahli mana-mana parti DAP, PAS atau PKR. Tapi oleh kerana kemaruk nak jadi bos, digelar de facto leader. Patutnya kalau gambar Brader Anwar Bin Ibrahim ini dah ada, tak payahlah lagi gambar bini tu.

Yang paling menghairankan ialah gambar Nik Aziz. Niz Aziz bukan Presiden PAS. Presiden PAS ialah Hadi Awang. Nik Aziz adalah Mursyidul Am PAS.

Adakah sekarang ini Anwar menganggap Nik Aziz sebagai pemimpin sebenar PAS? Adakah kerana Nik Aziz banyak mempertahankan hujah-hujah Anwar sebagai seperti penggunaan perkataan Allah bagi selain daripada Islam? Begitu juga dengan Kerajaan Uniti yang dicadangkan oleh Hadi Awang tetapi ditolak oleh Nik Aziz?

Memang begitulah lazimnya cara Brader Anwar Bin Ibrahim bekerja dan berdakyah. Apa yang dibuatnya selalu mempunyai agenda jahatnya yang tersendiri.

Dengan menggunakan banner yang menampilkan Nik Aziz dan bukan Hadi Awang, Anwar ingin menunjukkan kecenderungan kepimpinan PAS yang dikehendakki oleh beliau sendiri. Malang sekali, ahli-ahli PAS sekarang ini hanya mengikut rentak Anwar.

1 comment:

Admin said...

Inilah orang yg gila kuasa dan cakap tak serupa bikin.