Friday, April 17, 2009

Anwar yakin PKR akan menang di Penanti – Akan guna untuk pilih calon TKM I

DUN Penanti terletak di dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh – sebuah kubu kuat Brader Anwar Bin Ibrahim dan PKR.

Jadi, apabila ADUN PKR dan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Fairus dipaksa oleh Anwar untuk mengosongkan kerusi tersebut, maka Jurublog menjangkakan bahawa Brader Anwar Bin Ibrahim ingin menggunakan peluang Pilihanraya Kecil kali ini untuk memilih calon ADUN dari PKR yang akan dinobatkan nanti sebagai TKM I bagi menggantikan Fairus.

Sebagai latarbelakang, pada Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, bekas PM Pak Lah telah menyerahkan pemilihan calon UMNO kepada menantu beliau, Khairy Jamaluddin dan konco-konco KJ di Tingkat 4 untuk diperakukan. Manifesto BN telah digubal oleh konco KJ, Ahmad Zaki, tanpa mendapat input dari kepimpinan tertinggi UMNO atau Majlis Tertinggi UMNO. Akibatnya, UMNO-BN kalah besar di beberapa negeri, termasuk di negeri Pak Lah sendiri, di mana kerajaan negeri Pulau Pinang telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan DAP.

Kekalahan UMNO-BN sebenarnya tidak dijangkakan oleh DAP dan Pakatan Rakyat sendiri. Sentimen anti-KJ dan kebencian amat sangat terhadap UMNO menyebabkan calon BN tewas walaupun bertanding melawan ”tunggul kayu”. Sebab itulah terdapat ramai calon ”tangkap muat” yang digunakan oleh PKR untuk bertanding. Calon ”tangkap muat” ini termasuklah Fairus sendiri.

PKR memang ketandusan pemimpin dan calon yang berwibawa. Jadi apabila DAP menang besar di Pulau Pinang dan dapat membentuk kerajaan negeri, Fairus telah dicalonkan oleh Brader Anwar Bin Ibrahim sebagai TKM I. Dan oleh kerana Fairus memang tidak berwibawa, dan terbawa-bawa perangai malasnya dengan tidak bertemu dengan rakyat, maka sebagai penjawat awam, beliau tidak dapat berfungsi dengan baik. Fairus akhirnya terjebak dengan tuduhan rasuah oleh SPRM.

Ada cerita yang mengatakan bahawa Fairus tersangkut kes rasuah tersebut hasil daripada konspirasi dalaman PKR. Jika itu benar, maka sahlah bahawa puak-puak PKR yang merupakan ahli serpihan UMNO cuba meneruskan perangai buruk mereka yang sama ketika mereka itu berada di dalam UMNO.

Dengan perletakan jawatan oleh Fairus, sebenarnya Brader Anwar Bin Ibrahim boleh memilih calon TKM I dari kalangan ADUN PKR yang lain. Tetapi ternyata Anwar lebih mengetahui bahawa mereka itu semuanya tidak boleh pakai dan tidak berwibawa juga, sepertimana Fairus. Anwar juga cuba merasuah ADUN UMNO untuk melompat parti dan menyertai PKR, dengan menjanjikan jawatan TKM I. Itu pun nampak gayanya tidak makan, dan kerana Anwar takut kena marah sekali lagi dengan Raja Karpal Singh kerana menggalakkan taktik melompat parti.

Maka terpaksalah Brader Anwar Bin Ibrahim memaksa Fairus meletakkan jawatan sebagai ADUN Penanti dengan menggunakan surat perletakan jawatan tanpa tarikh yang ditandatangani oleh semua calon PKR semasa Pilihanraya Umum tempohari.

Strategi Anwar adalah untuk menggunakan platform kempen pilihanraya kecil kali ini untuk mengulangi kononnya ia merupakan referendum rakyat terhadap kepimpinan PM Najib, mengulangi desakan retorik beliau untuk menghapuskan PPSMI yang diterajui oleh Mahathir dan mengapi-apikan semangat Hindu supaya mereka terus menentang kerajaan BN.

DAP pula akan menumpang sekaki semasa berkempen untuk mengampu diri dengan menceritakan kisah kucing (CAT) dan bermacam-macam kejayaan di Pulau Pinang, tanpa memberitahu bahawa kecemerlangan Pulau Pinang sebenarnya terhasil dari asas yang dibentuk di zaman pemerintahan Barisan Nasional, dan kerana pembinaan Jambatan Pulau Pinang semasa zaman Mahathir. Semasa pembinaan jambatan tersebut, DAP telah banyak mencaci dan memperburuk-burukkan kerajaan BN dengan menuduh pembinaan jambatan tersebut adalah pembaziran wang yang besar.

Tetapi, nampak gayanya, PM Najib sendiri memang siang-siang sudah mengaku akan kalah di Pilihanraya Kecil di Penanti. Maka sebab itulah PM Najib dan media perdana mengomongkan bahawa Pilihanraya Kecil yang sengaja diada-adakan oleh pembangkang dengan meletak jawatan adalah membazirkan wang rakyat, dan bermacam-macam lagi. Jika begitulah caranya, nampak gayanya, bilik gerakan jentera kempen BN akan tutup pukul 9 malam di Penanti.

2 comments:

add said...

Elok juga tutup awal. Yang lagi elok ialah jangan buka pun bilik gerakan tu.

Kita pakat dengar je apa kelentong bro liwat ni kepada rakyat PP dan penanti ni.

Dua hari nak pilihanraya barulah bilik gerakan BN jangan tidur dan gempur secara "komando" bersama CIS (ceramah isu semas)kepada rakyat.

Kepada agensi kerajaan jangan buat hari bertemu pelanggan ka bertemu rakyat ka,, jangan.

Jangan keluarkan peruntukan pembangunan walau satu sen pun pada rakyat di penanti ni.. BN hanya tengok dari jauh setakat mana keupayaan wakil rakyat dun penanti yang sebelum ni membina kawasan dun penanti ni serta apa sumbangan Ahli parlimen sejak 11 tahun yang lalu kepada dun penanti ni.

Kalau rakyat masih memilih lagi PKR almaklum memang rakyat dun penanti bukan setakat buta hati malah segala-gala nya kalau istilah orang jawa ialah GOBLOK.

Kalau bro liwat kata kita akan lantik TKM1 dari adun penanti untuk membela rakyat dun penanti,,,, rakyat sepatutnya tanya balik apa yang dah TKM1 dah buat selama setahun memerintah negeri. Apa yang disumbangkan kepada rakyat dun penanti... yang ada kelakuan sumbang ada la...

Kepada rakyat dun penanti... pilih la BN kerana "tradisi membela rakyat"

pak said...

penanti kalau BN nak kalah pun tak kisah lah.sebab situ semuanya yg fanatik kat brader depa tu, cakap apapun depa tak akan dengar sebab telinga depa dah di sumbat dengan hasutan DSAI.masa kempen sebelum ni saya tengok sebuah MPV DAP yg di tampal slogan "KEARAH PEMIMPIN GLOBALISASI"dan gambar muka2 zionis amerika,yg terang2 depa dok marah sebab isu Palastin,Tapi bila mpv tu lalu, depa sorak dengan bangganya..pelik betul manusia yg dibawah pengaruh DSAI ni.Lu pikir lah sendiri.