Monday, April 20, 2009

Pengacara Majalah 3 kurang berkesan – Program semakin hambar

Salah satu langkah pandang jauh ke hadapan kerajaan yang dibuat semasa zaman Dr Mahathir ialah membenarkan operasi stesen TV dan radio milik swasta.

Perlu dinyatakan bahawa kesan hebat daripada stesen TV swasta seperti TV3 ialah adanya program-program terbitan anak tempatan yang setanding dengan program yang diterbitkan di luar negara. Majalah 3 misalnya (Setiap Sabtu, jam 9.00 malam), merupakan program dokumentari terbitan TV3 yang sangat bermutu tinggi dan sentiasa memenangi award kewartawanan.

Pada awal pernerbitan Majalah 3, ikon program tersebut merupakan pengacara berbakat Wan Zaleha Radzi. Wan Zaleha berjaya menghidupkan program tersebut dengan paparan menarik dari minggu ke minggu. Paparan-paparan tersebut amat menarik kerana pengacaranya, Wan Zaleha Radzi, begitu komited dan ”passionate” terhadap kandungan serta mesej yang ingin dipersembahkan kepada penonton. Paling menjadi ingatan ialah program yang memaparkan keindahan khazanah laut di Malaysia, apabila Wan Zaleha Radzi sendiri menyelam scuba untuk memerhati terembu dan ikan-ikan di pengairan Malaysia.

Selepas Wan Zaleha Radzi, timbul pula ikon baru iaitu Norzie Pak Wan Chek. Norzie berjaya menghidupkan Majalah 3 dengan isu-isu kemaknusiaan. Paling memberi kesan yang mendalam ialah paparan mengenai tragedi tsunami di Banda Acheh. Keberkesanan pengacaraan Norzie Pak Wan Chek ialah kerana beliau sendiri menghayati apa yang ingin disampaikannya, sehinggakan memberi kesan yang sama kepada penonton. Dikhabarkan bahawa Norzie sanggup tidak makan kerana menghadiahkan bekalan makanan yang dibawanya kepada mangsa tsunami yang ditemuinya. Beliau juga telah memberi segala wang yang dibawa olehnya untuk tujuan yang sama.

Walau bagaimana pun, Majalah 3 sekarang ini semakin hambar. Ianya hambar kerana pengacaranya lebih mementingkan kecantikan diri beliau. Nurul Syuhada Nurul Ain lebih berkesan jika menjadi hos rancangan kecantikan. Semasa mengendalikan Majalah 3, beliau nampak tidak selesa ketika mengacara program yang berbentuk kemanusiaan, atau apabila pergi ke tempat-tempat yang ”kurang nyaman”. Apabila menangkap ikan pun, nampak benar raut mukanya yang jelek dengan bau busuk ikan tersebut. Tetapi, muka Nurul akan nampak berseri dan ceria ketika membuat liputan program Majalah 3 di luar negara, terutamanya di Eropah. Maklumlah, boleh pergi shopping sekali! Apabila membuat liputan tragedi di Gaza, sekali lagi, pengacaraannya tidak berkesan, kerana Nurul tidak dapat menghayati isu sebenar di sana.

TV3 mempunyai ramai lagi pengacara yang boleh di bawa ke tengah. Tetapi mungkin mereka itu mempunyai kecenderungan mereka sendiri.

Sebagai contoh, Sasha Bashir Ahmad amat selesa ketika mengendalikan program mengenai seni kecantikan di nusantara. Sasha nampak benar amat komited dan passionate dengan apa yang ingin disampaikan oleh beliau melalui program tersebut. Beliau akan mencuba segala apa yang teknik kecantikan yang jarang dihebahkan, tetapi popular di negara luar.

Sasha Bashir Ahmad sekali lagi membuktikan kebolehan beliau untuk menjadi pengacara yang berkesan melalui program Dansa (Setiap Ahad, 5.30 petang). Setiap minggu, Sasha akan mencuba sendiri dan berlatih tarian kesenian baru yang terdapat di nusantara untuk diketengahkan ke mata rakyat.Ada sahaja sudut baru yang berjaya dipaparkan oleh Sasha. (Sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sasha, sila lawati blog beliau di sashabashir.blogspot.com)

Wan Zaleha Radzi, Norzie Pak Wan Chek dan Sasha Bashir Ahmad merupakan ”beauties with passions and brains”. Mereka berasal daripada keluarga yang berada, tetapi amat tertib dan tampak rendah diri semasa mengacara program masing-masing. Itulah kekuatan yang ada pada mereka bertiga.

Itulah yang patut ada pada pengacara Majalah 3. Jika tidak Majalah 3 akan merupakan slot yang hambar setiap minggu.

1 comment:

Pepper said...

I have to agree with you. I love Norzie's passion, she makes me cried few times, the Acheh, the Hajj, god, a lot of times. She's amazing.

Nurul is too meek for Majalah 3, She's too girly, less passionate...and that makes me less passionate to watch M3. To make it even worse is her Innershine commercial...no no...that makes me raised my eyebrows in wonders, is it M3 or Nona she's hosting.